[Siri Adab Keluarga]
Menyenangkan Hati Ibu Bapa adalah Kewajipan
Dari Abdullah bin Amr, dia berkata, “Seorang lelaki mendatangi Rasulullah SAW dan berbaiat untuk hijrah sementara dia meninggalkan kedua orang tuanya yang menangis (kerana pemergiannya).
Rasulullah SAW lalu berkata kepadanya, “Kembalilah kepada keduanya dan buatlah keduanya tertawa sebagaimana engkau telah membuatnya menangis.” (HR. An-Nasa`i, Ibn Majah, Ahmad, dan Ibnu Hibban)
Penjelasan:
Dari pesan Nabi ini kita diajar untuk menilai kembali keutamaan (awlawiyat /priority) dalam beramal. Selagi mana sunnah yang berlangsung bukan fardhu ain, maka tidak dibolehkan seseorang itu berhijrah tanpa keizinan ibubapanya. Perhatian Nabi SAW terhadap urusan ibubapa amat besar, baik dalam aspek fizikal mahupun mental/emosi, semua itu mesti dipelihara sebaiknya. Baginda turut mengajarkan kepada kita akan pentingnya berusaha mendapatkan keredhaan ibu bapa ketika melakukan sesuatu perkara sekalipun dalam hal terkait ibadah.
#KeluargaMuslimIdeal
#AdabKeluarga
#KeluargaTarbiyah
#DakwahBermulaDiRumah
#RumahTaatUmatKuat