PERUBAHAN ITU AKTIF
Oleh: Ustaz Yuana Ryan Tresna
Perang Uhud terjadi pada tahun ke-3 Hijrah antara kaum Muslimin (sekitar 700 orang) dan pasukan Quraisy (sekitar 3000 orang). Lokasinya di Gunung Uhud, di Madinah.
Faktor Terpukulnya Pasukan Kaum Muslim:
1. Tidak Taat Perintah: Pasukan pemanah yang ditempatkan di bukit melanggar perintah Rasulullah ﷺ untuk tetap di posisi mereka, kerana tergoda dengan harta rampasan perang.
2. Serangan Balik Musuh: Khalid bin Walid (saat itu masih kafir dan ada di pihak Quraisy) memanfaatkan kelalaian pasukan muslim dan menyerang dari belakang.
3. Disiplin Longgar: Ketika aturan ditinggalkan, barisan menjadi berantakan
Pelajaran Penting:
1. Taat pada Pemimpin: Kekalahan menunjukkan bahawa kemenangan tidak hanya ditentukan oleh jumlah atau kekuatan, tapi juga ketaatan terhadap pemimpin dan strategi.
2. Perubahan Itu Aktif: Allah menunjukkan bahawa perubahan keadaan—dari menang menjadi kalah atau sebaliknya—tergantung usaha dan ketaatan manusia itu sendiri (QS. Ali Imran: 152).
Telaah QS. Ali Imran Ayat 152:
1. Setelah Rasulullah dan para sahabat kembali dari Perang Uhud, timbul pertanyaan antara mereka mengenai sebab kegagalan dalam Perang Uhud, padahal Allah sudah menjanjikan kemenangan.
2. Sungguh Allah telah memenuhi janji-Nya kepada Nabi Muhammad sebagaimana yang terjadi pada saat awal Perang Uhud, iaitu ketika umat Islam membunuh pemegang panji mereka, orang kafir dan tujuh orang lainnya dengan izin-Nya.
3. Lalu keadaan berubah pada saat kaum muslim lebih mendahulukan meraih harta rampasan perang berbanding ketaatan kepada Rasulullah Muhammad, di mana mereka mengabaikan perintah Rasul agar regu pemanah tetap bertahan pada tempat yang telah ditetapkan, walau dalam situasi apa pun.
4. Peristiwa tersebut terjadi setelah Allah memperlihatkan apa yang umat Islam sukai, iaitu kemenangan dan harta rampasan perang. Di antara pasukan ada orang yang menghendaki dunia berupa harta rampasan perang, dan di antara pasukan ada pula yang menghendaki akhirat dengan mentaati perintah Rasulullah, seperti komandan pasukan pemanah, iaitu Abdullah bin Jubair.
5. Kemudian kaum muslim gagal meraih kemenangan yang sudah hampir diraih. Hal itu untuk menguji siapa yang kuat imannya dan siapa yang lemah.
6. Allah benar-benar telah memaafkan kesalahan dalam Perang Uhud, dan Allah mempunyai kurnia yang banyak yang diberikan kepada orang-orang mukmin yang beriman dengan sebenar-benarnya.
Kesimpulan:
Perang Uhud menjadi pelajaran bahawa ketaatan, disiplin, dan keteguhan sangat menentukan hasil. Allah memberi kemenangan atau kekalahan sesuai dengan usaha dan sikap manusia terhadap perintah-Nya. Dari sini dapat difahami bahawa perubahan itu aktif.
Gunung Uhud,
4 Oktober 2025
Yuana Ryan Tresna
#perang #perubahan #ujian #kemenangan #usaha #pelajaran #pengajaran