[Siri Adab Keluarga]
Ucapan Lemah Lembut kepada Ibu Bapa
Telah mengkhabarkan kepada kami Abu Nu’aim, dia berkata, telah mengkhabarkan kepada kami Sufyan, dari Hisyam bin Urwah, dari ayahnya, dia berkata tentang firman Allah,
” Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana kasih sayangmu” [TMQ Al-Israa’: 24].
Maksudnya; “Janganlah kamu menghalangi apa yang menjadi kesukaannya”.
(Hadis ini sahih, diriwayatkan oleh Hanad dalam Az-Zuhud (2/476) dan Thabari dalam tafsirnya, serta sanadnya sahih)
Penjelasan:
Hadis ini menekankan kepentingan menjaga tutur kata dan berkelakuan baik terhadap kedua ibubapa (orang tua). Antara bentuk bakti kepada ibubapa (orang tua) adalah menjaga, memuliakan, menghormati serta bersikap rendah hati terhadap keduanya. Selain itu, memenuhi kehendak ibubapa (orang tua) yang selaras dengan syariat adalah kewajipan seorang anak.
#KeluargaMuslimIdeal
#AdabKeluarga
#KeluargaTarbiyah
#DakwahBermulaDiRumah
#RumahTaatUmatKuat