[Khilafah Rasyidah] Bentuk-Bentuk Perang Fizikal Kaum Kafir (Bahagian 2/2)
Penulis: dr. Hamdan Fahmi
(Sambungan dari Bahagian 1/2)
Daulah yang mana seluruh dunia berdiri tegak menghalang untuk melenyapkannya, akan tetap tegak walau betapa besar pun musuh-musuh Daulah dan meskipun segala tipu daya, strategi, serta usaha mereka lakukan untuk menghancurkan Daulah. Juga dengan keimanan dan tsiqah (kepercayaan penuh) bahawa Daulah itu berdiri untuk kekal wujud, kuat, dan tersebar luas pengaruh atau wilayah kekuasaannya, bukan berdiri untuk hancur di tangan kaum kafir dan para penguasa yang menjadi kaki tangan mereka.
Daulah Islamiah berdiri untuk menyebarkan cahaya ilahi ke seluruh penjuru bumi. Daulah Islamiah berdiri untuk menyempurnakan episod terakhir risalah di muka bumi, iaitu risalah Islam. Daulah Islamiah juga berdiri untuk menyambung kembali garis yang terputus dengan lenyapnya masa Daulah Islamiah terakhir di muka bumi, untuk meneruskan pemerintahan berdasarkan apa yang telah diturunkan oleh Allah SWT, dan untuk meneruskan jihad di jalan Allah. Selain itu, untuk membebaskan Rom, Rumah Putih, Istana Elysee, Istana Buckingham, Kremlin, dan lainnya, serta menyebarkan kebaikan di muka bumi.
Rakyat Daulah Islamiah wajib tsiqah secara mutlak kepada Allah Ta’ala. Meyakini bahawa Allah SWT, dengan pemeliharaan, dukungan, dan pertolongan-Nya, pasti akan memelihara Daulah Islamiah. Ini kerana Daulah Islamiah adalah negara cahaya ilahi, negara yang adil, lurus, dan baik bagi seluruh umat manusia.
Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan anugerah kepada golongan orang mukmin itu dengan kekuasaan yang kukuh kerana mereka adalah orang-orang beriman yang layak untuk mendapat pertolongan dan sokongan Allah. Mereka menyifatkan diri mereka dengan sifat-sifat yang sama seperti yang disyaratkan oleh Allah kepada mereka sebelum tegaknya Daulah.
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka“. (TMQ An-Nuur [24]:55)
Wahai saudara-saudara para pengemban dakwah, sesungguhnya inilah senjata paling kuat dari segala jenis senjata yang diusung oleh seorang muslim. Senjata tersebut adalah iman dan tsiqah kepada Allah SWT sebelum dan setelah Daulah tegak. Tanpa senjata ini, seorang muslim tidak akan kuat menghadapi suatu ancaman, meskipun ia memiliki segala jenis senjata (fizikal) di bumi.
Ini adalah senjata pertama dalam menghadapi bahaya dan krisis. Allah SWT berfirman, “ Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.“ (TMQ Ali Imran [3]:160)
“Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur. Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan)“. (TMQ Al-Hajj [22]:38)
Tiada yang lebih benar perkataannya daripada Allah Taala.
Sumber: dr. Hamdan Fahmi, Khilafah Rasyidah.