Wahai Umat Islam dan Tentera-Tenteranya: Jika kamu tidak bangkit kerana marah demi Allah dan perkara-perkara suci di sisi-Nya, maka kerana apa lagi kamu akan bangkit marah dan bertindak?!
Pada hari Rabu, 27/5/2026, media dan platform media sosial menyiarkan rakaman yang menunjukkan pasukan entiti Yahudi telah menyerang secara ganas seorang wanita muda Palestin di Bab Hutta, salah satu pintu Masjid Al-Aqsa yang diberkati, dengan merenggut tudung kepalanya secara paksa sebelum menangkapnya. Insiden ini berlaku di tengah-tengah peningkatan pelanggaran dan langkah keselamatan yang diperketatkan oleh pasukan pendudukan di pintu-pintu masuk Kota Lama Al-Quds dan pintu-pintu Masjid Al-Aqsa, bertepatan dengan Hari Raya Aidiladha. Mereka mendirikan sekatan jalan dan memeriksa kad pengenalan orang yang lalu lalang, serta menghalang sejumlah besar orang daripada memasuki masjid.
Hati merasa pedih dan tangisan darah mengalir menggantikan air mata terhadap jenayah yang keji dan serangan kejam ke atas wanita merdeka daripada kalangan wanita-wanita Al-Quds. Apa yang menambahkan lagi kepedihan yang membara ialah tudungnya ditanggalkan dan maruah serta kehormatannya didedahkan hanya beberapa meter dari Masra, tempat Israk Nabi kita (saw), oleh tangan mereka yang dimurkai Allah dan yang telah ditetapkan ke atas mereka kehinaan dan kesengsaraan. Tambah mendukacitakan ialah ini bukan kali pertama wanita-wanita merdeka di Tanah yang Diberkati diserang di pintu-pintu Masjid Al-Aqsa, di halaman-halamannya, dan di Kota Lama Al-Quds. Entiti jenayah ini telah melampaui batas dan meningkatkan jenayah serta pelanggarannya terhadap penduduk Tanah yang Diberkati secara umum dan wanita-wanita merdekanya secara khusus selepas operasi Taufan Al-Aqsa. Ia juga telah memberikan perlindungan dan sokongan penuh kepada kumpulan-kumpulan perusuh peneroka haram untuk melakukan jenayah-jenayah yang serupa.
“Untuk perkara seperti ini, hati luluh kerana kesedihan … jika masih ada Islam atau iman yang tinggal di dalam hati.”
Wahai kaum Muslimin: Kejadian yang menyakitkan ini berlaku pada hari yang diberkati dalam bulan yang suci, hari di mana para jemaah haji menunaikan ibadah mereka, hari yang Allah jadikan sebagai hari kegembiraan dan kebahagiaan bagi umat Islam. Namun penduduk Tanah yang Diberkati dan wanita-wanita merdekanya tidak mengenal kegembiraan atau kebahagiaan pada hari ini. Darah mereka ditumpahkan di Tebing Barat, Gaza dan Al-Quds; rumah-rumah mereka dirobohkan; tanah-tanah mereka dirampas; dan pokok-pokok mereka dicabut untuk membina penempatan haram di tempatnya. Para tahanan mereka, yang dihumban ke dalam penjara hilang, manakala yang keluar seperti bayi yang baru dilahirkan, mengalami penyeksaan, jenayah, pencabulan maruah, serta dinafikan makanan dan rawatan perubatan. Kehidupan mereka ditindas dan dicekik demi memaksa mereka keluar dari rumah-rumah mereka. Masra yang Allah kaitkan dengan Masjidil Haram, tempat para jemaah menunaikan ibadah mereka pada hari-hari ini, sedang di`yahudi’kan, dan usaha giat sedang dijalankan untuk melaksanakan pembahagian masa serta ruang penggunaan ke atasnya. Sesungguhnya, rancangan untuk merobohkannya dan membina kuil yang didakwa di atas runtuhannya sedang diumumkan secara terbuka, dan kumpulan-kumpulan peneroka haram mencemarkannya pagi dan petang, melakukan penyembahan serta ritual Talmud mereka di halaman-halamannya dan mengibarkan bendera mereka di sana.
Bagaimana kamu (para tentera) boleh menikmati kehidupan sedangkan penduduk Tanah yang Diberkati ini sedang menderita?! Bagaimana kamu boleh menikmati kehidupan sedangkan wanita-wanita merdeka dihina, diserang, dan dilucutkan kehormatan mereka, sambil menjerit meminta pertolongan tanpa sesiapa menyahut seruan mereka?! Apa yang telah terjadi kepada kamu?! Adakah kamu telah menjadi lebih selesa dan menikmati kehidupan duniawi ini?!
Wahai golongan yang mempunyai kekuatan dan perlindungan, wahai tentera-tentera umat Islam: Keadaan telah sampai ke tahap yang kritikal, dan entiti terhina ini telah melampaui batas dalam jenayah-jenayahnya. Tiada seorang pun daripada kamu yang boleh memberikan alasan, sama ada di hadapan Allah mahupun di hadapan hamba-hamba-Nya. Setelah segala kekejaman dan kebiadapan ini, yang tidak menyisihkan manusia, pokok-pokok mahupun batu-batu tidak terselamat daripadanya, adakah kamu masih terus tunduk?! Jika kamu tidak bangkit kerana marah demi Allah dan perkara-perkara suci-Nya, maka kerana apa lagi kamu akan bangkit marah dan bertindak?! Tidakkah ada dalam kalangan kamu seseorang yang akan mempertahankan Islam dan umat Islam, dan menjadi seperti Aus dan Khazraj yang membantu Rasulullah (saw) serta memberikan bai‘ah perang kepada Baginda pada saat-saat seperti ini?! Ya Allah, kurniakanlah kepada kami para penolong seperti para penolong Rasulullah (saw), yang melalui mereka, agama ini akan diperkukuhkan, seruan umat yang meminta pertolongan akan dijawab, dan melalui mereka juga khabar gembira daripada Nabi-Mu (saw) akan direalisasikan dengan tertegaknya Khilafah Rasyidah kedua di atas manhaj kenabian.
Bahagian Muslimah
di Pejabat Media Pusat
Hizbut Tahrir
#SavePalestine #FreePalestine #ArmiestoAqsa #ArmiestoGaza
youtu.be/Q4vkP-SM0hs?si=DFwpp6oidz9G6isj
https://www.thecanary.co/global/2026/05/28/al-aqsa-eid-arrests-jerusalem/