[Khilafah Rasyidah] Memerangi Realiti Rosak Warisan Sistem Lama (Bahagian 5/6)
Penulis: dr. Hamdan Fahmi
(Sambungan dari Bahagian 4/6)
Kerosakan Terkait para Pegawai pada Masa Sebelumnya
Dalam pembahasan sebelumnya, kami telah membahas masalah ketua negara dalam masalah pemerintahan dan administratif. Juga masalah yang berhubungan dengan jawatan-jawatan sensitif, serta kaedah memecahkan masalahnya dalam realiti rosak peninggalan sistem lama.
Tinggal satu masalah lagi dalam perkara ini, iaitu kerosakan yang berkaitan dengan orang-orang tersebut. Ini masalah kerosakan yang mereka lakukan di dalam tubuh Daulah dan cara menyelesaikan kerosakan tersebut.
Untuk memperjelas deskripsi perkara ini, kami juga melihatnya dari empat aspek:
Pertama, tugas, posisi, dan institusi yang menyalahi hukum-hukum syarak.
Kedua, pengaturan berbagai urusan sesuai dengan struktur syarie dalam membentuk institusi-institusi negara.
Ketiga, pertanggungjawaban atas berbagai aktiviti kerosakan yang terjadi pada masa sistem sebelumnya yang rosak.
Keempat, kerosakan yang diwariskan sistem lama, khususnya dalam perkara-perkara peradilan dan kewangan.
Masalahnya tidak sekadar rombakan orang-orang dari posisi mereka, lalu akan berhenti secara damai. Melainkan perlu juga memperhatikan kerosakan besar yang dilakukan oleh orang-orang itu dan orang-orang yang ada di belakang mereka dari kalangan para penguasa dan orang-orang upahan kaum penjajah.
Perkara pertama, iaitu tugas, posisi, dan institusi-institusi yang menyalahi hukum-hukum syarak.
Terdapat banyak tugas yang terkait dengan pemahaman-pemahaman kapitalisme yang tidak memiliki dasar syarie, bahkan menyalahi hukum-hukum syarak, seperti tugas perisikan yang memata-matai kaum muslim.
Tugas-tugas seumpama ini dihapuskan secara total. Semua pejabat, cawangan, serta institusi di bawahnya ditutup. Individu yang terlibat dihadapkan ke mahkamah kerana melanggar hukum syarak. Orang-orangnya diadili kerana menyalahi hukum syarak.
Allah SWT berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; “. (TMQ Al-Hujuraat [49]:16)
Terdapat juga institusi-institusi ribawi, seperti bank-bank, bursa saham, atau institusi-institusi semisalnya, baik yang rasmi ataupun yang tidak rasmi di dalam negara. Dengan demikian, institusi-institusi rasmi yang berdiri atas dasar riba dan agensi-agensi yang ada di bawahnya mestilah dihapus. Sebabnya, semua itu menyalahi hukum-hukum Islam. Tugas apa pun yang bertentangan dengan hukum-hukum agama kita yang lurus mestilah dihapuskan. Demikian pula semua institusi yang berdiri untuk mengurus tugas tersebut.
Perkara kedua, iaitu pengaturan berbagai urusan sesuai dengan struktur syarie dalam membentuk institusi-institusi negara.
Masalah ini akan mudah atas izin Allah SWT kerana telah ada kapasiti keilmuan dan kemampuan aqliyah di dalam diri putera-putera umat. Aktiviti yang diperlukan hanya pengaturan dan pembangunan kembali dengan baik dari sisi penyusunan struktur yang sempurna dalam masalah ini.
Dimulai dari khalifah kaum muslim dan berakhir pada institusi-institusi perkhidmatan untuk seluruh urusan negara. Dalam pelaksanaan hal itu disandarkan kepada hukum-hukum syarak yang berhubungan dengan masalah tersebut.
Institusi-institusi lama warisan sistem sebelumnya adalah institusi-institusi yang majoritinya terkait dengan sistem kapitalisme, baik dalam masalah pemerintahan dan administrasi, atau pun dalam aspek-aspek kewangan, militer, dan pasukan. Oleh kerananya, hendaklah dilakukan pengaturan kembali terhadap institusi-institusi dan tugas-tugas tersebut setelah dilakukan penghapusan atas hal-hal yang menyalahi hukum-hukum agama yang lurus ini (Islam).
Pada hakikatnya, aktiviti pengaturan ini kadangkala memerlukan waktu yang sedikit. Oleh kerana itu, pada awalnya disandarkan kepada kader-kader (rekrutmen) yang tidak menyalahi Islam dan selamat sehinggalah aktiviti pengaturan itu selesai dengan hasil yang sahih.
Namun kadangkala sukar untuk melakukan aktiviti pengaturan ini secara sekaligus. Ini kerana masalah-masalah yang ada memerlukan program-program, persiapan-persiapan, dan kader-kader dengan kepakaran yang mencukupi.
Perkara ketiga, iaitu pertanggungjawaban aktiviti rosak yang terjadi pada masa sistem lama.
Masalah ini dikembalikan kepada hukum-hukum syarak dan pendapat khalifah dalam beberapa perkara. Apa saja yang dikembalikan kepada hukum syarak, maka hukum itu wajib diterapkan tanpa penundaan sedikit pun. Tidak ada peluang untuk menyimpang kerana hal itu merupakan hukum yang wajib diterapkan dan tidak boleh diselisihi.
Hal tersebut seperti penguasaan pegawai-pegawai negara terhadap harta-harta masyarakat secara zalim dan permusuhan. Hal ini secara syarie jelas tidak diperbolehkan. Allah SWT berfirman, “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (TMQ Al-Baqarah [2]:188)
Rasulullah SAW bersabda, “Tidak halal harta seorang muslim, kecuali berdasarkan kerelaan dari dirinya.” (HR Ahmad)
Masalah-masalah seperti ini, termasuklah tugas-tugas yang tidak benar atau gaji-gaji yang terlalu tinggi bagi orang-orang tertentu – semua ini akan diminta pertanggungjawaban dan diluruskan sesuai hukum-hukum Islam.
Adapun perkara-perkara yang dikembalikan kepada pendapat khalifah, seperti pandangan terhadap pegawai-pegawai negara sebelumnya beserta kerosakan dan jenayah yang dilakukan mereka, maka perkara-perkara tersebut dikembalikan kepada pandangan Imam (khalifah). Jika dia menginginkan, dia boleh memaafkan. Namun jika dia berkehendak, dia boleh pula memberikan hukuman.
lmam juga berhak menjatuhkan hukuman kepada orang-orang tertentu saja dan memberikan maaf kepada orang-orang tertentu lainnya. Rasulullah SAW memberikan maaf kepada orang-orang yang berbuat kerosakan dan menyakiti kaum muslim. Sebaliknya, baginda juga meminta pertanggungjawaban orang-orang yang lainnya. Baginda meminta pertanggungjawaban beberapa orang yang bertanggungjawab dari penduduk Mekah. Sebaliknya, baginda memaafkan yang lainnya.
Perkara-perkara ini dikembalikan kepada pandangan Imam dan kemaslahatan negara. Kadangkala kemaslahatan negara memerlukan agar tetap dilaksanakan peradilan untuk membongkar kejahatan-kejahatan yang dilakukan oleh orang-orang tersebut kepada umat dan keterikatan mereka dengan negara-negara besar. Juga untuk membongkar kejahatan-kejahatan para penguasa lainnya yang berhubungan dengan orang tersebut.
Sumber: dr. Hamdan Fahmi, Khilafah Rasyidah.
#KhilafahRasyidah #DaulahIslam #IslamKaffah #CabaranTegakDaulah