[Soal Jawab] Siapa yang Mempunyai Kuasa Mengeluarkan Fatwa Jihad?
Oleh: KH. Hafidz Abdurrahman
Soalan:
Munculnya fatwa daripada salah seorang ulama Salafi di Mesir yang menolak fatwa jihad melawan Israel yang dikeluarkan oleh Persatuan Ulama kaum Muslim sedunia, menimbulkan persoalan: Siapakah yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan fatwa jihad?
Jawapan:
Sebelum kita membahas tentang siapa yang mempunyai kuasa dalam mengeluarkan fatwa, adalah penting untuk kita fahami terlebih dahulu faktanya, apakah itu fatwa?
Fatwa merupakan isim mashdar yang bererti Ifitâ’ (mengeluarkan fatwa). Bentuk jamaknya adalah fatâwâ dan fatâwî. Dikatakan: Aftaytuhu fatwâ wa futyâ (Aku telah memberi dia fatwa): Idza ajabtuhu ‘an mas’alatihi (Jika aku menjawab pertanyaannya).[1]
Jadi, fatwa adalah upaya menjelaskan hukum atas persoalan yang sukar (pelik)[2]. Dari sini Allah SWT berfirman:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡمَلَأُ أَفۡتُونِي فِي رُءۡيَٰيَ إِن كُنتُمۡ لِلرُّءۡيَا تَعۡبُرُونَ ٤٣
Wahai pembesar-pembesar! “Terangkanlah kepadaku tentang takwil mimpiku itu jika kamu dapat mentakwilkan mimpi.” [TMQ Yusuf (12): 43].
Secara harfiah, meminta fatwa adalah upaya mencari jawapan atas suatu perkara yang sukar, sebagaimana firman Allah SWT:
وَلَا تَسۡتَفۡتِ فِيهِم مِّنۡهُمۡ أَحَدٗا ٢٢
“Jangan engkau menanyakan tentang mereka (pemuda-pemuda itu) kepada sesiapa pun.” [TMQ al-Kahfi (18): 22].
Meminta fakwa kadang hanya berkonotasi sekadar bertanya untuk mendapatkan jawapan. Demikian sebagaimana firman Allah:
فَٱسۡتَفۡتِهِمۡ أَهُمۡ أَشَدُّ خَلۡقًا أَم مَّنۡ خَلَقۡنَآۚ ١١
Tanyakanlah kepada mereka (kaum musyrik Mekah), “Apakah penciptaan mereka yang lebih sulit, atau makhluk-makhluk lain yang telah Kami ciptakan?” [TMQ ashShaffat (37): 11].
Dalam konteks ini, para mufassir menjelaskan konotasi, “Fastaftihim” (tanyakanlah kepada mereka), bukan menanyakan perkara yang pelik, tetapi sekadar bertanya, supaya mereka berfikir[3]. Ini kerana yang ditanya adalah orang kafir Quraisy; bukan ahli agama, hukum atau nabi.
Secara terminologi, fatwa adalah usaha menjelaskan hukum syariah berdasarkan dalil kepada orang yang bertanya (meminta fatwa). Ini termasuk menanyakan tentang berbagai peristiwa dan hal-hal lainnya.
Adapun “muftî” secara bahasa adalah isim fa’il dari “aftâ”. Kerana itu siapa saja yang mengeluarkan fatwa, meski hanya sekali, disebut mufti. Namun, dalam tradisi Islam, maknanya lebih spesifik daripada itu. Imam ash-Shairafi berkata:
هَذَا الاسْمُ مَوْضُوْعٌ لِمَنْ قَامَ لِلنَّاسِ بِأَمْرِ دِيْنِهِمْ، وَعَلِمَ جُمَلَ عُمُوْمِ الْقُرْآنِ وَخُصُوْصِهِ، وَنَاسِخَهُ وَمَنْسُوْخَهُ، وَكَذَلِكَ السُّنَنَ وَالاسْتِنْبَاطَ، وَلَمْ يُوْضَعْ لِمَنْ عَلِمَ مَسْأَلَةً وَأَدْرَكَ حَقِيْقَتَهَا، فَمَنْ بَلَغَ هَذِهِ المَرْتَبَةَ سَمُّوْهُ بِهَذَا الاسْمِ، وَمَنْ اسْتَحَقَّهُ أَفْتَى فِيْمَا اُسْتُفْتِيَ فِيْهِ .
Istilah ini digunakan untuk orang yang mengurusi urusan agama masyarakat. Memahami secara umum mana yang umum dan khusus dalam al-Quran, mana yang nâsikh (menghapus) dan mansûkh (yang dihapus). Begitu juga mengetahui sunnah dan proses penggalian hukum. Istilah ini tidak digunakan untuk orang yang hanya memahami satu masalah dan hakikatnya. Siapa saja yang telah mencapai tahap ini disebut dengan istilah ini. Siapa saja yang berhak disebut dengan istilah ini boleh mengeluarkan fatwa dalam perkara yang dia dimintai pendapat hukumnya.[4]
Imam az-Zarkasyi menyatakan:
اَلُمفْتِي مَنْ كَانَ عَالِماً بِجَمِيْعِ الأَحْكَامِ الشَّرْعِيَّةِ بِالْقُوَّةِ الْقَرِيْبَةِ مِنَ الْفِعْلِ، وَهَذَا إِنْ قُلْنَا بِعَدَمِ تَجَزُّؤِ الاِجْتِهَادِ
Mufti adalah orang yang mengetahui semua hukum-hukum syariah yang berpotensi untuk diamalkan. Dengan anggapan bahawa ijtihad itu tidak boleh dibahagi-bahagi.
Fatwa berbeza dengan ke
putusan pengadilan (qadhâ’). Ini kerana fatwa tidak bersifat mengikat meski terhadap orang yang bertanya. Berbeza dengan keputusan qâdhi di pengadilan. Keputusannya bersifat mengikat dan wajib dilaksanakan. Kerana itu orang yang meminta fatwa boleh mengambil suatu fatwa atau meninggalkan fatwa lain. Padahal keduanya sama-sama merupakan hukum syariah bagi mufti yang mengeluarkan fatwa.[6]
Fatwa juga berbeza dengan ijtihad meskipun orang yang berfatwa, ketika mengeluarkan fatwa, boleh melakukan ijtihad, atau mengikuti ijtihad mujtahid lain. Ini kerana wilayah ijtihad dibatasi dalam masalah hukum syariah yang bersifat zhanni dan tidak boleh berijtihad dalam masalah qath’ie. Termasuk tidak boleh berijtihad dalam masalah akidah. Namun, fatwa boleh diberikan dalam masalah akidah mahupun hukum syariah, baik yang bersifat qath’ie mahupun zhanni.[7]
Kerana itu fatwa tidak identik dengan ijtihad mahupun mengeluarkan keputusan hukum syariah (qadhâ’). Namun demikian, orang yang mengeluarkan fatwa tidak boleh mengeluarkan fatwa tanpa ilmu. Hukum mengeluarkan fatwa tanpa ilmu jelas haram hukumnya. Ini kerana seseorang itu boleh berbohong atas nama Allah dan Rasul-Nya. Selain itu, dia juga boleh menyesatkan orang. Ini jelas dosa besar. Allah berfirman:
قُلۡ إِنَّمَا حَرَّمَ رَبِّيَ ٱلۡفَوَٰحِشَ مَا ظَهَرَ مِنۡهَا وَمَا بَطَنَ وَٱلۡإِثۡمَ وَٱلۡبَغۡيَ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّ وَأَن تُشۡرِكُواْ بِٱللَّهِ مَا لَمۡ يُنَزِّلۡ بِهِۦ سُلۡطَٰنٗا وَأَن تَقُولُواْ عَلَى ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ ٣٣
Katakanlah (Muhammad), “Tuhanku hanya mengharamkan segala perbuatan keji yang terzahir dan yang tersembunyi; perbuatan dosa, perbuatan zalim tanpa alasan yang benar, dan mengharamkan kamu menyekutukan Allah dengan sesuatu, sedangkan Dia tidak menurunkan alasan untuk itu, (dan mengharamkan) kamu membicarakan tentang Allah apa yang tidak kamu ketahui.” [TMQ al-A’raf (7): 33].
Nabi SAW juga bersabda:
إِنَّ اللهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ اِنْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ صُدُوْرِ الْعُلَمَاءِ، وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ، حَتَّى إِذَا لَمْ يَبْقَ عَالِماً اِتَّخَذَ النَّاسُ رُؤُوْسًا جُهَّالاً، فَسُئِلُوْا، فَأَفْتُوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ، فَضَلُّوْا وَأَضَلُّوْا
“Allah tidak mencabut ilmu dengan mencabut ilmu itu dari hati ulama. Namun, Allah mencabut ilmu dengan mewafatkan para ulama. Lalu ketika tidak ada lagi ulama yang tinggal, manusia mengambil para pemimpin yang bodoh. Kemudian ketika mereka ditanya, mereka mengeluarkan fatwa tanpa ilmu. Akibatnya, mereka pun tersesat dan menyesatkan orang lain.” (HR al-Bukhari dan Muslim).
Kerana itu para ulama menyatakan bahawa orang yang berhak mengeluarkan fatwa atau memiliki kuasa berfatwa adalah: Muslim, berakal, baligh dan adil (tidak fâsiq). Jumhur ulama menyatakan bahawa orang fâsiq tidak boleh berfatwa. Namun, menurut sebahagian mazhab Hanafi, orang fâsiq masih diperbolehkan berfatwa. Begitu juga menurut Ibn al-Qayyim. Kecuali jika dia mendemonstrasikan kefasikannya dan mengajak orang lain pada perbuatan bid’ahnya.
Selain itu, dalam Syarh ar-Risâlah, Imam al-Haramain al-Juwaini menyatakan bahawa siapa saja yang menghafal nas-nas Imam as-Syafie, dan semua pendapat imam, tetapi tidak memahami hakikat dan maknanya, maka dia tetap tidak boleh berijtihad dan melakukan analogi. Dia juga belum layak berfatwa. Jika dia mengeluarkan fatwa, maka tidak boleh diambil fatwanya.[9] Bagi mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali, seorang mufti yang berstatus muqallid tidak boleh berfatwa dengan hukum yang lemah dan pendapat yang marjûh (kalah). Bahkan, menurut al-Hashkafi, menggunakan pendapat yang marjûh itu merupakan kebodohan dan merosakkan ijmak.[10]
Oleh sebab itu, jika seorang mufti hendak mengeluarkan fatwa, jika terdapat dua hukum, yang satu râjih (kuat), sedangkan yang satu lagi marjûh (lemah), maka dia wajib mengambil yang râjih. Dia tidak boleh memilih mana yang dia suka dan meninggalkan yang dia tidak suka. Ini tidak boleh. Ini pendapat yang dikemukakan oleh Imam an-Nawawi. Jika dia mengambil daripada dalil maka dia hendaklah memastikan keabsahan dalil dan maknanya. Jika dia mengambil dari pendapat mujtahid maka dia hendaklah memastikan sumber dan ketepatannya.[11]
Ijtihad tidak boleh dilakukan terhadap hukum yang sudah dinyatakan oleh nas sehingga boleh mengubah hukum syariah. Ini sebagaimana dalam kaedah:
لَا اِجْتِهَادَ عِنْدَ وُرُوْدِ النَّصِّ
“Tidak boleh ada ijtihad ketika telah ada nas (al-Quran mahupun as-Sunnah) yang menyatakan (hukumnya).”
Misalnya, hukum jihad melawan Yahudi dan kaum kafir yang menduduki negeri kaum Muslim, baik Palestin mahupun yang lain, hukumnya wajib. Lalu dengan alasan maslahat dan mudarat, sadd ad-dzari’ah dan sebagainya, seseorang berfatwa bahawa hukumnya tidak wajib, bahkan haram. Pendapat atau fatwa seperti ini jelas batil. Tidak ada nilainya di mata syariah.
Kerana itu haram hukumnya mengeluarkan fatwa dengan menggunakan hawa nafsu atau akal, yang bertentangan dengan nas atau ijmak. Memang dalam ijtihad dibolehkan menggunakan analogi (qiyas), tetapi tetap wajib berpijak kepada nas, al-Quran mahupun as-Sunnah, juga Ijmak Sahabat.
Mengeluarkan fatwa itu hukumnya bukan fardhu ‘ain. Namun, ketika diperlukan, para ulama pada masa lalu akan mengeluarkan fatwa yang diperlukan oleh umat. Dulu Ibn Taimiyah, misalnya, mengeluarkan fatwa tentang wajibnya berjihad melawan Tatar, dan yang lain.[12] Ketika ada yang menghina Nabi SAW, beliau mengeluarkan fatwa, “As-Sayf al-Maslûl li Man Syatama ar-Rasûl (Pedang yang Terhunus bagi Siapa Saja yang Menghina Rasul).” Begitu juga Syaikh Izzuddin bin ‘Abdus Salam, yang terkenal dengan fatwanya, yang menyatakan kekuasaan Mamluk (budak) itu tidak sah, kemudian mewajibkan mereka untuk dimerdekakan terlebih dahulu. Fatwa ini sangat berani dan mengancam nyawa beliau sendiri.
Begitulah ulama pada masa lalu. Ilmu dan sikap mereka begitu luar biasa. Nama mereka pun terpatri dalam sejarah emas peradaban Islam. WalLâhu a’lam.
Catatan kaki:
[1] Ibn al-Mandzur, Lisan Al-Arab, Dar al-Fikr, Beirut, t.t., Juz XV, hal. 147.
[2] Lihat, Wizarat al-Auqaf wa as-Syu’un al-Islamiyyah, Mausu’ah al-Fiqhiyyah, Juz XXXII, hal. 20.
[3] Al-Qurthubi, al-Jami’ li Ahkami al-Qur’an, Mu’assasah ar-Risalah, Beirut, cet. I, 1441 H/2021 M, ed. Dr. Abdullah ‘Abdu