Imbas Kembali Palestin Sepanjang Tahun 2025: Sarat Tipu Daya dan Jauh daripada Pembebasan Hakiki
Sepanjang tahun 2025, usaha penyelesaian konflik Palestin tidak membawa sebarang kebaikan kepada umat Islam di wilayah tersebut. Sebaliknya, Zion*s terus melakukan keganasan terhadap penduduk Gaza, menyerang orang awam, serta membina 19 penempatan haram baharu di Tebing Barat. Gencatan senjata yang kononnya bertujuan memberi ruang keamanan, hakikatnya hanyalah satu bentuk tipu daya.
Palestin kekal tanpa penyelesaian sebenar. Apa yang ditawarkan hanyalah penyelesaian palsu melalui konsep “dua negara”, yang pada hakikatnya memaksa umat Islam Palestin berkongsi tanah air mereka dengan penjajah. Harapan untuk kemerdekaan semakin pudar apabila Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, memperkenalkan Comprehensive Plan to End the Gaza Conflict — satu pelan perdamaian 20 perkara yang diumumkan bersama Perdana Menteri Zion*s di Washington DC pada 29 September 2025.
Pelan tersebut lebih menyerupai penjajahan gaya baru di bawah penguasaan Amerika Syarikat, bukannya kebebasan untuk rakyat Palestin. Dengan dalih perdamaian, AS menuntut Gaza menyerahkan kedaulatan kepada sebuah kerajaan peralihan yang diketuai oleh Trump serta melucutkan senjata para pejuang. Dasar ini bukan bertujuan untuk pemulihan atau pembinaan semula, sebaliknya merupakan pendudukan menyeluruh bagi memaksa rakyat Gaza tunduk kepada pemerintahan ciptaan AS.
Trouble Maker
Bangsa yang paling layak digelar sebagai trouble maker dunia adalah Zion*s. Dahulu mereka datang ke Palestin sebagai pelarian, namun kini bertindak seolah-olah merekalah pemilik tanah tersebut. Mereka merampas, menjajah dan membunuh rakyat Palestin. Sifat-sifat buruk mereka telah berakar umbi, antaranya seperti berikut.
Pertama, sifat derhaka dan pengecut. Ciri ini jelas terlihat melalui pelbagai pelanggaran undang-undang antarabangsa yang terus dilakukan oleh Zion*s. Mereka merupakan penentang nilai kemanusiaan serta pelanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Manifestasi sebenar pembangkangan Zion*s dapat dilihat melalui serangan terhadap orang awam dan kemudahan awam — dengan 63% bangunan musnah — yang jelas melanggar Artikel 27 Konvensyen Geneva Keempat. Mereka menggunakan senjata tanpa pembezaan serta kaedah hukuman kolektif. Menurut data OHCHR, 70% mangsa terdiri daripada wanita dan kanak-kanak. Selain itu, pemindahan paksa 1.4 juta penduduk Rafah pada Mei 2024 melanggar Statut Rom Artikel 7 perenggan (1)(d). Sekatan kemanusiaan yang berterusan sejak 2023 pula telah mencetuskan kebuluran besar-besaran. UNICEF merekodkan 71,000 kes cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak pada Januari 2024 akibat krisis air di Gaza.
Zion*s juga berlindung di sebalik sokongan Amerika Syarikat bagi mengelakkan tindakan undang-undang antarabangsa. Sikap pengecut ini jelas apabila tentera mereka mengacukan senjata api laras panjang terhadap kanak-kanak Gaza yang hanya bersenjatakan batu dan lastik. Bahkan di medan digital, pasukan IDF turut tertekan akibat serangan warganet ke atas akaun rasmi mereka sehingga sebahagian anggota mengalami tekanan emosi akibat kecaman bertubi-tubi.
Kedua, munafik dan penipu. Zion*s berulang kali melanggar perjanjian gencatan senjata dengan alasan “mempertahankan diri”. Sejak 10 Oktober 2025, mereka direkodkan melakukan lebih 800 hingga hampir 1,000 pelanggaran, termasuk menembak orang awam serta memusnahkan penempatan dan kemudahan awam.
Beratus-ratus kali mereka memperdaya dunia dengan berpura-pura menghormati gencatan senjata, sedangkan pembunuhan beramai-ramai terus berlaku. Kemunafikan ini telah menjadi sifat yang sebati. Keadaan ini seiring dengan sikap PBB yang enggan melabelkan Zion*s sebagai pengganas atau penjenayah perang, serta Amerika Syarikat yang terus memberikan legitimasi. AS bukan sahaja mencetuskan pelan perdamaian palsu, malah berulang kali memveto resolusi Majlis Keselamatan PBB dan membekalkan senjata kepada Zion*s. Dengan itu, AS secara nyata merestui pencerobohan Zion*s yang mengebom Gaza tanpa henti.
Ketiga, playing victim. Siapa mangsa dan siapa pelaku sebenar, dunia mengetahuinya dengan jelas. Namun Zion*s tanpa rasa malu mendakwa diri mereka sebagai mangsa serangan Hamas pada 7 Oktober 2023. Hakikatnya, lebih 66,000 penduduk Gaza telah terbunuh dan selama lebih 75 tahun rakyat Palestin dihalau dari tanah air mereka. Dengan penuh kepura-puraan, Zion*s menuduh para pejuang sebagai pengganas dan penjenayah.
Keempat, keangkuhan melampau. Sikap sombong Zion*s telah mencetuskan kebencian masyarakat antarabangsa, namun tidak menghalang cita-cita mereka untuk menguasai dan mendominasi politik serta ekonomi global. Bersama Amerika Syarikat, Zion*s mencabar tatanan dunia dan bertindak seolah-olah mereka adalah penguasa tertinggi mengatasi segalanya.
Dendam dan kebencian Zion*s terhadap Islam dan umat Islam terus berlanjutan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Permusuhan ini jelas terlihat melalui serangan ketenteraan dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan terhadap umat Islam Palestin.
Begitu juga dengan pemusnahan infrastruktur awam sehingga rata dengan tanah. Mereka berhasrat memiliki Palestin sepenuhnya, memaksa penduduk awam berpindah, serta membina penempatan haram secara meluas. Semua ini dilakukan dengan satu matlamat — membersihkan Palestin daripada penduduk Muslim dan menguasai seluruh wilayah Palestin agar menjadi milik mereka.
Di sisi lain, dunia antarabangsa kelihatan tidak berdaya menghadapi keangkuhan Zion*s. Undang-undang antarabangsa menjadi tumpul, manakala resolusi dan tekanan politik tidak berkesan. Sekatan kemanusiaan serta pendudukan haram terus berlanjutan tanpa sebarang hukuman yang efektif. Hakikat ini membuktikan bahawa dominasi politik dan kepentingan geopolitik global Amerika Syarikat telah menutup segala jenayah Zion*s.
Perangai Buruk Bani Israil dalam Al-Quran
Al-Quran menggambarkan Bani Israil sebagai kaum yang zalim, gemar menyembunyikan kebenaran, melakukan kerosakan, serta mencetuskan peperangan. Sejak dahulu, mereka telah melakukan perbuatan kejam, malah membunuh para nabi. Sifat ini diwarisi hingga ke hari ini oleh Zion*s yang menjajah Palestin. Mereka menindas semua lapisan masyarakat tanpa henti walaupun berdepan kecaman dunia. Semua ini dilakukan demi merealisasikan cita-cita mendirikan negara Zion*s Raya.
Antara firman Allah Taala yang menjelaskan sifat Bani Israil adalah dalam Surah al-Baqarah ayat 75, yang bermaksud:
“…Maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?”
Imam Ibnu Kathir menjelaskan bahawa Allah Taala menegaskan kepada orang-orang beriman agar tidak meletakkan harapan bahawa kaum Yahudi akan menerima kebenaran dan tunduk kepadanya. Hal ini kerana meskipun mereka telah menyaksikan bukti-bukti yang nyata daripada Allah, hati mereka tetap keras dan enggan beriman. Bahkan, sebahagian daripada mereka pernah mendengar firman Allah secara langsung, namun dengan sengaja mentafsirkannya secara menyimpang, walaupun mereka memahami kebenaran tersebut dengan penuh kesedaran. Sikap ini menunjukkan bahawa mereka secara sengaja melakukan penyelewengan dan pentafsiran yang salah.
Perkara ini selari dengan firman Allah Taala dalam Surah al-Maaidah ayat 13, yang menjelaskan bahawa akibat mereka melanggar perjanjian, Allah melaknat mereka dan menjadikan hati mereka keras. Mereka juga terbiasa mengubah firman Allah daripada tempat dan makna yang sebenar. (Fathul Karim Mukhtashar Tafsir al-Qur’an al-‘Azhim, karya Syeikh Prof. Dr. Hikmat bin Basyir bin Yasin).
Allah Taala turut menjelaskan sifat buruk Bani Israil dalam ayat lain:
“Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.” [TMQ al-Maaidah (5): 82]
Kekufuran orang-orang Yahudi berpunca daripada sikap derhaka, ingkar dan sombong mereka terhadap kebenaran, disertai perbuatan meremehkan orang lain serta merendahkan para ulama. Oleh sebab itu, mereka banyak membunuh nabi-nabi, malah berulang kali merancang pembunuhan terhadap Rasulullah ﷺ.
Menghapus Penjajahan melalui Jihad dan Khilafah
Memandangkan perangai bangsa Zion*s serta pelindung mereka, iaitu Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya yang penuh tipu muslihat, maka tidak wajar penyelesaian isu Palestin diletakkan berdasarkan seruan Barat dan golongan kafir. Palestin tidak akan benar-benar bebas melainkan berada di bawah naungan dan kekuasaan Islam, dengan perlindungan seorang khalifah yang menegakkan sistem Islam secara menyeluruh (kaffah).
Sejarah telah membuktikan bahawa selama Khilafah ada, Palestin berada dalam keadaan terpelihara. Rasulullah ﷺ telah menunjukkan kepada umat Islam cara menghadapi golongan keras kepala seperti Zion*s yang tidak memahami bahasa diplomasi atau basa-basi. Mereka hanya dapat dihentikan dengan kekuatan ketenteraan.
Rasulullah ﷺ bersikap tegas terhadap kaum Yahudi. Suatu ketika, seorang wanita Arab telah diganggu di pasar Bani Qainuqa’ sehingga auratnya dimalukan. Seorang Muslim yang menyaksikan kejadian tersebut bangkit marah lalu membunuh seorang tukang emas Yahudi, namun dia kemudiannya dibunuh oleh orang-orang Yahudi. Peristiwa ini mencetuskan pertempuran antara kaum Muslimin dan Bani Qainuqa’.
Rasulullah ﷺ telah memberi amaran kepada kaum Yahudi agar menghentikan gangguan terhadap umat Islam, namun mereka semakin menunjukkan penentangan. Akhirnya, Rasulullah ﷺ bersama kaum Muslimin mengepung Bani Qainuqa’. Setelah mendapat tekanan daripada Abdullah bin Ubay bin Salul, Baginda ﷺ memutuskan untuk tidak membunuh mereka, sebaliknya mengusir seluruh Bani Qainuqa’ dari Madinah ke Syam. (Disarikan daripada kitab ad-Daulah al-Islamiyyah karya Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani, hlm. 99–100)
Hakikatnya, isu Palestin adalah isu penjajahan. Usaha untuk menamatkannya hanya boleh dilakukan melalui jihad, iaitu mengusir penjajah dari seluruh wilayah Palestin di bawah kepimpinan seorang khalifah. Oleh itu, jihad dan Khilafah merupakan dua unsur yang tidak dapat dipisahkan dalam menyelesaikan penjajahan Zion*s, bukannya melalui kompromi pembahagian tanah atau projek pembinaan semula yang dikawal oleh pihak asing.
Umat Islam perlu menyedari bahawa bagi menghapuskan penjajahan dan mencegah kerosakan yang lebih besar, tiada jalan lain selain mengembalikan Islam sebagai kuasa utama dunia, sebagaimana ia pernah memimpin dan memayungi manusia selama lebih daripada tiga belas abad. Wallahu a‘lam bissawab.
Sumber: https://muslimahnews.net/
#Gaza #Palestin #FreePalestine
#SpeakUpforPalestine #PalestineNeedsJihad #WeNeedKhilafah
#AynalMuslimun #BreakTheSiege #ArmiestoAqsa #ArmiestoGaza









