[Asam Garam Rumah Tangga] Siri 4
Masalah 3 : Suami mengabaikan pendapat pasangan, biarpun ia melibatkan masa depan rumah tangga dan anak-anak.
Refleksi :
Allah mengingatkan orang-orang Mukmin dengan firman-Nya:
“Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;.” [TMQ Asy-Syura (42): 38]
Allah SWT mengingatkan kita dalam Surah Asy-Syura ayat 38, orang beriman sentiasa bermusyawarah dalam urusan mereka. Dari sini, seorang suami perlu sedar bahawa isterinya adalah pasangan hidupnya. Bukan hubungan seperti majikan dengan pekerja, atau hamba dengan tuan. Pasangan adalah orang terdekat dan sahabat yang sentiasa membersamai perjalanan hidupnya. Oleh itu, tidak patut seorang suami menghalang isterinya daripada menyuarakan pandangan, atau berburuk sangka apabila isteri memberikan pendapat dalam sesuatu perkara, khususnya terkait hal ehwal rumah tangga. Sebaliknya, dia perlu membuatkan isterinya merasa bahawa dirinya penting dan suaranya bernilai, terutama dalam perkara-perkara besar yang menyentuh kehidupan bersama. Jika pandangan isteri itu benar, maka wajar diterima. Namun, jika ia kurang tepat, penolakannya perlu dilakukan dengan cara yang bijaksana, tanpa menyakiti hati atau merendahkan pasangan. Hargailah pasangan dengan bersikap terbuka dan saling mendengar antara satu sama lain.
#KeluargaMuslimIdeal
#KeluargaTarbiyah
#DakwahBermulaDiRumah
#RumahTaatUmatKuat
#AsamGaramRumahTangga
#SolusiMasalahRumahTangga
#KaunselingKeluargaMuslim