Tiada Pengakhiran kepada Pembunuhan Kanak-kanak Palestin dan Lubnan Tanpa Penghapusan Entiti Yahudi
UNICEF pada 13 Mei melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 59 kanak-kanak telah terbunuh atau cedera di Lubnan dalam minggu sebelumnya akibat serangan ke atas negara itu. Sejak bermulanya gencatan senjata pada 17 April 2026, sekurang-kurangnya 23 kanak-kanak telah terbunuh dan 93 cedera, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 200 kanak-kanak terbunuh dan 806 cedera di Lubnan sejak 2 Mac.
Awal bulan ini, dilaporkan bahawa seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dan bapanya terbunuh di Nabatieh selepas Pasukan Pertahanan ‘Israel’ menyasarkan mereka menggunakan dron dengan tiga serangan untuk memastikan mereka tidak terselamat.
UNICEF juga menganggarkan bahawa 770,000 kanak-kanak di Lubnan mengalami tekanan emosi yang semakin meningkat akibat pendedahan berulang kepada keganasan, kehilangan dan perpindahan akibat perang, termasuk mengalami ketakutan yang melampau, mimpi ngeri, insomnia dan perasaan putus asa, yang membawa mereka ke arah kemungkinan keadaan kesihatan mental sepanjang hayat.
UNICEF juga melaporkan pada 12 Mei bahawa 70 kanak-kanak telah terbunuh di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur dan 800 cedera sejak tahun 2025, terutamanya di tangan tentera dan peneroka haram Yahudi. Semua ini, seiring dengan pembunuhan kanak-kanak yang berterusan di Gaza meskipun gencatan senjata yang dipanggil, dengan lebih daripada 21,000 kanak-kanak terbunuh sejak Oktober 2023 bersamaan dengan purata seorang kanak-kanak terbunuh setiap jam.
Bukankah jelas sekali bahawa tiada gencatan senjata, perjanjian damai atau rancangan daripada Amerika atau mana-mana kuasa Barat atau badan antarabangsa seperti PBB akan menamatkan pembunuhan beramai-ramai kanak-kanak Lubnan, Palestin atau mana-mana tanah lain oleh entiti Yahudi yang telah menjelaskan bahawa ia tidak akan menamatkan pembersihan etniknya terhadap rakyat Palestin dan tanah sekitarnya sehingga ia mencapai visinya tentang apa yang dipanggil ‘Israel Raya’.
Tidak syak lagi bahawa, menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran untuk menghancurkan mereka secara fizikal dan psikologi bagi melemahkan generasi akan datang serta penentangan mereka terhadap kewujudan entiti parasit ini, merupakan sebahagian daripada rancangan keji entiti penjajah ini. Semua ini tidak akan berakhir sehingga entiti penjenayah ini dibasmi sepenuhnya.
Namun ini tidak akan dapat dicapai selagi pemerintahan rejim dan pemimpin semasa di negeri-negeri umat Islam yang tidak berdaya dan khianat berterusan, sebaliknya telah menunjukkan bahawa diri mereka adalah pengawal, pelindung dan penyokong entiti Yahudi, menyediakannya dengan cara kewujudan dan kuasanya, dan menghalang tentera Islam daripada mempertahankan umat mereka dan membebaskan Tanah Suci. Sesungguhnya, kewujudan pemerintah dan rejim ini telah menjadikan penjajah makin berani untuk meningkatkan jenayahnya terhadap umat Islam, kerana mereka mengetahui sepenuhnya bahawa tidak akan ada negara mahupun pemimpin yang akan menghalang jalan mereka.
Anak-anak Palestin, Lubnan dan seterusnya tidak akan pernah menikmati keselamatan, mahupun menikmati kehidupan yang bermaruah tanpa penyingkiran rejim dan pemerintah ini. Melainkan, dengan penubuhan negara yang mewakili ummah ini, yakni Khilafah berdasarkan kaedah Kenabian, yang merupakan perisai dan pelindung umat dan agama kita, dan yang akan menggerakkan tenteranya tanpa teragak-agak atau berlengah untuk menumbangkan penjajahan kanser ini untuk kebaikan dan membebaskan setiap inci tanah suci.
Jadi, kami bertanya kepada saudara-saudara kami dalam tentera Islam, berapa lama lagi anda akan berdiam diri sementara anak-anak umat ini terus disembelih oleh entiti Yahudi ini? Berapa lama lagi kamu akan berpaling daripada tanah suci dan penodaan Al-Aqsa? Berapa lama lagi kamu akan melayani pemerintah pengecut ini yang telah memalukan kamu dengan menghalang kamu daripada mempertahankan umatmu? Dan berapa lama lagi kamu akan meninggalkan Perintah Rabb kamu untuk melindungi umat Islam dan membebaskan tanah mereka? Selamatkan diri kamu daripada kehinaan dunia dan azab yang pedih di akhirat dengan menyingkirkan pemerintah yang khianat ini dan berikanlah nusrah untuk menegakkan Khilafah, yang di bawahnya kamu akan menerima peranan sebenar kamu sebagai pembebas dan pembela umat Islam dan agama kamu. Allah (swt) berfirman:
﴿إِلاَّ تَنفِرُواْ يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمُ غَيْرَكُمُ شَيْئًا وَاللّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ﴾ “Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah – membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”. [At-Taubah: 39].
Bahagian Muslimah
di Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir
#SaveLebanon