[Asam Garam Rumah Tangga] Siri 21
Masalah 20 : Meremehkan Pendapat Isteri
Sebahagian suami cenderung meremehkan pandangan dan teguran isterinya, hingga tidak pernah memberikan ruang kepadanya untuk bersuara atau menyampaikan pendapat dalam sesuatu perkara. Adakalanya sikap ini timbul kerana suami memandang rendah pada isteri disebabkan oleh beberapa faktor, sama ada kedudukannya di mana dia menganggap suami lebih superior, latar belakangnya, atau tanpa alasan munasabah, yakni semata-mata kerana tingginya ego.
Misalnya dalam perkara terkait urusan pendidikan anak, bila isteri memberi pandangan tentang cara mendidik anak (misalnya menegur bila anak terlalu lama bermain telefon). Namun, suami menyampuk dengan nada sinis: “Awak tahu apa? Biar saya yang tentukan.”
Selain itu, sikap ini juga banyak ditemukan dalam permasalahan terkait isu pengurusan ekonomi rumah tangga. Mislanya, isteri mencadangkan agar berjimat dengan menangguhkan pembelian barang mewah atau kurang penting. Suami menolak mentah-mentah dengan berkata: “Awak jangan sibuk, ini duit saya.”
Refleksi:
Sheikh Mahmud Al-Masri berpesan mengenai hal ini:
“Suami harus menyedari bahawa isteri adalah pasangan hidupnya. Dia perlu membuat isterinya merasakan bahawa dia memiliki tempat dan kedudukan istimewa di hatinya. Antara caranya ialah dengan melibatkan isteri dalam membuat keputusan-keputusan yang berkaitan dengan masa depan bersama. Suami juga wajar meminta pandangan isteri dalam beberapa perkara. Jika pandangannya benar, maka boleh diambil; jika tidak, jangan sesekali menyakiti perasaannya atau meremehkan kata-katanya. Sebaliknya, ucapkanlah terima kasih kepadanya atas pendapat tersebut, sambil berkata, misalnya: ‘Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan. Namun, aku berpendapat mungkin lebih baik jika kita melakukannya begini dan begitu.’”
Rujukan: Perkahwinan Idaman, Sheikh Mahmud Al Masri.
#KeluargaMuslimIdeal
#KeluargaTarbiyah
#DakwahBermulaDiRumah
#RumahTaatUmatKuat
#AsamGaramRumahTangga
#SolusiMasalahRumahTangga
#KaunselingKeluargaMuslim