[Siri Kitab Nizhamul Ijtimaie]
PENGATURAN HUBUNGAN LELAKI DAN WANITA
3.2 Bahagian 2
Islam telah menjadikan kerjasama antara lelaki dan wanita dalam pelbagai aspek kehidupan serta interaksi antara sesama manusia dengan membolehkan hubungan silaturrahim antara mahram (ibu, bapa, datuk, nenek dan seumpamanya) , melakukan aktiviti perdagangan , pertanian di samping mengikuti kajian ilmu, solat berjemaah dan lain-lain.
Namun begitu, Islam sangat berhati-hati dalam menjaga interaksi antara lelaki dan wanita. Atas dasar ini, Islam menetapkan sifat iffah (memelihara kehormatan) sebagai suatu kewajipan bagi setiap individu dan sebarang kaedah mahupun sarana yang dapat memelihara kemuliaan dan akhlak terpuji sebagai sesuatu yang wajib untuk dilaksanakan. Justeru, Islam telah menetapkan banyak hukum yang mengatur interaksi antara lelaki dan wanita.
3.2.1 Ghaddul Bashar (Menundukkan Pandangan)
Pertama, Islam mewajibkan lelaki dan wanita untuk menundukkan pandangan (Ghaddul bashar). Ini bertujuan untuk menghindari pandangan yang boleh menimbulkan syahwat atau perasaan tidak baik.
قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا۟ مِنْ أَبْصَـٰرِهِمْ وَيَحْفَظُوا۟ فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرٌۢ بِمَا يَصْنَعُونَ ٣٠
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menahan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang apa yang mereka kerjakan. (TMQ Surah An-Nur [24]: 30)
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَـٰتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَـٰرِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ َ ٣١
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menahan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluan mereka.. (TMQ Surah An-Nur [24):31)
3.2.2 Perintah Menutup Aurat Secara Sempurna
Kedua, wanita diwajibkan untuk menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan.
Firman Allah dalam Surah An Nur ayat 31 :
وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ
“ Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung mereka hingga ke dada..”
Lagi firmanNya dalam Surah Al Ahzab Ayat 59
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزْوَٰجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَـٰبِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰٓ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورًۭا رَّحِيمًۭا ٥٩
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan jilbabnya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar).
Ayat di atas bermakna, wanita muslim tidak boleh menampakkan tempat letaknya perhiasan mereka, kecuali yang boleh nampak, iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Khimâr bermakna penutup kepala, sedangkan jayb (bentuk tunggal dari kata juyûb) adalah belahan baju (thauq al-qamish), iaitu lubang baju pada leher dan dada. Dengan kata lain, hendaklah wanita muslim mengulurkan penutup kepala (tudung) ke atas leher dan dada mereka. Sementara itu, kalimat al-idnâ’u min al-jilbâb maknanya adalah mengulurkan kain baju sehingga ke bawah (irkhâ’).
#KeluargaMuslimIdeal
#KeluargaTarbiyah
#DakwahBermulaDiRumah
#RumahTaatUmatKuat