[Soal Jawab] Mengapa Industri dalam Daulah Islam Mesti Berdasarkan pada Politik Perang?
Soalan:
Dinyatakan di dalam Kitab Ajhizah Dawlah al-Khilâfah fî al-Hukmi wa al-Idârah, “…Industri (di dalam Daulah Islam, pen.) dengan segala jenisnya wajib dibangun di atas asas politik perang.” Apakah makna kalimat tersebut dan apakah contohnya?
Jawapan:
Jawapan atas persoalan anda ada di dalam Kitab Ajhizah, halaman 108 file word. Begitu juga di dalam Kitab Muqaddimah ad-Dustûr Jilid 1, halaman 132 file word. Saya kutipkan sebagai berikut:
Disebabkan Daulah Islamiyah merupakan negara yang mengemban dakwah Islamiyah melalui kaedah dakwah dan jihad, maka Daulah Islam sentiasa bersedia untuk melakukan jihad. Ini menuntut agar industri di dalam negeri, sam ada industri berat mahupun ringan, dibangunkan atas asas politik perang. Dengan demikian, jika diperlukan untuk mengalihkan industri-industri tersebut kepada pengeluaran alat-alat perang dalam pelbagai jenis, maka mudah bagi negara untuk melakukannya pada bila-bila masa. Oleh itu, semua industri di dalam Daulah Khilafah wajib dibangunkan di atas asas politik perang. Semua kilang, sama ada yang menghasilkan industri berat atau industri ringan, perlu dibangun menurut asas ini. Hal ini agar memudahkan pengalihan pengeluaran kepada alat-alat perang bila-bila masa diperlukan oleh negara.
Ini bermaksud, semua kilang atau industri di dalam Daulah Khilafah perlu dibangunkan dengan cara sedemikian rupa sehingga memungkinkan roda pengeluarannya dapat dialihkan kepada penghasilan produk-produk berkaitan dengan aspek ketenteraan dengan mudah, yang biasanya tidak dihasilkan dalam keadaan biasa (bukan pada waktu jihad).
Sebagai contoh, jika terdapat kilang kenderaan awam, maka kilang tersebut perlu dibangunkan sedemikian rupa agar dari sudut teknikal dan praktikal dapat dialihkan pengeluarannya untuk menghasilkan kenderaan ketenteraan yang digunakan oleh negara dalam peperangan melawan orang-orang kafir. Jika ada kilang pakaian (tekstil), maka kilang tersebut juga perlu disusun dengan cara yang memungkinkan produksinya dialihkan kepada pembuatan pakaian ketenteraan dengan mudah. Begitulah seterusnya. Intinya, dasar (politik) pembangunan kilang atau industri hendaklah berasaskan politik peperangan dari segi roda pengeluaran, reka bentuk bangunan kilang; serta bagi mencegah kemungkinan berlaku mogok di dalamnya; termasuk kemungkinan untuk bekerja di ruang bawah tanah dan sebagainya, sebagaimana ditentukan oleh para pakar serta dikawal selia oleh negara.
WalLâh a’lam wa ahkam. []
[Dikutip dari “Jawab-Soal asy-Syaikh Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah” Tanggal 15 Muharram 1445 H – 02 Ogos 2023 M]
Sumber:
https://www.hizb-ut-tahrir.info/ar/index.php/ameer-hizb/ameer-cmo-site/90192.html
https://www.facebook.com/HT.AtaabuAlrashtah/posts/839403611080343