Biarlah Bulan Rejab Menyaksikan Penegakan Agung Khilafah Rasyidah Kedua, Setelah Menyaksikan Kejatuhan Tragis Khilafah Uthmaniyyah
Oleh: Ustaz Musab Umair – Wilayah Pakistan
Wahai Umat Muhammad, Rahmat bagi sekalian manusia!
Selama dua tahun yang penuh penderitaan, para penguasa umat Islam yang menjadi ejen kepada Barat telah menghalang pengerahan tentera-tentera Islam untuk menghadapi entiti Yahudi, walaupun tuntutan tersebut datang daripada umat sendiri. Kemudian “Firaun zaman ini”, Trump, memerintahkan satu gencatan senjata yang licik, di mana umat Islam diperintahkan untuk menghentikan serangan, sedangkan entiti Yahudi terus mengebom mereka tanpa henti. Kini, dengan bantuan ejen-ejennya di dunia Islam, Trump sedang membuat persiapan untuk menghimpunkan tentera-tentera umat Islam di bawah arahan ketenteraan Amerika, kononnya untuk “menjamin keselamatan” entiti Yahudi dan melucutkan senjata para mujahidin.
Seiring dengan pengkhianatan para penguasa umat Islam ini, entiti Yahudi terus mengekalkan kepungan kejam ke atas Gaza. Mereka menghalang kemasukan bantuan asas untuk menyelamatkan nyawa seperti tempat perlindungan, khemah, selimut dan keperluan penting lainnya. Padahal ratusan ribu umat Islam sedang berdepan dengan ribut musim sejuk yang membawa kesejukan melampau, angin kencang, hujan lebat dan banjir besar.
Wahai Umat Terbaik untuk Sekalian Umat Manusia!
Bagaimanakah keadaan kehidupan umat Islam sejak runtuhnya Khilafah pada 28 Rejab 1342H, bersamaan 3 Mac 1924 M? Ia adalah kehidupan yang dipenuhi penjajahan, serangan, kekalahan, kehinaan, kemiskinan dan kesengsaraan. Apakah yang boleh diharapkan selain itu, sedangkan Deen Islam tidak diterapkan ke atas kita? Allah ﷻ telah memberi peringatan:
[وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا]
“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit…” [TMQ Taha (20): 124]
Apakah yang boleh diharapkan apabila kita tidak memiliki perisai yang melindungi kita, seorang Imam yang soleh, yang memerintah dengan Islam dan menggerakkan tentera-tentera umat Islam untuk menghadapi musuh-musuhnya? Rasulullah ﷺ telah memberi amaran:
«يُوشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا»
“Akan tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa akan saling memanggil untuk menyerang kamu, sebagaimana orang-orang yang makan saling memanggil untuk berkongsi hidangan mereka.” (HR. Abu Dawud)
Ingatlah, bulan Rejab tidak sentiasa menyaksikan kesedihan dan kehancuran. Pada zaman diterapkannya Deen, bulan ini menyaksikan kemenangan-kemenangan besar ke atas musuh-musuh umat.
Pada bulan Rejab berlakunya Perang Mu’tah, pertempuran besar pertama antara kaum Muslimin dan Rom, iaitu kuasa kufur terbesar pada ketika itu dan negara terkuat pada zamannya. Dalam peperangan ini, Pedang Allah, Khalid bin al-Walid RA, berjaya menarik keluar 3,000 tentera Muslim dalam satu manuver yang dianggap kemenangan, berdepan tentera Rom yang hampir berjumlah 200,000 orang. Kaum Muslimin tidak tewas dan Rom tidak mencapai kemenangan. Maka, siapakah hari ini yang akan berhadapan dengan kuasa kufur terbesar, iaitu Amerika?
Bulan Rejab juga menyaksikan pembebasan al-Quds (Baitul Maqdis) oleh panglima agung Salahuddin al-Ayyubi, penakluk tentera Salib, yang mengembalikan Masjid al-Aqsa ke pangkuan Islam setelah berdekad lamanya berada di bawah penjajahan Salib. Maka, siapakah hari ini yang akan membebaskan Masjid al-Aqsa dan menyucikannya daripada kekotoran yang diakibatkan oleh Yahudi? Siapakah yang akan menjadi penolong umat ini, menjadi pembebas tanah-tanahnya, dan pembela golongan tertindas, ketika Barat dan sekutu-sekutu Salibnya bersatu dengan seluruh kekuatan dan sumber mereka menentang umat Islam?
Pada bulan Rejab juga berlaku Perang ‘Ain Jalut, di mana kaum Muslimin berjaya mengalahkan tentera Mongol dan menghentikan kemaraan dahsyat mereka ke bumi Islam. Maka, siapakah hari ini yang akan berdiri menghadapi “Mongol” zaman ini dan membela umat yang ditindas serta dilemahkan?
Dalam bulan ini juga berlaku penaklukan Kota Amuriyyah pada zaman pemerintahan al-Mu‘tasim. Peristiwa ini berlaku apabila beliau menyahut jeritan seorang wanita Muslimah yang memanggilnya, “Ya Mu‘tasimah! (Wahai Mu’tasim!)” Lalu beliau memimpin sendiri sebuah angkatan besar dan mencapai kemenangan yang menentukan. Maka, siapakah hari ini yang akan bangkit membela ribuan wanita yang menjerit meminta pertolongan?
Wahai kaum Muslimin!
Setiap seorang daripada kita akan berdiri di hadapan Allah ﷻ untuk dihisab tentang apa yang kita saksikan pada zaman kita dan apa yang kita lakukan untuk memperbaiki keadaan ini. Setiap daripada kita wajib menolong Deen ini dengan mentaati Allah ﷻ dan berusaha untuk menegakkan Deen-Nya. Ketika itulah Allah ﷻ akan menolong kita dan meneguhkan kedudukan kita. Allah ﷻ berfirman:
[يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ]
“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” [TMQ Muhammad (47): 7]
Khilafah adalah sistem pemerintahan yang diwajibkan oleh dalil-dalil syarak, yang mewakili kepimpinan umum bagi seluruh kaum Muslimin dalam urusan agama dan dunia. Menegakkan Islam secara menyeluruh adalah kewajipan syarak, kerana sistem inilah yang memelihara kesatuan umat dan memastikan pelaksanaan Islam. Tanpanya, umat akan terus berpecah-belah dan lemah. Usaha menegakkannya bukan sekadar impian atau angan-angan jauh, tetapi kewajipan syarak yang mesti disatukan oleh kaum Muslimin untuk dilaksanakan. Rasulullah ﷺ bersabda:
«إِنَّمَا الْإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ»
“Sesungguhnya Imam itu adalah perisai; umat berperang di belakangnya dan berlindung dengannya.”
Wahai kaum Muslimin dalam angkatan tentera umat Islam!
Kamu akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah ﷻ atas sokongan kamu terhadap Deen dan umat ini. Tidakkah kamu ingin menjadi Ansar bagi Deen Allah sebagaimana Ansar di Madinah dahulu? Tidakkah kamu ingin nama kamu tercatat dalam catatan Ilahi sebagai para pembebas dan penyelamat umat ini? Berikanlah nusrah kamu kepada Hizbut Tahrir untuk menegakkan Khilafah Rasyidah Kedua menurut manhaj kenabian. Rasulullah ﷺ bersabda:
“Telah berlaku zaman kenabian (Minhaj Nubuwah) ke atas kamu. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Dia kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu seperti yang Dia kehendaki. Kemudian berlaku zaman Khalifah (Khalifah Al-Rasyidin ala Minhaj al-Nubuwah) yang berjalan menurut cara zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana Allah kehendaki ia berlaku. Kemudian diangkatnya apabila Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian berlaku zaman pemerintahan menggigit (Mulkan Adhan). Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Dia mengangkatnya. Kemudian berlaku zaman pemerintahan kuku besi (Mulkan Jabariyan). Maka berlaku zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian dia mengangkat apabila Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian berlaku Zaman Khalifah yang berjalan seperti zaman kenabian Khalifah.”
Kemudian Rasulullah SAW diam. (HR Ahmad dan Baihaqi)