Kitaran Krisis Umat Perlu Berakhir
Umat telah berada dalam kitaran krisis selama 105 tahun. Kitaran krisis yang menimpa Umat ini adalah sesuatu yang sengaja dirancang dan tepat dalam menimbulkan pelbagai bentuk penindasan dan penderitaan terhadap manusia serta alam sekitar. Hari ini, kita menjadi saksi beberapa peristiwa genosid: Gaza dan Palestin, Kashmir, Turkistan Timur, Sudan, dan keganasan berterusan di Nigeria, Ethiopia, Syria, Lubnan, Congo, dan Venezuela. Senarai ini boleh berterusan kerana setiap hari, sebuah bandar atau negara baru semakin hampir kepada bencana besar oleh penjajah Barat, terutamanya Amerika, yang menjarah dan menggugat kestabilan negara demi negara untuk memastikan dominasinya kekal kukuh.
Apabila kita melihat apa yang sedang berlaku di seluruh tanah umat Islam, kita sukar membayangkan bagaimana ia boleh menjadi lebih buruk. Namun, di Gaza sahaja, sepanjang dua tahun yang lalu, Pelapor Khas PBB, Francesca Albanese, baru-baru ini berkata bahawa jumlah kematian yang dianggarkan kemungkinan mencecah 680,000 berbanding jumlah rasmi yang diumumkan sebanyak 70,000. Perang di Syria menyebabkan sekurang-kurangnya 1.2 juta kanak-kanak menjadi yatim. Tahap kebuluran yang dahsyat kini sedang berlaku di Gaza, Sudan, dan Yaman. Saudari-saudari kita di Sudan, Palestin, Kashmir, Turkistan Timur, Myanmar, India, dan di seluruh dunia hidup dalam ketakutan berterusan akan serangan seksual atau jenayah pemerkosaan. Hanya beberapa hari lalu, seorang wanita Muslim di Mumbai diugut oleh seorang ekstremis Hindutva yang, berdiri di sebelah isterinya, berkata, “Kamu seorang wanita Muslim, kan? Keluar, saya akan panggil lelaki-lelaki dan merogol kamu” disebabkan pertelingkahan di sebuah kedai runcit yang sesak! Ini adalah situasi harian di India. Seterusnya, menurut UNICEF pula, 3 daripada setiap 5 kanak-kanak bawah 5 tahun di rantau MENA (Timur Tengah dan Afrika Utara) mengalami kekurangan makanan.
Peningkatan Islamofobia di negara-negara Barat juga membimbangkan. Umat Islam di Amerika, Kanada, UK, Eropah, dan Australia tertakluk kepada undang-undang yang melarang pemakaian hijab, penghinaan lisan, pergaduhan fizikal, dan kerosakan pada masjid serta pusat Islam. Namun, di sisi lain, ahli politik di negara-negara tersebut selesa menjadikan umat Islam dan Islam sebagai kambing hitam dalam perang tanpa henti (i.e, perang melawan terorisme atau keganasan) dan ke atas kegagalan ekonomi di tanah mereka sendiri, yang menyebabkan peningkatan signifikan dalam insiden Islamofobia.
Ibarat menambah minyak ke atas api yang telah dinyalakan ini, kita (umat ini) pula memiliki pemerintah di tanah kita yang bukan dari kalangan kita. Mereka adalah para lelaki dan wanita yang lebih mengutamakan kehidupan dunia dan mengingkari hukum Allah (swt). Mereka `ditanam’ untuk menjalankan kerja Barat yang jahat untuk mengekalkan hegemoni mereka dan mengisi poket elit kapitalis. Apa yang lebih buruk, angka-angka dan jenayah ini hanyalah puncak gunung ais (i.e. sebahagian kecil dari penderitaan sebenar). Kesakitan dan penderitaan yang telah ditanggung oleh umat, terutamanya sejak 28 Rajab 1342H, adalah kerana kita kehilangan perisai dan Imam (pemimpin) kita, kekuatan yang mengikat umat agar kekal bersatu, mempertahankan maruah, dan melindungi keselamatan kita.
Apabila kita melihat angka-angka ini dan betapa besarnya penderitaan yang ditimbulkannya, ia amat menakutkan. Nampaknya hampir mustahil untuk mencari jalan keluar, kerana penceroboh dari luar dan konspirator dari dalam telah membina tembok di antara kita dengan menamakannya sebagai sempadan. Mereka menanamkan nasionalisme dalam minda kita untuk memutuskan ikatan sesama kita. Kita mula menumpukan usaha dalam sistem yang dicipta oleh Karl Marx (bapa Komunisme), atau Adam Smith (bapa Kapitalisme), dan meletakkan harapan pada pemimpin seperti Joe Biden, atau bahkan pada Muslim yang menjadi pegawai terpilih dalam sistem kufur ini.
Padahal, kita sepatutnya duduk sambil merenung sejarah gemilang kita serta memperakui bagaimana Islam bukan sahaja menyatukan umat Islam, tetapi juga menghapuskan perkauman, kelas sosial, dan kebencian daripada berakar umbi secara sistemik dalam masyarakat seperti mana yang wujud di bawah sistem buatan manusia hari ini.
Negara Khilafahlah yang menyediakan keamanan dan keselamatan bagi umat Islam, membolehkan mereka hidup harmoni bersama sebagai satu negara, tanpa mengira bahasa atau bangsa mereka. Islam menjadikan kita bersaudara–Arab, bukan Arab, hitam atau putih–dan memerintahkan kita untuk hidup bersama dengan rahmat dan kasih sayang. Nabi Muhammad (saw) bersabda:
«المُسْلِمُ أَخُو المُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسَلِّمُه»
“Seorang Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain; dia tidak menzaliminya dan tidak menyerahkannya kepada orang lain” (Muttafaqun ‘Alaih).
Khilafah menyediakan perlindungan bagi mereka yang dianiaya, seperti ketika Yahudi melarikan diri dari Sepanyol selepas Reconquista, ke bawah naungan Negara Islam. Khilafah juga merupakan negara terkemuka di dunia selama lebih seribu tahun dalam bidang sains dan teknologi. Tentera Khilafah mempertahankan umat Islam apabila diserang dan membuka tanah baru untuk agama Islam, berbeza dengan hari ini di mana para pemerintah boneka di tanah-tanah umat Islam mengawal ketat tentera, sehingga mereka mengabaikan genosid, tangisan kanak-kanak yang kelaparan, dan rayuan saudara-saudara perempuan kita yang dianiaya berulang kali.
Pejamkanlah mata anda seketika, dan bayangkan sejenak bagaimana keadaan umat Islam jika Khilafah muncul semula dalam tempoh dua tahun terakhir ini. Sempadan-sempadan kolonial akan lenyap, begitu juga perasaan nasionalisme yang tersisa. Ia akan menyatukan kita tanpa pasport dan visa. Khalifah yang memerintah tanah-tanah Islam yang luas akan memimpin angkatan tentera kita untuk mengusir penjajah Barat, membebaskan Palestin, Kashmir, dan lain-lain. Sumber yang dicuri dari tanah kita yang kaya raya pasti akan kembali ke tangan umat Islam dan digunakan untuk memastikan agar rakyat kita tidak lagi kelaparan dan hidup dengan bermaruah. Anak-anak kita akan berada di sekolah, mempelajari agama mereka dan menjadi ulama serta ahli akademik terkemuka yang akan memimpin dunia demi Allah (swt). Hanya selepas penubuhan semula sistem Allah (swt)-lah kita akan melihat kitaran krisis ini berakhir.
Walaupun hari ini ia kelihatan seperti mimpi yang jauh, kita mesti ingat bahawa tiada yang mustahil bagi umat Islam yang meletakkan kepercayaan yang teguh dan kebergantungan sepenuhnya kepada Allah (swt). Allah (swt) membuka jalan bagi Nabi tercinta (saw) meletakkan asas Negara Khilafah di Madinah, bagi empat Khulafa’ ar-Rashidin (ra) memfutuhat tanah-tanah, melawan empayar besar pada zaman mereka (Parsi dan Rom), dan begitu juga para khalifah yang mengikutinya selama 1000 tahun berikutnya, walaupun tidak selalu sempurna, tetapi Allah (swt) meneguhkan mereka di jalan-Nya untuk menyebarkan Islam ke seluruh dunia dan menegakkan sistem Islam.
﴿وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا﴾
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).” [TMQ An-Nur (24):55]
Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir oleh
Sarah Mohammed – Amerika
*Diterjemah daripada laman rasmi HT CMO WS
#Khilafah #KhilafahSistemIslam #KesatuanUmmah #ItsTimetobeOneUmmah #OneUmmah #AynalMuslimun