Al-Ma’âhid di Negeri Kaum Muslim
Soalan:
Pada halaman 80 Kitab Mafâhîm Hizbi at-Tahrîr baris kesepuluh dari atas, dinyatakan, “…tetapi berjuang untuk mencabut keadaan-keadaan yang diciptakan oleh penjajah kafir sejak dari akar umbinya, dengan membebaskan negara, al-ma’âhid, dan pemikiran dari penjajahan.”
Apa maksud dari kata al-ma’âhid tersebut?
Jawapan:
Topik yang ditanyakan ada pada akhir Kitab Mafâhîm Hizbi at-Tahrîr halaman 83 fail word. Berikut adalah teksnya:
Kerana itu Hizbut Tahrir berjuang untuk membebaskan wilayah-wilayah Islam seluruhnya dari penjajahan. Hizbut Tahrir memerangi penjajah dengan sangat keras. Namun, Hizbut Tahrir tidak hanya menuntut pengusiran saja, juga tidak menuntut kemerdekaan palsu, melainkan berupaya mencabut keadaan-keadaan yang ditegakkan oleh penjajah kafir, sejak dari akarnya, dengan membebaskan negeri, al-ma’âhid, dan pemikiran; daripada penjajahan, sama ada penjajahan militer, intelektual, tsaqâfiy (budaya), ekonomi, mahupun lainnya. Hizbut Tahrir memerangi siapa sahaja yang membela segala aspek penjajahan sehinggalah kehidupan Islam dapat dilanjutkan kembali dengan tegaknya Ad-Dawlah al-Islâmiyyah (Negara Islam) yang mengusung risalah Islam ke seluruh dunia. Kepada Allah-lah kami meminta, dan kepada Dia kami memohon, agar Dia memberikan pertolongan kepada kami, untuk melaksanakan tanggungjawab berat ini. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan.
Yang dimaksudkan dengan kata al-ma’âhid dalam konteks ini merujuk kepada lembaga-lembaga pendidikan termasuklah sekolah, institusi-institusi, universiti, dan yang lainnya. Lembaga-lembaga pendidikan itu semuanya tercakup dalam makna kata al-ma’âhid dalam konteks ini. Hal demikian kerana, kafir penjajah menetapkan dasar-dasar (politik) pendidikan di negeri kaum Muslim di atas asas pemikiran-pemikiran (idea) dan pandangan hidup mereka. Dengan itu kafir penjajah meracuni para pelajar dan menjauhkan mereka daripada pemikiran-pemikiran Islam dan pandangan hidup Islam. Oleh itu, tindakan mesti diambil untuk membebaskan seluruhnya daripada al-ma’âhid yang ada di negeri kaum Muslim. Dengan demikian, politik (dasar) pendidikan di negeri kaum Muslim akan selaras dengan Islam.
Kami telah menyebutkan dalam Kitab Ad-Dawlah al-Islâmiyyah kalimat yang menjelaskan makna ini pada halaman 224-226 fail word. Kami nyatakan di situ:
Tidaklah penjajah kafir menduduki suatu negeri kecuali mereka menerapkan semua perundangan Barat, yang dalam penilaiannya didakwa sebagai peraturan sivil, yang sebetulnya tidak ada hubungannya dengan Islam, sehingga hukum-hukum syariah pun ditinggalkan. Hal itulah yang mengukuhkan hukum kufur dan menjauhkan hukum Islam. Kafir penjajah, dibantu dalam hal itu oleh kenyataan bahawa pilar-pilarnya telah kukuh, menegakkan semua urusannya di atas asas politik (dasar) pendidikan yang mereka susun dan kurikulum pendidikan yang mereka buat, yang terus diterapkan hingga saat ini di semua negeri Islam. Ini, antara lain menghasilkan para pengajar yang majoritinya menjaga dan melindungi kurikulum ini. Kebanyakan daripada mereka memegang dan menjalankan urusan sesuai apa yang diinginkan oleh kaum kafir penjajah.
Politik (dasar) pendidikan dan kurikulumnya dibangun di atas dua asas:
Pertama, pemisahan agama dari kehidupan (sekularisme), yang kemudian secara semulajadi mengakibatkan pemisahan agama dari negara. Ini menuntut anak-anak kaum Muslim untuk melawan penegakan Daulah Islam kerana ia dianggap bercanggah dengan asas-asas yang mereka pelajari di dalam dasar politiknya.
Kedua, menjadikan keperibadian kafir penjajah sebagai sumber utama pola fikir (corak pemikiran) yang tumbuh daripada ilmu pengetahuan dan maklumat. Hal itu mewajibkan penghormatan dan pemuliaan kepada kafir penjajah itu, serta usaha untuk meniru dan mengikuti mereka. Padahal mereka adalah kafir penjajah. Sebaliknya, hal ini juga memerlukan penistaan terhadap kaum Muslim, menjauh daripada mereka, merasa jijik terhadap mereka, dan memandang rendah sikap mengambil apapun daripada mereka. Hal ini mengharuskan agar adanya penentangan dalam menegakkan Daulah Islam dan menganggap ia sebagai kemunduran (reactioner). Penjajah tidak berpuas hati dengan kurikulum yang mereka selia atau yang dipantau oleh pemerintah-pemerintah yang mereka lantik untuk menggantikan para penjajah itu. Namun, di samping itu, penjajah menjadikan sekolah-sekolah muballigh (missionaris) yang tegak di atas prinsip imperialis semata-mata, dan lembaga-lembaga budaya (tsaqâfiyah) yang ditugaskan untuk menjalankan arahan politik yang salah dan budaya yang keliru. Dengan demikian, atmosfera intelektual di berbagai sekolah dan lembaga-lembaga budaya yang beragam itu membina umat dengan tsaqâfah yang menjauhkan mereka daripada berfikir tentang Ad-Dawlah al-Islâmiyyah dan mencegah mereka daripada berjuang demi mewujudkan Negara Islam tersebut.
Tambahan pula, di seluruh negeri Islam, tegak manhaj politik di atas asas pemisahan agama dari kehidupan. Lalu terjadilah tradisi umum dalam kalangan para pendidik, yakni pemisahan agama daripada negara. Tradisi umum di kalangan bangsa adalah tradisi pemisahan agama daripada politik. Akibatnya, terdapat kelompok-kelompok berpendidikan yang menganggap bahawa sebab kemunduran kaum Muslim adalah keteguhan mereka berpegang pada agama (Islam), dan bahawa satu-satunya metode kebangkitan adalah nasionalisme serta memperjuangkannya.
Atas dasar itu, negeri-negeri kaum Muslim, lembaga-lembaga pendidikan (al-ma’âhid) di negeri kaum Muslim dan pemikiran-pemikiran kaum Muslim mestilah dibebaskan dari noda-noda kaum penjajah yang perlu dipotong dari akar umbinya, dan umat menjadi bersih murni dalam pemikirannya.
[Dikutip dari Soal-Jawab Syaikh Atha‘ bin Khalil Abu ar-Rasytah pada 21 Muharram 1447 H - 16 Julai 2025 M]
Sumber:
https://hizb-ut-tahrir.info/ar/index.php/ameer-hizb/ameer-cmo-site/103822.html
https://www.facebook.com/ataabualrashtah1942/posts/122143845674716841
#Fikih #almaâhid #pendidikan #sekularisasiintelektual