[Khilafah Rasyidah] Kurangnya Sumber Daya dan Potensi Berbanding Besarnya Cabaran (Bahagian 2)
Penulis: dr. Hamdan Fahmi
(Sambungan dari Bahagian 1/2)
Di sini, kita sampai pada masalah yang sangat penting pada tahapan ini, iaitu masalah persenjataan. Ini kerana persenjataan sangat penting sekali disebabkan dua hal:
Pertama, untuk menjaga keamanan dalam negeri dan revolusi yang menentang pemerintah. Kedua, untuk melawan serangan-serangan luar negeri yang dilakukan musuh-musuh Allah untuk menghancurkan Daulah Islamiah.
Sebenarnya, membuat senjata bukanlah perkara yang paling sukar berbanding masalah penyediaan sumber tenaga. Jika sumber tenaga sudah ada, kerja menghasilkan dan mendapatkan persenjataan boleh dilakukan dengan lebih mudah. Daulah perlu menyusun strategi dan cara-cara berikut untuk mengadakan senjata dengan segenap potensi yang memungkinkan.
Pertama, berbekalkan dengan apa yang ada, yakni dalam bentuk semua jenis senjata yang perlu dijaga dan dipelihara. Perlu diusahakan bekalan senjata yang mencukupi dengan segala kemampuan yang masih ada. Sebabnya, Daulah sedang dalam keadaan embargo sehingga sukar untuk memasukkan peralatan /persenjataan berat ke dalam Daulah.
Kedua, mendorong dan memberi kemudahan kepada para ahli dan industriawan untuk mengadakan berbagai penyelidikan (kajian) dan aktiviti industrialisasi militer dengan segenap sarana yang memungkinkan, baik untuk mengadakan persenjataan ringan mahupun berat. Perkara ini bukanlah masalah yang sukar jika terdapat niat-niat yang lurus, kepakaran, sumber-sumber tenaga yang diperlukan, dan sumber bahan-bahan perlombongan.
Ketiga, mewujudkan beberapa kelompok perisikan di dalam dan luar negeri untuk merancang strategi menyeludupkan persenjataan melalui negara-negara tetangga dan menyeludupkan program-program industrialisasi militer, hingga program-program senjata non-konvensional. Bagi orang-orang yang pakar dalam bidang ini, bukanlah hal yang sukar untuk membeli persenjataan secara rahsia. Juga bukan hal mustahil, walaupun sulit, untuk melarikan semua itu ke dalam Daulah.
Inilah sejumlah perkara yang berkaitan dengan pengadaan persenjataan pada saat embargo dan keterbatasan potensi. Telah kami sebutkan bahawa perkara-perkara ini tidak terpisah dari upaya-upaya Daulah secara intensif untuk menghancurkan embargo dan mengakhirinya dengan cara-cara yang memungkinkan.
Hal itu dapat dilakukan melalui berbagai pertemuan antarabangsa dan menyeru bangsa-bangsa di dunia kufur. Juga dengan menyeru bangsa-bangsa di negara-negara tetangga dan di dunia Islam. Begitu pula dengan jalan kekuatan militer dan peperangan, jika Daulah berpandangan memiliki kemampuan dalam hal tersebut. Hal ini untuk menghancurkan embargo dengan jalan menggabungkan negara-negara tetangga ke tubuh Daulah atau mengumumkan perang sebenar untuk merealisasikan tujuan tersebut.
Pada hakikatnya, masalah ini adalah masalah kemampuan Daulah Islamiah untuk bertahan dalam jangka waktu tertentu dalam menghadapi berbagai kesulitan itu. Kemenangan pada akhirnya bukan berada di tangan kaum kafir dan bukan pula di tangan negara-negara tetangga.
Oleh kerana itu, boleh dikatakan bahawa sesungguhnya makin lama Daulah mampu bertahan dalam menghadapi embargo tanpa terjadi keretakan, ini merupakan keberhasilan awal secara militer bagi Daulah. Hal itu juga merupakan keberhasilan secara politik terhadap semua negara kafir dan ejen-ejennya.
Sumber: dr. Hamdan Fahmi, Khilafah Rasyidah.