Perayaan Hari Natal di Wilayah Negara Khilafah
Walaupun Negara Khilafah dibangun berdasarkan akidah Islam, dan menerapkan syariat Islam dalam seluruh aspek kehidupan, tetapi Negara Khilafah tetap memberikan toleransi dan kebebasan kepada umat non-muslim untuk memeluk, dan mempraktikkan agamanya. Mereka dibiarkan memeluk keyakinannya, dan tidak akan dipaksa untuk memeluk Islam.
Jaminan ini ditegaskan dalam al-Quran, “La ikraaha fi ad-din” – “Tidak ada paksaan dalam memeluk [agama] Islam.” [TMQ al-Baqarah (2): 256]. Nabi ﷺ juga bersabda, “Man kana ‘ala Yahudiyyatihi au Nashraniyyatihi fainnahu la yuftannu” – “Siapa saja yang tetap dengan keyahudiannya, atau kenasraniannya, maka tidak akan dihasut (untuk meninggalkan agamanya).” Begitulah Islam melindungi penganut agama non-muslim yang hidup dalam naungan Negara Khilafah. Mereka mendapatkan perlindungan itu kerana zimmah yang diberikan oleh negara kepada mereka.
Walaubagaimanapun, disebabkan mereka hidup di bawah naungan negara Islam, maka sudah pasti tidak boleh ada agama lain yang lebih menonjol selain Islam atau setara dengan Islam. Baik dalam hal syiar, simbol mahupun lambang yang kelihatan secara zahir. Hal ini kerana Nabi ﷺ menegaskan, “al-Islamu ya’lu wa la yu’la ‘alaihi” – “Islam itu tinggi, dan tidak ada yang dapat menandingi ketinggian Islam”.
Perayaan agama adalah bahagian dari ritual agama. Oleh sebab itu, mereka pun dibiarkan untuk merayakan perayaan agama mereka. Meski tidak dilarang, tetapi perayaan ini tetap diatur oleh Negara Khilafah. Selain berdasarkan klausa zimmah mereka, juga falsafah “al-Islamu ya’lu wa la yu’la ‘alaihi” tetap perlu dipegang teguh. Jadi, perayaan ini dihadkan dalam gereja dan komuniti mereka sahaja. Mereka tidak boleh meraikan atau mensyiarkan perayaan mereka di ruang umum yang boleh diakses dengan bebas oleh masyarakat.
Begitulah Islam memberikan toleransi kepada mereka. Begitulah Islam menjaga dan melindungi agama dan keyakinan mereka. Mereka tidak diusik, dan diprovokasi untuk meninggalkan agamanya. Namun, mereka juga tidak dibenarkan untuk mendemonstrasikan dan memprovokasi orang Islam agar memeluk keyakinan mereka.
Sumber: “Peradaban Emas Khilafah Islamiyah” – K.H. Hafidz Abdurrahman, MA
#IslamItuIndah #ToleransiIslam #DaulahIslam #AhliZimmah #HariNatal #Krismas