[Soal Jawab] Catatan Pengajian Kitab Nizham Al-Hukm: Hadis Wajib Taat kepada Penguasa Walaupun Hamba Habsyah
Oleh: Ustaz Irfan Abu Naveed
Soalan:
Izinkan saya bertanya kepada para asatizah, berkaitan dengan hadis riwayat Imam al-Bukhari yang disebutkan dalam kitab al-Amwal sebagai berikut:
«اسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَإِنِ اسْتُعْمِلَ حَبَشِيٌّ كَأَنَّ رَأْسَهُ زَبِيبَةٌ»
“Dengarlah dan taatilah, sekalipun yang memimpin kalian adalah seorang hamba berkulit hitam, bahkan kepalanya seperti (keluar) bisul-bisulnya”
Apakah maksud Rasulullah SAW mengandaikan dipimpin oleh seorang hamba? Sedangkan kita memahami bahawa seorang hamba tidak sah menjadi pemimpin (kerana bukan seorang yang merdeka).
Jawapan:
Hadis yang berkaitan dengan penguasa daripada hamba Habsyah ini pernah saya jelaskan juga dalam sesi pengajian kitab Nizham al-Hukm fi al-Islam, karya Imam kita al-Allamah al-Qadhi Taqiyuddin al-Nabhani:
اسمَعوا وأطيعوا وإنِ استُعمِلَ عليْكم عبدٌ حبشيٌّ كأنَّ رأسَهُ زبيبةٌ
Jika kita perhatikan, hadis ini dijelaskan oleh guru kita al-Qadhi Taqiyuddin al-Nabhani dalam kitab Nizham al-Hukm fi al-Islam:
والتشدد في الطاعة ولو كان الحاكم عبدًا حبشيًا
“Dan terdapat penekanan dalam ketaatan, walaupun dahulu penguasa tersebut adalah seorang hamba Habsyah (baca: bekas hamba Habsyah).”
Syarah dari Syaikhuna ini menunjukkan bahawa:
1. Hadis ini diistinbatkan sebagai dalil dalam bab hukumah (pemerintahan), iaitu kewajipan taat kepada penguasa. Syeikh Taqiyuddin menegaskan bahawa hal ini termasuk ketaatan kepada ulil al-amr, al-Amir, al-Imam (al-Khalifah);
2. Hadis ini difahami oleh beliau bahawa ketaatan kepada penguasa adalah wajib, walaupun penguasa tersebut adalah bekas hamba Habsyah.
Huraian Syaikhuna kita di atas saya fahami melalui pendekatan ilmu balaghah. Walaupun lafaznya:
“وإنِ استُعمِلَ عليْكم عبدٌ حبشيٌّ كأنَّ رأسَهُ زبيبةٌ”, dari aspek makna, ia difahami secara majazi (kiasan), iaitu al-majaz al-mursal bi al-‘alaqah ma kana (ذكر ما كان وإرادة ما يكون): yang disebutkan adalah keadaan masa lalu (hamba Habsyah), namun yang dimaksudkan adalah keadaan masa kini (sudah merdeka, bekas hamba).
Mengapa ia perlu difahami secara majazi? Kerana telah ada nas-nas syariat yang menetapkan bahawa penguasa wajib seorang yang merdeka, bukan hamba. Maka ini menjadi qarinah (indikasi) yang memalingkan daripada makna asal (hakiki) kepada makna majazi, sesuai kaedah:
إذا تعذرت الحقيقة فيصار إلى المجاز
“Apabila terhalang pemaknaan hakiki, maka difahami secara majazi.”
Apakah faedah balaghiyyahnya? Hadis ini membawa penekanan yang kuat terhadap kewajipan taat kepada penguasa dalam Islam.
Menariknya, apa yang saya fahami, hadis ini menguatkan penggunaan dalil bahawa syarat Quraysyi bukanlah syarat sah pengangkatan khalifah, tetapi hanya syarat afdhaliyyah sahaja. Kerana tidak ada kaedah yang membolehkan pemaknaan majazi dari Habasyi kepada Quraysyi.
Wallahu a‘lam bissawab.
#soaljawab #pemimpin #hadis