5 Sebab HTM Bantah Kedatangan Donald Trump
Oleh: Aliya Ab Aziz
Jurucakap HTM, Ustaz Abdul Hakim Othman, dalam pidatonya menegaskan sebab-sebab Trump sebagai musuh Allah, tidak wajar diundang ke negara ini.
“Menghulurkan tangan mengundang Trump ke Malaysia sebagaimana dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia saat ini bermaksud telah mengundang musuh Allah, musuh Islam, musuh Rasul-Nya, musuh kita semua ke Malaysia. Yang sepatutnya, Trump, sebagai musuh Allah tidak menjejaki bumi Malaysia yang kita cintai ini, berdasarkan sebab-sebab yang telah kami berikan. Dengan ini kami ingin menyatakan bantahan kami yang sekeras-kerasnya terhadap undangan tersebut,” suaranya dalam satu Demonstrasi Aman dan Penyerahan Memorandum Membantah Kedatangan Trump di Putrajaya, pada Jumaat (17/10/2025).
Beliau menegaskan, tindakan Perdana Menteri mengundang Trump bukan sahaja tidak wajar, malah bertentangan dengan pendirian umat Islam terhadap kezaliman yang dilakukan Amerika di Gaza.
Berikut lima (5) sebab utama mengapa Presiden Amerika yang dijadualkan hadir ke Mesyuarat ASEAN ke-47 pada penghujung bulan ini perlu dibantah:
- Amerika dan Trump adalah Pengganas Nombor Satu Dunia
Ustaz Abdul Hakim mengungkapkan realiti bahawa Amerika adalah kuasa dunia paling banyak menumpahkan darah sejak Perang Dunia Kedua, terutamanya ke atas umat Islam.
“Amerika telah membunuh antara 20 hingga 30 juta manusia, khususnya umat Islam, melalui peperangan dan penjajahan yang dilakukannya di seluruh dunia,” katanya.
Beliau turut mengingatkan para hadirin tentang kezaliman yang dilakukan Trump di Gaza hari ini adalah bukti jelas bahawa Amerika dan Trump adalah pengganas no. 1.
“Di Gaza tuan-tuan, akhbar melaporkan setakat ini yang jumlah keseluruhan bahan letupan yang digunakan oleh Amerika terutamanya bom, diikuti oleh peluru berpandu dan puluhan ribu peluru artileri yang dibekalkan oleh Amerika kepada entiti Yahudi. Bom yang digugurkan di seluruh Gaza enam kali ganda berbanding dengan bom yang digugurkan di Hiroshima. Label apakah lagi yang boleh kita berikan kepada Amerika dan juga Trump jika bukan pengganas nombor satu dunia?” soalnya.
- Amerika dan Trump adalah Pembunuh Umat Islam
Ustaz Abdul Hakim menegaskan bahawa Trump secara langsung terlibat dalam pembunuhan besar-besaran terhadap umat Islam di Gaza.
“Bukannya 100 atau 200 nyawa, tetapi lebih daripada 65,000 nyawa melalui pelbagai jenis peluru dan bom yang dibekalkan kepada entiti Yahudi,” katanya dengan nada kesal.
Beliau turut menyifatkan Trump lebih zalim daripada Firaun, kerana tidak membezakan mangsanya.
“Jika Firaun yang terkenal zalim itu tuan-tuan, hanya membunuh bayi lelaki sahaja. Tetapi Trump telah membunuh semuanya – bayi lelaki dan bayi perempuan, kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan, orang dewasa lelaki dan orang dewasa perempuan, orang tua lelaki dan orang tua perempuan. Semuanya tidak disisakan oleh Trump,” jelasnya sambil menegaskan bahawa tidak ada manusia yang lebih kejam dan angkuh daripada Trump, yang telah menyebabkan penderitaan tanpa belas kasihan.
- Amerika adalah Penjajah Wilayah Islam
“Amerika menjajah Iraq dan Afghanistan secara langsung. Dan dengan bantuan Amerikalah Yahudi laknatullah boleh menduduki Palestin pada hari ini,” lanjutnya.
Selain itu, beliau juga mengungkapkan bahawa penjajahan bentuk baru oleh Amerika bukan hanya merampas tanah umat Islam tetapi juga menjajah dengan ekonomi, politik dan juga pemikiran. Oleh yang demikian, mengalu-alukan kedatangan Trump bererti mengalu-alukan penjajahan dan segala bentuk penjajahan.
Akibatnya menurut beliau, “Trump hanya akan melebarkan lagi pengaruhnya di rantau ini. Ini seharusnya dihindari, bukannya dialu-alukan oleh Perdana Menteri Malaysia,”.
- Trump Pendukung Utama Entiti Yahudi
Dalam sebab keempat, Ustaz Abdul Hakim menyatakan bahawa Trump merupakan pendukung utama entiti Yahudi dan tidak ada bezanya dengan presiden-presiden AS sebelumnya.
“Trump sanggup melakukan apa sahaja demi menjaga keselamatan entiti Yahudi, hingga ke tahap membunuh puluhan ribu umat Islam,” ungkapnya.
Beliau turut mengkritik mengundang Trump umpama mengundang negara Yahudi itu sendiri.
“Kerana kedua-duanya adalah musuh Allah SWT. Undangan terhadap Trump dan layanan yang bakal diberikan terhadap Trump yang melebihi raja sesungguhnya ini akan mengundang murka Allah SWT, selain merupakan sebuah pengkhianatan terhadap Palestin, serta pengkhianatan ke atas umat Islam secara keseluruhannya,” tegasnya.
- Amerika dan Trump adalah Kafir Harbi Fi’lan
Sebab terakhir yang dikemukakan ialah bahawa Amerika dan Trump merupakan kafir harbi fi’lan, iaitu pihak yang sedang memerangi umat Islam secara nyata.
Katanya, “Umat Islam diharamkan oleh Allah SWT untuk mempunyai apa-apa hubungan dengan orang yang berperang dengan umat Islam.”
Beliau kemudian memetik firman Allah SWT dari surah al-Baqarah ayat 190 sebagai penegasan bahawa satu-satunya hubungan yang boleh dilakukan dengan musuh Allah adalah perang jihad fisabilillah.
Jurucakap HTM menutup pidatonya dengan menyeru umat Islam agar menolak kehadiran Trump sepenuhnya dan menegakkan kembali sistem khilafah.
“Sesungguhnya Trump tidak layak untuk memijak bumi Malaysia. Tangannya masih lagi dipenuhi dengan darah umat Islam adalah tangan yang kotor lagi keji, yang tidak seharusnya dibenarkan masuk ke bumi umat Islam. Sedarlah saudara-saudara sekalian dan ketahuilah bahawa kita wajib untuk menolak kehadiran Trump ke Malaysia. Sesungguhnya tidak ada jalan lain untuk kita mengalahkan Amerika dan juga entiti Yahudi kecuali dengan kita berusaha untuk menegakkan daulah khilafah,” serunya. []
#TolakTrump