[Khilafah Rasyidah] Kurangnya Sumber Daya dan Potensi Berbanding Besarnya Cabaran (Bahagian 1)
Penulis: dr. Hamdan Fahmi
Sesungguhnya masalah sedikit dan banyaknya sumber pemasukan dan potensi di dalam negeri Daulah Islamiah, bergantung pada tempat berdiri Daulah Islamiah dan kemampuan negara tersebut, baik yang berkaitan dengan sumber daya manusia, sumber daya material, mahupun bahan mentah.
Namun, masalahnya perlu diambil-kira berdasarkan jangkaan terburuk senario yang mungkin berlaku, khususnya bahawa Daulah Islamiah itu pada ghalibnya akan menghadapi embargo ekonomi dan peperangan fizikal. Juga akan menghadapi upaya-upaya provokasi negara-negara yang bersempadan dengan Daulah Islamiah, seperti yang telah kami sebutkan pada pembahasan perang fizikal dan embargo.
Pada lazimnya, cabaran itu pada awal mulanya adalah besar. Kadang kala potensi yang ada kecil dibandingkan dengan besarnya cabaran itu. Bagaimana menyesuaikan diri dengan realiti tersebut? Bagaimana Daulah membentengi diri di hadapan cabaran yang besar itu?
Pertama, Daulah dan para pelaksananya wajib mencari segala cara, medan, dan potensi yang memungkinkan, baik di dalam mahupun luar negeri. Hal itu untuk memenuhi berbagai keperluan dalam rangka melawan dan agar tetap tegar.
Keperluan utama adalah makanan dan minuman untuk seluruh individu rakyat Daulah. Demikian pula hal-hal yang merupakan keperluan untuk disediakan sebagaimana makanan dan minuman itu, seperti letrik, bahan bakar, atau bahan-bahan lainnya. Masalah mewujudkan sumber tenaga terkait erat dengan berbagai keperluan pokok. Sebabnya, sebahagian besar dari jenis makanan memerlukan tenaga. Demikian juga pengeluaran air turut memerlukan sumber tenaga.
Keperluan ini sangat penting, iaitu makanan, minuman, dan sarana yang diperlukan untuk mewujudkannya. Semua itu merupakan keperluan terpenting bagi kelangsungan Daulah dan ketegarannya di hadapan berbagai serangan dan usaha memalingkan manusia dari jalan Allah yang dikomando oleh negara-negara adidaya bersama dengan negara-negara ejen mereka yang bertetangga dengan Daulah Islamiah.
Kaum kafir pada masa Rasulullah SAW, sebelum dan setelah berdirinya Daulah, telah berupaya untuk menghalangnya dari kaum muslim. Hal ini dilakukan supaya kaum muslim mengumumkan menyerah diri. Kami telah membicarakan masalah penyediaan makanan dan semasa membicarakan masalah embargo.
Di antara masalah yang paling menonjol adalah penerapan politik hidup sederhana berbanding dengan potensi yang ada. Hal ini agar potensi yang ada cukup untuk menghadapi embargo dalam waktu yang panjang. Demikian pula penerapan politik solidariti sosial di antara masyarakat, khususnya dalam masalah keperluan pokok. Ini sebagaimana yang telah diterapkan oleh Rasulullah SAW pada awal masa beliau tiba di Madinah al-Munawwarah dalam strategi persaudaraan di antara sahabat.
Juga upaya memperluas produksi pertanian atau industrialisasi bahan makanan dengan cara-cara yang memungkinkan. Selain itu, Daulah juga wajib untuk mewujudkan politik pengagihan bahan makanan jika produksi dan sumber-sumbernya terhad.
Adapun masalah sumber tenaga, masalah tersebut merupakan masalah yang sangat sensitif (kritis), khususnya kerana air dan makanan terkait erat dengan masalah sumber tenaga ini. Masalah ini memerlukan pengerahan segala daya untuk mengagihkannya secara adil dalam penggunaan sumber-sumber tenaga.
Hendaknya dalam hal itu dibataskan untuk keperluan yang sangat mendesak dan penting. Misalnya, alat-alat pengangkutan hendaklah dibataskan penggunaannya untuk keperluan-keperluan penting dan tidak diizinkan menggunakannya untuk keperluan-keperluan seperti sebelumnya. Sebabnya, masalahnya di sini menjadi terkait erat dengan keperluan-keperluan pokok dan dengan kelangsungan dan keberlanjutan Daulah.
Kedua, mengaktifkan semua potensi para ahli dan cendekiawan, serta teknik-teknik mereka dalam mencari sarana-sarana sumber tenaga pendukung, misalnya sumber tenaga matahari untuk penerangan, pemanasan, dan menggerakkan alat pengangkutan, begitu pula sumber tenaga hidro (air) jika ada. Masalah ini merupakan masalah yang mungkin memerlukan inovasi. Ini kerana dalam medan sains dan teknologi boleh dilakukan kreativiti dan inovasi.
Provokasi untuk melakukan kreativiti dan inovasi itu tidak boleh dihadkan hanya terhadap golongan pakar dan cendekiawan Daulah Islamiah. Akan tetapi pelaksana negara juga berupaya untuk membeli pemikiran pakar dan cendekiawan dari luar, program-program sains moden dari para cendekiawan, serta pusat-pusat penyelidikan dan pengkajian.
Ketiga, pengorganisasian berbagai gerakan rahsia melalui perisikan di dalam dan luar Daulah. Hal ini untuk melarikan sumber-sumber tenaga, bahan bakar, dan bahan makanan dengan jalan yang memungkinkan, baik melalui sempadan perairan negara-negara tetangga, melalui jaringan perpaipan, atau jalan lain yang memungkinkan.
Masalah ini juga dulu dilakukan oleh Rasul SAW dan para sahabat dalam masalah makanan selama embargo di Makkah al-Mukarramah. Pada saat itu, muatan-muatan bahan makanan sampai kepada beliau secara rahsia dari sebahagian orang yang bersimpati di Mekah.
Ibnu Ishan meriwayatkan, dia berkata, “Abu Jahal bin Hisyam seperti yang disebutkan, pernah menyergap Hakim bin Hizam bin Khuwailid bin Asad bersama hambanya membawa gandum yang ingin dihantarkan kepada ibu saudaranya, iaitu Khadijah binti Khuwailid ra. yang berada bersama Rasulullah SAW di lembah. Abu Jahal menghalangnya dan berkata, ‘Apakah engkau akan pergi membawa makanan ini kepada Bani Hasyim? Demi Allah, jangan pergi membawa makanan itu. Jika tidak, aku akan mempermalukanmu di Mekah.’ Kemudian datang Abu al-Bahtari bin Hisyam bin al-Harits bin Asad. Dia berkata, ‘Ada apa engkau dengannya?’ Abu Jahal menjawab, ‘Dia akan membawa makanan kepada Bani Hasyim.’ Abu al-Bahtari berkata, ‘Makanan itu adalah milik ibu saudaranya yang akan dia kirimkan kepadanya. Apakah engkau akan menghalangnya menyampaikan makanan ibu saudaranya? Biarkanlah dia.’ Ibnu Ishaq berkata, “Kemudian Abu Jahal laknatullah tidak mahu membiarkannya sehingga dia berkelahi dengan Abu al-Bahtari. Abu al-Bahtari memegang janggut unta dan menariknya dengan sangat keras.”
Keempat, berusaha mencari lombong-lombong minyak jika ada dan berusaha menambah produksi lombong yang ada dengan sarana dan cara yang memungkinkan. Hal ini dilakukan dengan jalan mendorong perusahaan-perusahaan minyak lokal atau memujuk negara-negara non-imperialis dengan sejumlah besar hasil produksinya.
Hal tersebut seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika menawarkan kepada Ghathafan sepertiga hasil buah-buahan Madinah sebagai imbalan penarikan diri mereka dari peperangan melawan kaum muslim pada Perang Khandaq. Ibnu Ishaq berkata, “Rasulullah SAW melakukan penjagaan dan kaum musyrik mengepung beliau hampir satu bulan. Antara beliau dan mereka hanya saling melemparkan panah. Ketika bencana makin berat bagi masyarakat, Rasulullah SAW mengirim surat–seperti yang diceritakan kepadaku oleh ‘Ashim bin Umar bin Qatadah dan orang yang tidak ada tuduhan terhadap mereka dari Az-Zuhri–kepada Uyainah bin Hishin dan Al-Harits bin ‘Awf Al-Mari. Keduanya adalah komandan Ghathafan. Rasulullah SAW memberikan sepertiga hasil buah-buahan Madinah kepada keduanya. Akan tetapi dengan syarat, mereka mundur bersama pasukan mereka dari menyerang beliau dan para sahabat.
Kemudian berlangsunglah gencatan senjata di antara beliau dengan mereka. Mereka lalu menulis surat dan tidak membuat kenyataan dan tekad perdamaian, kecuali dengan adanya imbalan. Tatkala Rasulullah SAW ingin melakukan hal itu, beliau meminta masukan Sa’ad bin Mu’adz dan Sa’ad bin Ubadah. Keduanya bertanya, “Ya Rasulullah SAW, apakah ini perkara yang engkau suka untuk kami lakukan, atau perkara yang diperintahkan oleh Allah kepada engkau yang mesti kami laksanakan, atau sesuatu yang engkau lakukan untuk kami?” Rasulullah SAW menjawab, “Bahkan ini adalah sesuatu yang aku perbuat untuk kalian. Demi Allah, aku tidak melakukan hal ini, kecuali kerana aku melihat orang-orang Arab bersatu menyerang dan mengepung kalian dari segala sisi, maka aku ingin menghancurkan persekutuan mereka sampai perkara tertentu. …”
Semua itu boleh dilakukan oleh Daulah untuk menutup celah akibat embargo. Perusahaan-perusahaan asing yang ada sebelum Daulah berdiri tidak diizinkan untuk memindahkan persediaan-persediaan minyak mentah mereka. Berbagai persediaan itu dipandang sebagai keperluan pokok sehingga embargo berjaya dihancurkan secara sempurna.
Inilah beberapa masalah utama dalam masalah menyediakan makanan dan sumber tenaga. Hal itu merupakan ungkapan dari upaya-upaya untuk tegar menghadapi embargo. Ini kerana Daulah Islamiah tidak memiliki mukjizat. Daulah Islamiah hanya mengelola potensi yang memungkinkan dan berusaha memanfaatkan untuk menghancurkan embargo dengan jalan yang mungkin dilakukan.
Inilah beberapa perkara yang berkaitan dengan masalah pokok berbanding dengan besarnya cabaran di dalam dan luar negeri pada awal mula berdirinya Daulah Islamiah yang telah dijanjikan.