Adakah yang Akan Menegakkan Khilafah adalah Imam Mahdi?
Tidak. Dalil-dalil dalam Islam yang menjelaskan tentang kedatangan Imam Mahdi sebaliknya mengindikasikan bahawa Khilafah ketika itu sudah ada terlebih dahulu.
Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud daripada Ummu Salamah, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
»يكون اختلاف عند موت خليفة فيخرج رجل من أهل المدينة هاربا إلى مكة فيأتيه ناس من أهل مكة فيخرجونه وهو كاره فيبايعونه بين الركن والمقام ويبعث إليه بعث من الشام فيخسف بهم بالبيداء بين مكة والمدينة فإذا رأى الناس ذلك أتاه أبدال الشام وعصائب أهل العراق فيبايعونه بين الركن والمقام ثم ينشأ رجل من قريش أخواله كلب فيبعث إليهم بعثا فيظهرون عليهم وذلك بعث كلب والخيبة لمن لم يشهد غنيمة كلب فيقسم المال ويعمل فى الناس بسنة نبيهم -ﷺ- ويلقى الإسلام بجرانه إلى الأرض فيلبث سبع سنين ثم يتوفى ويصلى عليه المسلمون «

“Akan terjadi perselisihan ketika kematian seorang khalifah. Maka, keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah melarikan diri ke Mekah.
Lalu, orang-orang dari penduduk Mekah mendatanginya dan membawanya keluar (untuk dibaiat), sedangkan dia tidak menyukainya (enggan). Mereka kemudian membaiatnya di antara Rukun (Hajar Aswad) dan Maqam (Ibrahim).
Kemudian dikirimlah sepasukan tentara dari Syâm untuk menyerangnya, namun pasukan itu ditenggelamkan (ke dalam bumi) di al-Baidâ’ yang terletak di antara Mekah dan Madinah.
Ketika manusia melihat kejadian itu, maka para Abdâl dari Syâm dan kelompok-kelompok dari penduduk Iraq mendatanginya, lalu mereka membaiatnya di antara Rukun dan Maqam.
Kemudian muncul seorang lelaki dari Quraisy yang bapa-bapa saudaranya dari suku Kalb. Dia mengirim pasukan untuk menyerang mereka (kelompok al-Mahdi), namun mereka (pihak al-Mahdi) berjaya mengalahkan pasukan tersebut. Itulah pasukan Kalb, dan sungguh merugi orang yang tidak menghadiri pembahagian harta rampasan perang Kalb.
Lalu dia (Imam Mahdi) membahagi-bahagikan harta dan mengamalkan sunnah Nabi mereka ﷺ di tengah-tengah manusia, dan Islam pun tersebar dengan kukuh dan tenang di muka bumi. Dia berkuasa selama 7 tahun, kemudian dia wafat dan kaum muslimin mensolatkannya.”
(HR Abu Dawud, diriwayatkan juga oleh Ahmad, Ath-Thabrani, Ibnu Hibban, Abu Ya’la, dan Al-Hakim).
Sumber: “The Top 100 Questions on Khilafah” – Adnan Khan
#ImamMahdi #Khalifah #Khilafah