Khilafah Solusi Politik Bukan Tuntutan yang Mengikut Perasaan
Oleh: Nabila Zidane (Jurnalis)
Seruan “usir penjajah dari bumi Palestin” bukan ajakan emosional, tetapi seruan politik yang berpijak pada syariat.
Dalam sistem khilafah, penjajahan adalah bentuk keganasan terhadap seluruh umat Islam, dan wajib dijawab dengan kekuatan negara, bukan sekadar bantuan kemanusiaan.
Khilafah memiliki tiga dasar yang membuatnya sanggup menyelesaikan masalah Palestin secara nyata:
Pertama, kekuatan politik dan tentera yang terpusat.
Seluruh potensi tentera umat disatukan di bawah komando khalifah yang berdaulat, bukan tersebar di banyak negara yang terikat perjanjian dengan Barat.
Kedua, ekonomi yang bersifat mandiri tanpa perlu bergantung pada kapitalisme global.
Kekayaan alam umat, seperti minyak, gas, bahan galian wajib diurus oleh negara untuk kepentingan Islam dan jihad fi sabilillah, bukan diserahkan kepada korporat asing.
Ketiga, kepemimpinan berideologi yang menyatukan umat.
Umat tidak lagi terpecah oleh nasionalisme dan kepentingan rejim, namun disatukan oleh akidah dan tujuan yang sama, iaitu menegakkan keadilan di bawah hukum Allah.
Bukan Lagi Waktu untuk Beretorik
Tragedi GSF (Global Sumud Flotilla) perlu menjadi menjadi ‘turning point’ atau titik perubahan bagi seluruh umat Islam. Umat tidak boleh lagi merasa puas dengan kecaman dan persidangan. Sudah terlalu lama Palestin menjadi panggung belas kasihan dunia, padahal ia sepatutnya menjadi simbol kebangkitan Islam.
Kita perlu menyiapkan generasi yang sedar politik Islam, memahami akar penjajahan, dan berusaha membina semula institusi yang hilang bukan dalam wacana, tapi dalam gerak dakwah dan perjuangan yang terorganisasi.
Hal ini kerana, tanpa khilafah, setiap kapal bantuan akan terus diserang, setiap doa akan terus terhalang oleh tembok halangan, dan setiap seruan “Save Palestine” hanya menjadi slogan yang bermusim.
Oleh itu, kini saatnya umat bangkit. Kita bukan kekurangan simpati, kita sedang kehilangan sistem yang melindungi simpati itu agar berubah menjadi kekuatan.
Khilafah bukan utopia, ia kewajipan syarie sebagaimana sabda Rasulullah SAW,
“Barang siapa mati sedangkan di lehernya tidak ada baiat (kepada khalifah), maka matinya seperti mati jahiliyah.” (HR. Muslim)
Maka perjuangan menegakkan khilafah bukan sekadar projek politik, tapi ibadah yang menegakkan kembali kedaulatan Islam atas bumi yang dirampas.
GSF mengingatkan kita bahawa dunia boleh bungkam, tapi umat Islam tidak boleh diam.
Jika dunia tidak mahu menegakkan keadilan, maka biarlah umat Islam menegakkannya sendiri di bawah panji tauhid, dalam naungan Khilafah Islamiah yang menjadikan redha Allah sebagai satu-satunya orientasi.
Kerana hanya dengan khilafah-lah, penjajah dapat terusir, darah tertumpah dapat dibela, dan Palestin kembali merdeka bukan sebagai projek kemanusiaan, tetapi sebagai amanah akidah.
#GazaSystematicsStarvation
#armiestoaqsa
#aynalmuslimun
#PalestinaNeedsJihad
#JihadNeedsKhilafah