Hukum Bermuamalah Dengan Negara Muhâriban Fi’l[an]
Soalan:
Salah seorang saudara bertanya tentang bekerja di kilang di pemukiman Barkan untuk menghasilkan kontena. Kilang ini baru-baru ini, salah satu bahagiannya dialihfungsikan untuk kepentingan tentera (Israel), dan menghasilkan kenderaan untuk memindahkan penjana elektrik dan barang-barang khusus ketenteraan yang lain. Adakah boleh bekerja di bahagian ini yang menghasilkan kenderaan tentera?
Jawapan:
Disebutkan, “Kilang ini baru-baru ini, salah satu bahagiannya dialihfungsikan untuk kepentingan tentera (Israel), dan menghasilkan kenderaan untuk memindahkan penjana elektrik dan barang-barang khusus ketenteraan yang lain.” Itu adalah kilang yang berafiliasi di bawah entiti Yahudi negara yang sedang memerangi secara nyata (muhârib[an] fi’l[an]). Jawapannya ada dalam dua keadaan:
Pertama, terkait kaum Muslim yang berada di bawah penjajahan.
Kedua, terkait kaum Muslim yang berada di luar penjajahan.
Adapun yang pertama, maka terhadap mereka berlaku realiti kaum Muslim yang dulu tetap berada di Mekah setelah Negara Islam berdiri di Madinah. Dalam hal ini, bermaksud boleh bagi penduduk Palestin yang berada di bawah penjajahan Yahudi untuk bermuamalah dalam jual-beli dan sebagainya; kecuali dalam pekerjaan yang membawa kepada kekuatan musuh. Demikian juga berkaitan dengan Muslim yang berkewarganegaraan Amerika, contohnya. Hukumnya sama seperti kaum Muslim di Mekah yang tidak berhijrah. Maksudnya, boleh mereka bermuamalah dengan dâr al-harb tempat mereka tinggal, kecuali dalam apa yang menguatkan kaum kafir terhadap kaum Muslim menurut tahqîq manâth.
Adapun yang kedua, berkaitan dengan kaum Muslim yang berada di luar penjajahan, sebelumnya kami telah menjawab pertanyaan seperti ini dalam beberapa jawapan. Di antaranya dalam Soal-Jawab pada 31/3/2009:
Pertama: Bekerja langsung dengan negara-negara yang secara nyata sedang memerangi (muhârib[an] fi’l[an]) adalah tidak boleh. Tidak boleh juga bekerja dengan syarikat-syarikat negara-negara itu. Sebabnya, hubungan dengan pihak yang sedang memerangi secara nyata (muhârib[an] fi’l[an]) adalah hubungan yang bersifat perang dan bukan berupa hubungan aktiviti-aktiviti (bisnes) yang bersifat damai.
Kedua: Bekerja dengan lembaga-lembaga yang bermuamalah dengan negara-negara yang sedang memerangi (ad-dawlah al-muhâribah fi’l[an]), di perhatikan di situ:
Jika projek yang dilakukan oleh lembaga tersebut adalah untuk negara al-muhâribah fi’l[an] maka tidak boleh bekerja dengan lembaga tersebut dalam projek ini.
Jika projek yang dilakukan oleh lembaga itu bukan untuk negara yang sedang memerangi secara nyata (al-muhâribîn fi’lan) melainkan untuk warga negeri tersebut seperti membangun sekolah atau membuat jalan, maka dosa itu jatuh pada lembaga yang bermuamalah dengan pihak yang sedang memerangi secara nyata (al-muhâribîn fi’lan), tetapi pekerjaan dengan lembaga itu dibolehkan pada projek ini selama projek tersebut bukan untuk negara yang sedang memerangi.
Kemudian dalam Soal-Jawab pada 24/7/2011 dijelaskan:
Sesungguhnya berakad dengan syarikat dan organisasi negara yang menjajah negeri kaum Muslim, iaitu “negara yang sedang memerangi secara nyata (ad-dawlah al-muhâribah fi’l[an]), adalah tidak boleh sebab itu adalah bermuamalah dengan negara yang sedang memerangi secara nyata (dawlah muhâribah fi’l[an]). Adapun berakad dengan pemerintah lokal atau organisasi lokal yang tidak berafiliasi dengan negara yang menjajah, tetapi dia memiliki hubungan dengan negara yang menduduki tersebut maka perlu diperhatikan:
Jika hubungan organisasi lokal dengan negara yang menjajah itu adalah dalam projek bersifat ketenteraan maka tidak boleh.
Jika hubungan organisasi lokal dengan negara yang menjajah itu dalam projek komersial yang tidak membahayakan (merugikan) negeri maka boleh. Namun, yang lebih utama adalah tidak bermuamalah dengannya dengan syubhat yang membawa kepada dharar.
Jika pekerja itu bekerja dengan negara lokal sebagai pegawai, tetapi akad pekerjaannya secara langsung dengan negara yang menjajah itu, maka tidak boleh.
Jika pekerja itu bekerja dengan negara lokal sebagai pegawai dan akad pekerjaannya dengan negara itu sendiri maka boleh jika upahnya dari negara lokal tersebut walaupun negara lokal itu mengambil bantuan kewangan dari negara yang menjajah.
Jika pekerja itu bekerja dengan negara lokal sebagai pegawai dan akad pekerjaannya dengan negara lokal tersebut, tetapi upahnya dia terima langsung dari negara yang menjajah, maka tidak boleh.
Adapun dalil-dalil atas hal itu adalah hukum-hukum berhubungan dengan negara yang sedang memerangi secara nyata (ad-dawlah al-muhâribah fi’lan)
WalLâhu a’lam wa ahkam.
[Dikutip dari Soal-Jawab Syeikh Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah tanggal 12 Muharram 1447 H – 25 Jun 2025 M]
https://hizb-ut-tahrir.info/ar/index.php/ameer/jurisprudence-questions/103644.html
https://www.facebook.com/ataabualrashtah1942/posts/122142355286716841
#muamalah