[Soal Jawab] Hujah Bagi Demonstrasi Bela Palestin Tanpa Membawa Bendera Palestin
Oleh: KH. M. Shiddiq Al-Jawi
Soalan:
Ustaz mohon panduan serta bimbingan. Apakah hujah yang dapat diberikan mengenai mengapa Demonstrasi Palestin tempoh hari tidak menggunakan bendera Palestin?
Jawapan:
Beberapa alasan berikut boleh diberikan mengapa ‘Demonstrasi Palestin’ yang haq dan syarie adalah tanpa membawa bendera Palestin:
Pertama, kerana bendera Palestin yang ada pada masa kini bukanlah ciptaan bangsa Palestin, tetapi merupakan ciptaan pihak British, berdasarkan Perjanjian Sykes–Picot (antara Britain dan Perancis) pada tahun 1916 yang memecah-belahkan negeri-negeri Arab yang dahulunya merupakan satu kesatuan wilayah di bawah kekuasaan Khilafah Uthmaniyah Turki.
Maka, mengibarkan bendera Palestin pada masa ini bererti menyokong kezaliman penjajah kafir yang memecah-belahkan kesatuan negeri-negeri Islam.
Kedua, kerana bendera Palestin hanya mewakili 22% wilayah Palestin, iaitu Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, sesuai dengan sempadan wilayah pasca perang Arab–Israel 1967. Sedangkan 78% wilayah Palestin telah menjadi kawasan Israel pada masa kini.
Maka, mengibarkan bendera Palestin sekarang ini bererti merelakan 78% tanah Palestin diserahkan kepada kaum kafir Zionis Yahudi yang menjajah serta menduduki tanah Palestin.
Ketiga, kerana bendera Palestin merupakan lambang negara demokrasi-sekular yang merupakan bentuk negara dari peradaban Barat, dan bukan lambang negara Islam (Khilafah) sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW.
Bendera yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW sebagai simbol negara Islam adalah liwa’ dan rayah, bukan yang lain.
Liwa’ adalah bendera berwarna putih dengan tulisan berwarna hitam La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.
Rayah adalah bendera berwarna hitam dengan tulisan berwarna putih La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.
Maka, mengibarkan bendera Palestin pada masa kini tidak lain bermaksud menyokong penubuhan negara demokrasi-sekular yang berakar daripada peradaban Barat yang kafir.
#soaljawab #benderaPalestin #BenderaNasionalisme