Fail Epstein Hanyalah Tingkap Yang Mempamerkan Keruntuhan Barat
Berita:
Ketika Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengeluarkan berjuta-juta dokumen baharu berkaitan Jeffrey Epstein—yang telah disabitkan dengan jenayah penderaan seksual terhadap kanak-kanak—nama-nama ketua negara dan tokoh-tokoh berprofil tinggi yang terlibat dalam kebejatan ini turut didedahkan. Walaupun satu undang-undang telah diluluskan di Amerika Syarikat tahun lalu yang mewajibkan semua dokumen berkaitan siasatan Epstein diterbitkan selewat-lewatnya pada 19 Disember 2025, fakta bahawa pendedahan ini dilakukan secara berperingkat telah menarik perhatian umum. Pada hari Jumaat, tiga juta muka surat, 180,000 keping gambar, dan 2,000 rakaman video telah didedahkan kepada umum selepas kelewatan selama enam minggu. (Agensi – 02 Februari 2026)
Komentar:
Fail Epstein yang berpusatkan Amerika sekali lagi muncul ke hadapan, kali ini dengan maklumat dan dokumentasi yang jauh lebih banyak. Gambar Trump bersama Jeffrey Epstein, video pertandingan ratu cantik yang melibatkan kanak-kanak, serta pose-pose menjijikkan bersama bekas presiden telah terbongkar. Dalam pendedahan terbaharu, tokoh-tokoh seperti Bill Clinton, Bill Gates, Elon Musk, Richard Branson, Ehud Barak, dan Macron—bersama Trump—telah disebutkan. Kelas elit ini, yang telah menukar kekayaan dan kuasa politik mereka menjadi gaya hidup yang songsang, menjadi semakin buas di bawah dorongan untuk memerah keseronokan maksimum daripada kehidupan, dan terima kasih kepada kebebasan kewangan yang disediakan oleh kapitalisme, yang dengannya, mereka mampu melakukan apa sahaja yang mereka kehendaki. Segala bentuk kekotoran yang dapat dibayangkan—hingga ke tahap mengubah daging kanak-kanak kecil menjadi `makanan segera’ dan `memakannya’—telah terbongkar.
Jadi, mengapa fail Epstein dipanaskan dan dihidangkan semula sekali lagi? Pada tahap ini, sangat jelas bahawa konflik berpanjangan antara Demokrat dan Republikan dalam arena politik Amerika telah menghasilkan kesepakatan bersama yang bertujuan utama untuk menyelamatkan golongan elit Amerika, disamping menyeimbangkan kepentingan institusi kedua-dua pihak. Memandangkan Jeffrey Epstein adalah seorang Yahudi, dan apabila surat-menyurat serta rangkaian hubungannya dianalisis, telah timbul keyakinan kuat bahawa beliau bekerja untuk Mossad. Boleh dikatakan bahawa Epstein merakam dan mengeksploitasi kelemahan yang timbul daripada sifat rakus dan nafsu golongan elit politik global—terutama yang berpusat di Amerika Syarikat—bagi memaksa mereka menyokong agenda politik kehadiran Yahudi. Walau bagaimanapun, memandangkan luasnya rangkaian tersebut, dalam era komunikasi dan teknologi hari ini, adalah mustahil aktiviti seperti ini kekal rahsia. Akhirnya, fail-fail tersebut terbongkar, Epstein dipenjarakan, dan semasa penggal pertama Trump, dia meninggal dunia dalam keadaan yang mencurigakan di dalam penjara.
Apabila cara pengendalian fail Epstein diperhatikan dengan teliti, jelas bahawa ini bukan satu proses penyiasatan dan pendakwaan, tetapi satu proses pengurusan dan pengimbangan. Dengan kata lain, ia adalah pendedahan terkawal, yang disajikan dalam dos yang sesuai pada masa yang sesuai. Jika fail-fail itu ditutup sepenuhnya, ia akan disebut sebagai “penutupan kes” (cover-up); jika ia dibuka sepenuhnya, sistem akan berdepan bahaya keruntuhan. Atas sebab ini, jalan ketiga telah dipilih untuk meredakan tekanan awam dan pada masa yang sama mengawal kebusukan yang telah menyelubungi persekitaran politik Barat—khususnya Amerika Syarikat: pendedahan separa. Biarlah nama-nama diketahui, tetapi bukan kaitan hubungan-hubungannya. Biarkan kejutan berlaku, tetapi tanpa keperluan membuka siasatan; biarkan tiada perbicaraan dan tiada akibat perundangan. Akhirnya, kaedah ini adalah cara paling mudah dan paling biasa untuk kelihatan seolah-olah memenuhi kehendak rakyat sambil meneutralkan mereka.
Maka, isu ini boleh dirumuskan seperti berikut: Demokrat dan Republikan telah mencapai persetujuan untuk keluar daripada isu ini melalui pendedahan terkawal. Demokrat percaya Trump akan kelelahan dalam proses ini, manakala Republikan percaya bahawa mengekalkan fail-fail ini dalam agenda akan membahayakan Amerika. Fail-fail ini pada masa yang sama menyuburkan persepsi bahawa “Yahudi memerintah Amerika” dan mendedahkan kebusukan dalam sistem Amerika—sekali gus merosakkan identiti institusi negara itu dengan teruk. Bagi melepaskan diri daripada persepsi ini, menghadkan pengaruh ‘Israel’ dan Yahudi dalam politik Amerika, serta menghalang rasuah (bukan untuk menghapuskannya) daripada menjadi alat ugutan politik terhadap Amerika Syarikat, fail-fail ini telah dilihat sebagai satu peluang.
Akhirnya, sama ada keseluruhan proses ini merupakan hasil perebutan kuasa dalaman Amerika atau sesuatu yang lebih besar daripada itu, perkara yang mesti difokuskan oleh umat Islam ialah: konsep demokrasi, kebebasan, dan liberalisme yang dipasarkan oleh orang-orang Barat-kolonial-yang-kufur kepada dunia telah terbukti busuk dan korup sepenuhnya. Sangat jelas bahawa konsep seperti “hak asasi manusia,” “hak kanak-kanak,” dan “hak wanita” tidak lebih daripada cerita dongeng. Seluruh dunia kini mengetahui bahawa satu struktur telah dibina oleh elit Barat, dilindungi oleh kekebalan wang, dan struktur ini melakukan jenayah yang paling keji.
Apa yang juga mesti diketahui dan terus diketengahkan ialah bahawa fail Epstein hanyalah etalase (tingkap yang mempamerkan) keruntuhan Barat; bahawa kerosakan ini tidak terhad kepada pulau-pulau dan rumah agam, tetapi direplikasi di setiap geografi yang telah diduduki Barat secara politik, ketenteraan, dan budaya—terutamanya di tanah-tanah Islam.
Oleh itu, walaupun Epstein mungkin mewakili satu proses perhitungan politik dalaman bagi rakyat Amerika, namun bagi umat Islam, ia mesti menjadi satu perhitungan terhadap Barat dan ideologinya. Perhitungan yang berteraskan kepada pertanggungjawaban—dan perubahan—terhadap pemerintahan di negeri-negeri umat Islam yang telah membina pelbagai bentuk persahabatan dan pakatan dengan golongan kafir yang menyimpang. Sehinggalah tertegaknya Negara Khilafah Rasyidah (Khilafah yang Dipimpin secara Benar), yang akan mengeluarkan dunia daripada kegelapan kekufuran kepada cahaya Islam.
Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir oleh
Muhammed Emin Yıldırım