Rejab: Umat Islam Perlu Berusaha Menegakkan Kembali Khilafah
Oleh: Hidayah Muhammad
Aktivis HTM Ustaz Umar Husein menyatakan, bulan Rejab sepatutnya mengingatkan umat Islam untuk berusaha menegakkan kembali Daulah Khilafah.
“Sebagai umat Islam, kita perlu menyedari kedatangan Rejab adalah sesuatu yang sepatutnya mengingatkan kita untuk memahami bahawa runtuhnya Khilafah adalah sesuatu yang perlu untuk kita berusaha menegakkan kembali Daulah Khilafah,” ujarnya dalam Facebook Abu Hamzah, bertajuk Rejab 1342 – 1447, 105 Tahun Tanpa Khilafah, Khamis (25/12/2025).
Beliau menjelaskan bahawa sejak runtuhnya Khilafah pada 28 Rejab 1342 Hijriyah, ia telah menyebabkan negeri-negeri umat Islam terpecah belah menjadi negara bangsa yang dibentuk berdasarkan ikatan assobiyah.
“Dan kesannya kita melihat selepas runtuhnya Khilafah, umat Islam terpecah belah dan keadaaan umat Islam cukup menyedihkan, diselubungi dengan kegelapan dan hari ini kita menyaksikan di depan mata kita bagaimana lemahnya umat Islam dan tidak berdayanya mereka untuk membantu dan memberikan pertolongan kepada saudara-saudara mereka yang dibantai, dizalimi, ditindas oleh Zionis Yahudi laknatullah di Gaza,” jelasnya.
Beliau menambah, semua ini berlaku kerana umat Islam tidak lagi mempunyai junnah (perisai) sebagai pelindung bagi umat Islam.
“Khilafah itu sistem pemerintahan yang dipimpin oleh seorang Khalifah. Dan keberadaan Khalifah ini adalah sesuatu yang dikatakan oleh Rasulullah SAW sebagai ‘al-imamu junnah’ di mana tugas atau pun tanggungjawab Khalifah sebagai perisai untuk melindungi umat Islam,” tambahnya.
Lanjutnya lagi, adanya seorang Khalifah merupakan satu tuntutan yang paling utama pada hari ini.
“Maka, umat Islam perlu menyedari menegakkan kembali Khilafah dan membai’at seorang Khalifah untuk menyatukan negeri-negeri kaum Muslimin adalah suatu tuntutan yang paling utama agar seluruh musibah yang terjadi dalam kehidupan umat Islam dapat dihilangkan,” lanjutnya.
Beliau menyimpulkan, atas dasar itu umat Islam perlu sedar tentang kewajipan yang paling utama ini untuk menegakkan Khilafah sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW.
“Maka, kita perlu mengingatkan dan menyedarkan di mana sahaja bahawa Khilafah adalah kewajipan bagi seluruh kaum Muslim. Sistem pemerintahan inilah yang dibangunkan oleh baginda SAW dan kemudian diteruskan oleh para sahabat. Inilah perkara yang perlu kita fahami yang sudah lebih 100 tahun hilangnya kekuatan umat Islam iaitu Khilafah,” simpulnya. []
Sumber:
https://www.facebook.com/share/v/1BiK3fwi3c/?mibextid=jmPrMh
#rejab #kebangkitanummah #khilafah #peristiwarejab #ibrahrejab