Mereka Sama-Sama Berdosa
Ramai orang menjalani kehidupan mereka tanpa petunjuk (hidayah). Mereka juga melakukan pelbagai aktiviti tanpa menggunakan standard yang boleh mereka gunakan untuk mengukur perbuatan mereka. Kerana itu, kita sering menemui mereka melakukan beberapa perbuatan tercela, yang mereka sangkakan sebagai terpuji. Sebaliknya, mereka meninggalkan perbuatan terpuji, kerana mereka menyangkakan ia sebagai perbuatan tercela.
Contohnya, seorang wanita muslimah yang berkeliaran di jalanan, di bandar-bandar metropolitan di negeri-negeri Islam, dengan menampakkan lengannya, sambil mendedahkan keindahan serta kecantikan tubuhnya. Dia menyangka, dia sedang melakukan perbuatan terpuji.
Demikian juga seorang yang alim dan rajin ke masjid, tetapi dia menolak terlibat dalam membicarakan (mengkritik) tingkah laku penguasa yang korup, kerana itu adalah urusan politik. Dia percaya, bahawa terlibat dalam urusan politik adalah perbuatan tercela. Sesungguhnya wanita dan lelaki seumpama ini, sebenarnya telah sama-sama terjerumus ke dalam perbuatan dosa. Mengapa? Kerana wanita tersebut telah mendedahkan auratnya, manakala lelaki itu pula enggan memberikan perhatian kepada urusan umat Islam.
Situasi ini boleh berlaku kerana kedua-duanya tidak memiliki standard yang mereka gunakan untuk mengukur perbuatan mereka. Sedangkan, jika mereka memilikinya, sudah pasti kita tidak akan menemui perbuatan yang bertentangan dengan mabda’ (ideologi Islam) yang telah mereka ikrarkan (dalam syahadat) secara jelas. Oleh itu, adanya standard khas yang berfungsi untuk menilai setiap perbuatan adalah penting bagi setiap orang, supaya dia akan mengetahui hakikat suatu perbuatan sebelum melakukannya.
Sumber : “Al-Fikrul Islamiy ” – Muhammad Muhammad Ismail
#StandardPerbuatan #HukumSyarak #NilaiPerbuatan