Adnan Khan: Hashemite Berkuasa di Jordan kerana Pemberian British
Pemerhati politik antarabangsa, Adnan Khan, menyatakan bahawa para pemimpin Teluk seperti keluarga Hashemite di Jordan dapat berkuasa hanya disebabkan satu alasan utama, iaitu adanya campur tangan British.
“Jika anda mengambil contoh para pemimpin Teluk, seperti keluarga Hashemite, mereka berada di tampuk kekuasaan atas satu alasan, iaitu kerana British meletakkan mereka dalam kekuasaan. Oleh itu mereka harus setia kepada British,” ujarnya dalam video yang dikongsikan di akaun @TGeopility, How Britain Ruled the World, Khamis (18/09/2025).
Seterusnya, beliau mengungkapkan, keluarga kerajaan di Teluk khususnya para raja, mereka semua mendatangi Sandringham untuk belajar dan mengikuti latihan militer.
Sehingga hubungan antara keluarga raja di Teluk dengan British sejak lama telah berkembang, dan situasi demikian menjadi bukti yang menunjukkan bahawa hubungan yang terjalin dengan negara super power (adidaya) tidak selalu perlu berstatus ejen, tetapi boleh juga berdasarkan suatu hubungan lain, seperti keluarga Hashemite di Jordan.
“Kerana ada hubungan dengan super power dunia, tidak bermakna seseorang akan menjadi ejen. Hal ini boleh berdasarkan pada hubungan, dan Hashemite contohnya. Mereka memberikan segalanya kepada British walaupun mereka tidak akan pernah memiliki kekuasaan yang sesungguhnya,” terang Adnan.
Menurut Adnan Khan, yang juga merupakan pemerhati hubungan antarabangsa, menyebutkan bahawa Jordan adalah negara palsu yang sepatutnya tidak perlu ada. Bahkan dalam peta sejarah pun, Jordan tidak ada.
“Maksud saya, Jordan adalah negara palsu yang sepatutnya tidak perlu ada. Sungguh tidak pernah ada dalam sejarah. Maksudnya, jika anda bertanya, siapakah orang-orang Jordan itu?” tegasnya lagi.
Beliau mengakui, sukar untuk menerima kenyataan tentang Jordan. Tetapi kata Adnan, tidak ada tanah tertentu (spesifik) yang disebut sebagai Jordan.
Jordan hanyalah sebutan secara harfiah yang menunjukkan adanya garis yang ditarik (sempadan) antara Perancis dan British dalam Perjanjian Sykes-Picot.
British cukup canggih dalam hal menjalinkan hubungan dengan penguasa Teluk seperti Jordan. Sebab itulah Jordan tetap wujud hingga kini.
“Negara-negara ini (Teluk) tetap setia hingga kini kepada satu kekuatan besar, iaitu British. Dan mereka tetap wujud hanya kerana United Kingdom” sambungnya lagi.
British dahulu adalah sebuah empayar yang perlu berjuang sungguh-sungguh demi mempertahankan keberadaan empayarnya. Sebab kata Adnan, empayar British berada di sebuah kepulauan kecil dan hanya memiliki sumber kekayaan alam yang sedikit, mereka malah menyedari realiti tersebut.
Atas dasar itu, British melakukan tipu helah yang licik dengan memanipulasi manusia, iaitu dengan menjelajah dunia dan penjajahan.
Terdapat sebuah fakta yang cukup mengejutkan tentang sejarah empayar British pada masa lalu. Menurut Adnan, ternyata dana British sangat terhad dalam menjalankan empayarnya (imperialisme).
Bahkan, ketika empayar British memimpin 450 juta manusia dan berada pada puncak kejayaan, sebaliknya British hanya memiliki satu jenis pasukan militer dengan kaki tangan yang tidak lebih dari 250 ribu orang.
“Mereka menjalankan empayar dengan dana yang terhad. Ini memang fakta yang cukup mengejutkan. Saya juga baru selesai membaca semula beberapa minggu lalu bahawa ketika British memimpin 450 juta manusia dan berada pada puncaknya, mereka hanya memiliki satu jenis unit militer yang terdiri dari 250 ribu kaki tangan,” jelasnya.
Menurutnya lagi, secara anggaran, sukar untuk membayangkan sebuah kepemimpinan yang besar hanya memiliki jumlah militer yang sedikit.
Namun, ada cara yang digunakan oleh British untuk menaklukkan dunia, iaitu dengan menggunapakai undang-undang yang disebut sebagai undang-undang dasar budaya tempatan.
Sehingga hasilnya dapat dilihat daripada beberapa kes di India ketika di bawah kekuasaan British. Tidak ada satu pun suku masyarakat tempatan yang berani melawan penjajahan British. Sebaliknya, British menggunakan kesukuan dan kelompok untuk saling bertelagah hingga melemahkan satu sama lain.
“Hubungan antara British dengan beberapa negara jajahan dan negara yang dibentuknya masih erat. Perkara ini dicapai melalui pelbagai cara. Di antaranya adalah dengan mengembangkan pendidikan dan keamanan (menjamin keamanan wilayah jajahannya dari negara luar),” tutupnya.[]
Sumber: Tintasiyasi (M. Siregar)
#sejarah #britain #hashemite #jordan