Sokongan Yang Menjerumuskan
Oleh: Ustaz Arief B. Iskandar
Kelakar, tetapi pahit.
Dunia bertepuk tangan. Dikatakan lapan sekutu setia Israel kini menyokong Palestin. Luar biasa! Selepas 76 tahun Palestin dijajah, dimusnahkan dan dikebumikan di bawah sekatan, mereka kini diberi ‘hadiah’: pengiktirafan baki 22% tanah mereka.
Ironinya, resolusi PBB mengenai ‘kemerdekaan’ Palestin yang disokong bukanlah tanda kemenangan, sebaliknya ia adalah satu bentuk kekurangan dan peminggiran. Mereka tidak memberi keadilan kepada Palestin. Sebaliknya, mereka menghalalkan kezaliman. Sudah tentu dengan cara yang paling elegan dan diplomatik.
Faktanya, sebanyak 78% tanah Palestin yang dirampas oleh Yahudi Zionis masih mereka diami dengan aman. Ia terus dijaga dengan nama ‘status quo’. Ia terus dilindungi oleh veto Amerika Syarikat, katanya demi ‘keamanan dunia’. Sebaliknya, rakyat Palestin disuruh bersyukur kerana diberi sedikit tanah untuk bernafas. Seolah-olah penjajahan boleh berubah menjadi kebaikan apabila dibalut rapi dengan resolusi PBB.
Beginilah wajah palsu kemanusiaan moden. Mereka menamakan penjajahan sebagai ‘konflik’, penjajah disebut ‘negara demokrasi’ dan yang dijajah dituduh ‘pengganas’ ketika melawan.
Palestin tidak memerlukan ‘pengiktirafan’ daripada sekutu-sekutu Israel. Begitu juga bukan daripada PBB. Yang diperlukan Palestin adalah pembebasan sepenuhnya daripada penjajahan dan pendudukan Yahudi Zionis. Itu hanya boleh dicapai oleh umat Islam yang bersatu di bawah satu kepimpinan Islam iaitu Khilafah ‘ala minhaj an-Nubuwwah. Di bawah Khilafah, jihad menentang Zionis Yahudi akan dikumandangkan demi memenuhi seruan Allah SWT — yang selama ini diabaikan oleh para pemerintah Arab dan Muslim sehingga hari ini:
قَاتِلُوهُمْ يُعَذِّبْهُمُ اللَّهُ بِأَيْدِيكُمْ وَيُخْزِهِمْ وَيَنْصُرْكُمْ عَلَيْهِمْ وَيَشْفِ صُدُورَ قَوْمٍ مُّؤْمِنِينَ
“Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.” [TMQ at-Taubah (9): 14]
Selagi umat Islam masih menunggu belas kasihan daripada penjajah dan sekutu-sekutunya, maka selagi itulah penghinaan akan terus berulang. Sebab, penjajah tidak akan pernah memberikan kemerdekaan, kecuali selepas mereka berjaya merampas segala-galanya.
#FreePalestine #ArmiesToAqsa #ArmiesToGaza #FreePalestineWithJihadAndKhilafah