[Kenyataan Media] Apakah Tahanan Kanak-kanak di Penjara Penjajah Itu Kanak-kanak atau Lelaki Dewasa?!
Institusi-institusi Palestin yang prihatin terhadap hal ehwal tahanan, termasuk Kelab Tahanan, menyatakan bahawa terdapat lebih daripada 1,630 kanak-kanak dari Tebing Barat, termasuk al-Quds, dan berpuluh-puluh dari Semenanjung Gaza telah ditangkap oleh penjajah sejak permulaan perang ke atas Gaza. Mereka menyorot kesyahidan seorang kanak-kanak di dalam Penjara Megiddo selepas mengalami kelaparan, pelucutan hak-hak, dan penderaan. 350 daripada mereka masih berada di penjara penjajah, termasuk dua kanak-kanak perempuan, dalam keadaan yang buruk yang sepenuhnya bercanggah dengan semua piawaian antarabangsa bagi perlindungan kanak-kanak bawah umur. Mereka menghadapi jenayah penyeksaan, kelaparan, pengabaian perubatan, serta serangan seksual, selain daripada pengasingan kolektif dan larangan daripada menerima lawatan.
Sepanjang beberapa dekad yang lalu, entiti Yahudi penjajah telah melakukan pemusnahan fizikal dan psikologi terhadap tahanan kanak-kanak melalui satu set dasar sistematik yang bertentangan dengan nilai kemanusiaan. Kanak-kanak sentiasa menjadi kumpulan paling rentan terdedah terhadap pelanggaran ini. Sama ada melalui pembunuhan dan pencederaan, kekurangan pendidikan, atau penangkapan, yang telah menyasarkan puluhan ribu daripada mereka, sama ada semasa serbuan, konfrontasi, di pusat pemeriksaan atau sekatan jalan, atau dari sekolah. Kanak-kanak di Gaza sering digunakan sebagai perisai manusia semasa operasi ketenteraan.
Fasa soal siasat dianggap sebagai tahap paling kejam bagi kanak-kanak di dalam penjara penjajah; kerana ia bertujuan untuk menakut-nakutkan mereka, mematahkan semangat mereka, dan mendapatkan pengakuan secara paksa daripada mereka. Mereka disoal siasat berjam-jam di bilik tertutup tanpa kehadiran ibu bapa atau peguam mereka. Mereka tidak dibenarkan tidur dan rehat, serta mengalami tekanan berterusan yang meninggalkan kesan mendalam terhadap diri dan masa depan mereka. Penahanan pentadbiran (administration detention) dianggap sebagai salah satu alat paling menindas yang digunakan oleh penjajah terhadap rakyat Palestin, terutamanya kanak-kanak, tanpa dakwaan jelas atau mengemukakan kesnya kepada proses perbicaraan sebenar, atas alasan “fail rahsia,” yang padahal dinafikan aksesnya oleh kanak-kanak tersebut dan peguam mereka.
Di dalam penjara juga, kanak-kanak hidup dalam keadaan yang dahsyat yang tidak memenuhi piawaian kemanusiaan minimum; di mana mereka mengalami penderaan fizikal, kejutan elektrik, dihalang daripada tidur dengan ditempatkan dalam ruang dikenali sebagai “bilik disko” (muzik dipasang dengan kuat sebagai salah satu metod penyeksaan), diikat dalam tempoh lama, serangan anjing, makian, isolasi, gangguan seksual, dan pelbagai hukuman kolektif lainnya. Tidak cukup dengan itu, berlaku juga situasi – kelaparan, persekitaran yang kotor, ruang yang padat, dan penyebaran serangga, penahanan di bilik yang kurang pengudaraan dan pencahayaan, serta pengabaian perubatan dan kurang aspek penjagaan kesihatan yang telah membawa kepada penyebaran penyakit, kekurangan pakaian, larangan lawatan keluarga, dan penempatan bersama tahanan kanak-kanak penjenayah Yahudi sebagai bentuk polisi pemusnahan psikologi dan fizikal yang dijalankan secara sistematik.
Sementara itu, data daripada Kempen Kebangsaan untuk Mengambil Kembali Jenazah Syuhada menunjukkan peningkatan berbahaya dalam jenayah pembunuhan sengaja terhadap kanak-kanak berserta polisi berterusan menahan jenazah oleh entiti. Sejak awal bulan November ini, penjajah telah membunuh enam kanak-kanak secara kejam dan menahan jenazah mereka, menjadikan jumlah syuhada kanak-kanak yang jenazahnya masih ditahan sebanyak 73 daripada 752 syahid yang jenazah mereka didokumentasikan oleh kempen. Dokuemntasi itu menunjukkan bahawa semua jenazah tersebut masih berada di dalam peti sejuk dan tanah perkuburan penjajah.
Statistik ini diterbitkan oleh institusi tahanan bersempena dengan apa yang dipanggil sebagai “Hari Kanak-Kanak Sedunia,” di mana dunia meraikan pencapaian kanak-kanak dalam semua bidang kehidupan, perkembangan, dan pertumbuhan semula jadi mereka, sementara kanak-kanak Palestin berdepan dengan mesin penindasan yang menyasarkan mereka, melanggar hak-hak dan maruah mereka, membunuh, menahan, dan menuduh mereka di mahkamah tentera yang mana undang-undang paling asas dilanggar (tidak adil), mengenakan hukuman berat. Ini semua jauh daripada apa yang mereka sering propagandakan mengenai hak-hak kanak-kanak dan hak asasi manusia.
Tetapi azab Allah pasti akan datang:
“Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka). (Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan.” [TMQ Ali Imran: 196–197].
Bahagian Muslimah
di Pejabat Media Pusat Hizb ut Tahrir
*Terjemahan
#SpeakUpforPalestine #ArmiestoAqsa #ArmiestoGaza #Palestineneedsjihad #WeNeedKhilafah #AynalMuslimun #FreePalestine