[Khilafah Rasyidah] Memerangi Realiti Rosak Warisan Sistem Lama (Bahagian 2/6)
Penulis: dr. Hamdan Fahmi
(Sambungan dari Bahagian 1/6)
- Media dan Insan Media
Media yang dimaksud di sini bukanlah alat-alat media secara keilmuan atau praktikal. Alat-alat itu diperkasakan untuk kemaslahatan umat, bukan untuk kemudaratan umat seperti sebelumnya. Media yang kami maksud di sini adalah politik media (penerangan) dan para pelaksana politik media ini.
Tidak boleh dilupakan bahawa politik media dalam sistem sebelumnya adalah politik yang lemah. Masyarakat dididik di atas kehinaan, pengekoran kepada penjajah, penyembahan kepada “makanan” (sumber pendapatan), bukan penyembahan kepada Rabb Semesta Alam.
Masyarakat juga dididik dengan pengkultusan terhadap sistem kapitalisme, bermanis muka kepada individu, sikap tutup mulut dan intimidasi, serta ketakutan terhadap ilusi para penanggungjawab.
Demikian pula politik yang memerangi Allah, Rasul-Nya, dan kaum mukmin yang ikhlas, iaitu para pengemban dan aktivis dakwah dalam apa yang disebut oleh Amerika sebagai politik “war on terror” atau “perang melawan keganasan”-nya. Dilakukan pula pengaburan terhadap hukum-hukum Islam dalam pandangan kaum muslim, bukan sebaliknya menonjolkan hukum-hukum Islam dalam imej yang paling indah.
Daulah membuat beberapa kelompok media untuk menyusun program-program sesuai dengan politik penerangan Daulah Islamiah. Hal ini mencakup pengukuhan akidah dan hukum-hukum di dalam akal dan hati rakyat, disertai penjelasan tentang pemikiran-pemikiran yang merosakkan dan aspek kerosakannya. Juga menguatkan ikatan antara rakyat dengan pemerintah dari sisi ketaatan, keterikatan, kecintaan, keikhlasan, serta menyiarkan hal-hal yang dapat memperkuat ikatan islamiah di antara seluruh umat Islam di dalam Daulah dan yang dapat mengukuhkan tubuh Daulah.
Daulah mengangkat tarafnya dalam segala urusan dan medan, lalu menjelaskan dan menyebarkan apa yang dikeluarkan oleh Daulah dalam bentuk berbagai perintah/arahan di setiap medan, baik dalam bentuk rasmi mahupun perkara-perkara umum. Juga menampakkan potret Daulah Islamiah di luar negeri dalam potret yang paling kuat dan paling baik agar menjadi cara untuk menawarkan Islam. Demikian pula menampakkan kekuatan Daulah kepada musuh-musuhnya.
Bahagian yang termasuk dari politik penerangan ini adalah memaparkan pemikiran Islam kepada bangsa-bangsa lain dengan pemaparan terbaik dan cara termudah. Hal itu perlu dilakukan dalam berbagai bahasa yang ada sesuai dengan kemampuan.
Kelompok-kelompok ini bertugas memonitor, mengarahkan, dan mempersiapkan program-program yang dikawal oleh Ketua Negara secara langsung. Ini kerana masalah penerangan bukan seperti program-program pendidikan dilihat dari sisi kecepatan dan besarnya transformasi di tengah masyarakat. Penerangan (media) itu mengusung politik Daulah secara langsung kepada masyarakat dengan jalan tercepat. Melalui media, Khalifah dapat menyampaikan penjelasan, pidato, dan arahan-arahannya kepada umat.
Adapun program-program media dan orang-orang lama, di antara mereka itu ada yang sesuai dengan politik penerangan (media). Mereka tidak mandatangkan bahaya terhadap Daulah sehingga dipertahankan, seperti para jurutera dan kelompok-kelompok yang berkhidmat dalam dunia penyiaran dari aspek teknikal.
Masalah penerangan (media) memerlukan persiapan sarana-sarana pengetahuan dan sumber daya manusia. Hal itu kadangkala memerlukan aktiviti-aktiviti tertentu, seperti kontak atau berhubungan dengan pakar-pakar untuk mempersiapkan berbagai sarana program. Juga memerlukan didatangkan berbagai perkara dari luar. Hal tersebut boleh saja dengan jalan membawa masuk secara rahsia, menyeludup atau melalui sempadan jika embargo sedang tidak sedang dilaksanakan terhadap Daulah.
Demikian juga diperlukan aktiviti untuk menyembunyikan sarana-sarana tersebut dan diletakkan di tempat yang aman pada awal mulanya. Sebabnya, sarana penerangan (media) akan menjadi sasaran penghancuran dan serangan dari musuh-musuh umat.
Adapun penyiapan sumber daya manusia, maka hal itu mudah dipersiapkan berbanding persiapan di atas. Orang-orang media yang sudah ada sebelumnya disertai dengan arahan-arahan atau bahkan menyiapkan orang-orang baru sekalipun.
Sumber: dr. Hamdan Fahmi, Khilafah Rasyidah.