[Khilafah Rasyidah] Memerangi Realiti Rosak Warisan Sistem Lama (Bahagian 6/6)
Penulis: dr. Hamdan Fahmi
(Sambungan dari Bahagian 5/6)
Adapun perkara keempat, iaitu kerosakan yang diwarisi dari sistem rosak sebelumnya dalam masalah pemerintahan dan kewangan. Poin ini memerlukan penjelasan dan perincian lebih jauh. Ini kerana sistem sebelumnya adalah sistem kapitalisme yang berdiri di atas kerosakan pada majoriti perkaranya.
Jika diinginkan untuk merujuk kepada setiap perkara yang di dalamnya terjadi penyimpangan, hal itu memerlukan waktu dan tenaga yang luar biasa sesuai dengan sangat besarnya kerosakan yang terjadi. Ini dari satu sisi. Sisi lain yang menjadi sandaran dalam perkara ini adalah kerosakan dalam sistem sebelumnya memiliki hukum-hukum syarak.
Sebelum Daulah Islamiah pertama berdiri, juga telah berlangsung kehidupan yang di dalamnya terdapat berbagai bentuk kerosakan. Saat itu turun berbagai hukum syarak yang memecahkan bebagai kerosakan tersebut. Untuk menjelaskan masalah ini, kami melihat dari beberapa sudut:
1. Harta-harta milik peribadi yang di dalamnya mengandungi kebatilan (dalam cara memperolehnya) dan telah habis digunapakai.
2. Harta-harta peribadi yang di dalamnya mengandung kebatilan (dalam cara memperolehnya) dan harta tersebut masih ada.
3. Harta-harta milik umum yang dikuasai secara batil dan telah habis digunapakai.
4. Harta-harta milik umum yang dikuasai secara batil dan belum habis digunapakai.
5. Harta-harta negara yang yang dikuasai secara batil dan belum habis digunapakai.
6. Peradilan yang telah berlangsung dan implikasinya telah hilang, bahkan dilupakan zaman.
7. Peradilan yang telah berlangsung dan belum dieksekusi hingga Daulah berdiri.
8. Berbagai konsekuensi masalah yang dieksekusi oleh sistem sebelumnya dan implikasinya masih ada hingga Daulah berdiri, seperti penjara, denda berpanjangan, urusan pernikahan adat, pernikahan sivil, dan sebagainya.
Adapun masalah harta-harta peribadi yang mengandungi usur kebatilan yang telah digunapakai dan habis, harta-harta ini dipandang sebagai sebahagian dari perkara yang telah berlalu dan berakhir sehingga fail perkara tersebut (kesalahan) tidak dibuka lagi. Seandainya seseorang dari struktur pemerintahan, perisikan, atau dari institusi negara yang lain telah mengambil sesuatu dari harta-harta masyarakat secara zalim dan menghabiskan harta itu tanpa tersisa pengaruhnya sedikit pun, pembahasan harta-harta tersebut tidak dilakukan lagi dan kesnya ditutup.
Boleh saja Khalifah meminta pertanggungjawaban orang yang melakukan kerosakan atau perampasan, lalu menjatuhkan hukuman lain kepadanya disebabkan serangan yang dilakukannya terhadap masyarakat dan pengemban dakwah, ataupun bentuk kerosakan yang lain.
Namun jika harta-harta itu masih ada dan terlihat bahawa hak (kebenaran) belum diberikan kepada pemiliknya, haknya akan dikembalikan. Sesungguhnya masalah hak tidak ada hubungan dengan sistem, apakah sistemnya jahiliah atau Islam. Misalnya, seseorang dari institusi perisikan menguasai rumah peribadi milik seseorang dari masyarakat semasa sistem lama. Seseorang itu tidak mampu mengambil kembali rumah tersebut dari orang perisikan tersebut disebabkan kekuasaannya. Dengan demikian, Daulah Islamiah akan mengembalikan hak tersebut kepada pemiliknya.
Dianalogikan kepada masalah tersebut semua hak yang masih ada dan belum dihabiskan. Dalilnya adalah firman Allah SWT, “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil.” (TMQ Al-Baqarah [2]: 188).
Rasulullah SAW bersabda, “Tidak halal harta seorang muslim, kecuali berdasarkan kerelaan dari dirinya.”
Ketentuan ini berlaku secara mutlak dan tidak dihadkan oleh zaman atau tempat tertentu dalam manath-nya.
Adapun harta-harta milik umum yang di dalamnya terjadi kerosakan dan telah dihabiskan, maka masalah itu ditutup dan tidak dibahas lagi. Sebabnya, hal itu merupakan sebahagian daripada konsekuensi jahiliah atau ketiadaan hukum Islam. Rasulullah SAW juga tidak membahas berbagai kezaliman kewangan yang terjadi sebelum Islam, kecuali yang masih ada dan belum digunapakai (dihabiskan).
Hukum harta milik umum adalah milik seluruh kaum muslim, bukan milik seseorang saja. Oleh kerananya, harta milik umum yang dirampas atau diberikan kepada satu orang akan dikembalikan kepada asalnya secara syarie di bawah hukum Islam.
Seandainya ada seseorang pegawai negara mengambil sebahagian dari wilayah pantai untuk dirinya sendiri dan menjadikan sekelilingnya sebagai tempat pelancongan, pantai itu akan dikembalikan kepada kaum muslim secara umum dan ketetapan sebelumnya dihapus.
Demikian juga seandainya seseorang mengambil pendapatan dari telaga minyak untuk dirinya sendiri, tindakan penguasaan tersebut akan dihapuskan. Selanjutnya, telaga minyak itu berserta manfaatnya akan dikembalikan kepada seluruh kaum muslim. Ini berdasarkan pandangan bahawa telaga minyak itu merupakan sebahagian dari harta milik umum.
Demikianlah semua perkara yang termasuk harta-harta milik umum yang di dalamnya terjadi perampasan atau penguasaan, maka akan dikembalikan kepada asalnya. Dalilnya adalah hadis-hadis yang menyebutkan harta-harta milik umum dan manfaatnya. Hadis-hadis itu tidak dihadkan oleh waktu, tempat, atau orang tertentu. Rasulullah SAW bersabda, “Manusia itu bersyarikat dalam tiga perkara, air, padang, dan api.”
Hadis ini mencakupi semua hal yang diperlukan untuk mengeksploitasinya, baik berupa alat-alat, bahan-bahan, dan sebagainya, serta semua yang merealisasikan perkara tersebut berupa bahan api, letrik, dan yang lainnya.
Adapun peradilan, maka peradilan itu terbahagi dalam tiga bahagian:
Pertama, yang berkaitan dengan masalah-masalah yang masih ada dan kezaliman akibat masalah itu masih berlangsung. Misalnya, keputusan hukuman pemisahan (perceraian) akad perkahwinan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan, padahal keduanya menginginkan sebaliknya dan tidak terdapat sebab syarie untuk memisahkan keduanya.
Masalah seperti ini dikembalikan kepada asalnya, meskipun telah dilakukan pelaksanaan keputusan kehakimannya, selagi wanita itu belum dikahwini oleh lelaki lain. Contoh lainnya, keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara kepada seseorang secara zalim selama satu tahun, tetapi pembuktiannya tidak terbukti secara syarie. Jika hanya diperoleh melalui pengakuan dengan mengunakan pemaksaan dan penyeksaan, maka keputusan hukuman tersebut dihapuskan dan dikembalikan kepada asalnya secara syarie.
Contoh lainnya, seperti mahkamah memutuskan didirikannya kedai minuman keras di tempat tertentu, maka keputusan ini juga dihapuskan hingga tidak tersisa baginya implikasi apa pun. Begitu pula jika mahkamah memutuskan agar diambil rumah seseorang dan menggabungkan kepemilikan peribadi atau kepemilikan negara tanpa melalui proses yang benar (secara syarie), maka keputusan tersebut, selama implikasinya masih ada, mestilah dikembalikan kepada asalnya dan keputusan sebelumnya dihapus.
Di sini terdapat jenis-jenis lain dari peradilan. Perkara yang telah hilang dan hilang pula pengaruhnya, baik berkaitan dengan harta atau yang lain, maka perkaranya berhenti sampai di situ. Seperti masalah pencurian yang telah dijatuhkan hukuman dan tempoh hukumannya telah berakhir, atau perkara jinayah yang tempoh hukuman bagi pelakunya telah berakhir. Demikian pula peradilan-peradilan atas harta yang telah digunapakai dan pengaruhnya telah hilang atau telah hilang pemiliknya, maka masalah yang seperti ini tidak akan dilihat lagi. Masalah itu dipandang telah berakhir.
Adapun peradilan yang belum berakhir sama sekali, maka hal itu dikembalikan kepada asalnya secara syarie. Dikembalikan kepada keputusan peradilan islami, baik yang berkaitan dengan harta, kehormatan, jinayah, atau yang lainnya. Jika masalah itu memiliki hukum syarak yang boleh diimplementasikan secara terus, maka kita akan mengambilnya. Jika perkara jinayah itu telah berakhir dan pelakunya telah pergi, syarak akan menggugurkan masalahnya kerana implikasi dan pelakunya sudah tidak ada.
Perkara yang diputuskan pada sistem sebelumnya dan bertentangan hukumnya menurut syariat Islam, seperti perkahwinan adat, perkahwinan sivil, atau perkara-perkara lainnya, maka kes tersebut dikembalikan kepada hukum syarak, jika di dalamnya terdapat penyimpangan terhadap hukum syarak. Dapat juga dihapuskan sejak dari asasnya, jika hukumnya dihapus, atau diluruskan, jika di sana ada ruang untuk meluruskannya.
Ini yang berkaitan dengan masalah memerangi realiti rosak peninggalan sistem sebelumnya. Pada hakikatnya, kesucian dan keadilan Islam akan mampu mencuci kotoran-kotoran sebelumnya secara sempurna, sebagaimana air hujan yang bercucuran deras dari langit akan mampu menyucikan najis di muka bumi. Oleh kerananya, ketika hukum Allah menyebar luas di muka bumi, ia akan membalikkan segala perkara, serta meratakan keadilan, keamanan, dan kemakmuran.
Manusia akan melupakan kotoran dan kerosakan masa lalu. Dengan izin Allah, masa lalu itu tidak akan berpengaruh sedikit pun. Kita memohon kepada Allah agar mengukuhkan kaum muslim dengan hukum-Nya yang adil untuk menghilangkan semua najis, penderitaan, dan kesalahan-kesalahan masa lalu dari diri mereka.
Sumber: dr. Hamdan Fahmi, Khilafah Rasyidah.
#KhilafahRasyidah #DaulahIslam #IslamKaffah #CabaranTegakDaulah #kapitalisme #perubahanrevolusioner #hijrahsistem