Mengucapkan Ayat-Ayat Berkenaan Takdir Apabila Berlakunya Bencana
Oleh: Prof. Fahmi Amhar
- Mangsa bencana, yang tidak terlibat dalam punca bencana, wajib percaya bahawa setiap yang berlaku adalah kehendak Allah, dan pasti ada hikmah bagi mereka. Dalilnya ialah surah Al-Hadid (57): 22:
مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنْفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِنْ قَبْلِ أَنْ نَبْرَأَهَا
“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya;”
- Tetapi pada masa yang sama, baik mereka mahupun kita yang tidak terkesan oleh bencana itu, juga wajib beriman kepada surah Ar-Rum (30), ayat 41
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
“Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”
Jadi, setiap kali berlakunya bencana, ia melibatkan adanya perbuatan manusia (tidak semestinya perbuatan mangsa). Itulah sebabnya Islam mempunyai hukum syariah mengenai hukuman (jinayah), pampasan (diyat), dan muhasabah lil hukkam (memuhasabah pemerintah).
Oleh yang demikian, kita mesti berfikiran jernih. Jangan biarkan mereka yang berkuasa berdalih. Mereka bersalah kerana mengeluarkan permit pembangunan atau perlombongan secara sembarangan, tetapi mereka berpendapat bahawa bencana itu adalah takdir. Rakyat hanya diminta untuk bersabar. Jika begitu, senangnya jadi penguasa. Penguasa seperti ini yang akan menyuburkan ateisme, atau komunisme, yang akan berkata, “Agama itu umpama candu.”
Meskipun bagi bencana yang tidak dapat diramalkan seperti gempa bumi, sepatutnya pihak berkuasa mengambil ikhtiar dan peranan untuk mencegahnya:
– menetapkan peraturan-peraturan pembangunan (building code), terutamanya untuk bangunan awam seperti sekolah, hospital, masjid, pasar, terminal, dll.
– memperuntukkan sumber daya yang ada (kakitangan, peralatan, bajet) yang dimiliki untuk pelaksanaannya.
– Membantu individu yang ingin mengukuhkan bangunan mereka, contohnya dengan menyediakan latihan, membantu perolehan bahan sehingga tahap memindahkan penempatan ke kawasan berisiko rendah.
– Menyokong penyelidikan bencana.
– Memantau pematuhan dan penguatkuasaan peraturan.
#PenangananBencana #Musibah #Bencana #IslamPolitik