Jangan Tertipu dengan Jargon Perdamaian di Palestin
Sesungguhnya masalah Palestin adalah persoalan tanah Islam yang dirampas. Islam mengharamkan penyerahan tanah Islam walaupun sejengkal. Firman Allah SWT:
إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ
“Sesungguhnya Allah (hanya) melarang kamu menjadi teman rapat bagi orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu.” [TMQ Al-Mumtahanah : 9]
Jika ayat ini melarang berteman dengan mereka, bagaimana mungkin kita boleh menyerahkan tanah yang telah mereka rampas? Oleh kerana itu, pada tahun 1957, Majlis Fatwa Universiti al-Azhar As-Syarif mengumumkan, bahawa berdamai dengan Israel dalam bentuk apa pun, hukumnya haram, selagi keberadaan Yahudi masih tegak di bumi Palestin, baik dalam keadaannya kuat mahupun lemah.
Berdasarkan hal ini, dalam menyikapi masalah perjanjian damai, kita hendaklah berhati-hati agar tidak tergelincir oleh sekadar “niat baik”, ataupun oleh faktor-faktor lain. Ini kerana, terdapat sangat banyak jerat serta tipu daya dalam permasalahan ini. Semuanya untuk mempengaruhi masyarakat agar “meminum racun mematikan” yang mereka tawarkan sebagai ubat yang mujarab. Oleh kerana itu, kita tidak boleh berprasangka baik kepada orang yang menyerukan solusi-solusi seumpama ini, serta tidak boleh membuat kesepakatan damai dengan mereka, dan tidak boleh menjalin kerjasama dengan mereka, atau berdiam diri terhadap mereka, atau berdiam diri terhadap tuntutan-tuntutan yang mereka jadikan sebagai pandangan awam (public opinion).
Umat Islam hendaklah berhati-hati, agar kaum muslimin tidak terjebak dengan politik pecah belah, termasuk yang diberi dalam kerangka nasionalisme. Berikut adalah sabda Rasulullah SAW yang boleh menjadi amalan agar diri kita terpelihara:
«أَعُوْذُ بِكَ مِنْ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضِلَّ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَيَّ»
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada aku tersesat, atau aku menyesatkan, atau daripada kebodohanku atau dibodohi.”
Juga perkataan ‘Umar bin Khattab, “Aku bukanlah seorang penipu, dan seorang penipu tidak boleh menipuku.”
Sumber: “Qadhiyyatu Falisthin, al-Judzur wa al-Hall” – Iyad Hilal
#freepalestine #ArmiesToGaza #ArmiesToAqsa #BringBackKhilafah #muhasabah