Bolehkah Zakat Diberikan untuk Modal Perniagaan?
Oleh: KH. M. Shiddiq Al-Jawi
Soalan:
Bolehkah memberikan zakat untuk modal perniagaan secara bergilir?
Jawapan:
Tidak boleh, dengan 3 alasan:
Pertama, kerana tidak ada dalil Al-Quran dan Al-Hadis yang menunjukkan bolehnya memberikan zakat sebagai modal perniagaan. Perlu diketahui zakat itu adalah ibadah murni (ibadah mahdhah) yang ketentuannya bersifat tauqīfī (apa adanya) dari Allah SWT. Maka sesuatu yang tidak ada dalilnya, bermaksud tidak disyariatkan atau tidak diperbolehkan.
Imam Taqiyuddin An-Nabhani berkata:
أَحْكَامُ الْعِبَادَاتِ تَوْقِيفِيَّةٌ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ
Ahkāmul ‘ibādāti tauqīfiyyatun min ‘indillāh. Artinya, “Hukum-hukum ibadah itu sifatnya tauqifiyyah dari sisi Allah.” (Muhammad Muhammad Isma’il/Taqiyuddin An-Nabhani, Al-Fikr Al-Islāmī, hlm. 48)
Yang dimaksudkan hukum ibadah itu tauqifiyyah (تَوْقِيفِيَّةٌ) adalah:
أَنَّهُ لَا يَجُوزُ التَّعَبُّدُ لِلَّهِ تَعَالَى بِعِبَادَةٍ إِلَّا إِذَا كَانَتْ هَذِهِ الْعِبَادَةُ قَدْ ثَبَتَ فِي النُّصُوصِ الشَّرْعِيَّةِ (اَلْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ) أَنَّهَا عِبَادَةٌ شَرَعَهَا اللَّهُ تَعَالَى.
“Bahawa tidak boleh beribadah kepada Allah SWT dengan suatu ibadah, kecuali jika ibadah ini telah terbukti di dalam nas-nas syariah (ada dalilnya dari Al-Quran dan As-Sunnah), iaitu bahawa ibadah itu telah disyariatkan oleh Allah SWT.” (https://islamqa.info/ar/answers/147608)
Jadi kerana tidak ada dalilnya, maka memberikan zakat untuk modal perniagaan secara bergilir tidak diperbolehkan dan statusnya adalah batil. Kaedah fiqih menegaskan:
الْأَصْلُ فِي الْعِبَادَاتِ الْبُطْلَانُ حَتَّى يَقُومَ دَلِيلٌ عَلَى الْأَمْرِ
Al-Ashlu fil ‘ibādāti al-buthlānu hattā yaquma dalīlun ‘alā al-amri. Makudnya, “Hukum asal ibadah itu adalah batil, hingga terdapat dalil yang memerintahkan (ada dalilnya dari Al-Quran atau As-Sunnah).” (Abu ‘Abdirrahman Abdul Majid Jumu’ah Al-Jaza`iri, Al-Qawā’id Al-Fiqhiyyah Al-Mustakhrajah min Kitāb I’lāmul Muwaqqi’īn, hlm. 539)
Dalam redaksi lain yang semakna, terdapat kaedah fiqih yang berbunyi:
الْأَصْلُ فِي الْعِبَادَاتِ الْمَنْعُ حَتَّى يَقُومَ دَلِيلٌ عَلَى الْإِذْنِ بِهِ
Al-Ashlu fil ‘ibādāti al-man’u hattā yaquma dalīlun ‘alā al-idzni bihi. Artinya, “Hukum asal ibadah itu adalah tidak boleh hingga terdapat dalil yang mengizinkan ibadah itu.” (Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, Manzhūmah Ushūl Al-Fiqh wa Qawā’iduhu, hlm. 95)
Kedua, kerana pemberian zakat sebagai modal perniagaan yang dilakukan secara bergilir itu, tidak termasuk ke dalam 8 golongan penerima zakat (Lihat QS. At-Taubah: 60). Sebuah kaedah fiqih tentang zakat menyebutkan:
إِنَّ الزَّكَاةَ لَا يُصْرَفُ لِغَيْرِ الْأَصْنَافِ الثَّمَانِيَةِ مُطْلَقًا
Inna az-zakāta lā yushrafu li-ghairi al-ashnāf al-tsamāniyyah. Artinya, “Sesungguhnya zakat itu tidak boleh disalurkan kepada orang-orang di luar lapan golongan (asnaf) yang berhak menerima zakat secara mutlak.” (Taqiyuddin An-Nabhani, Muqaddimat Al-Dustūr, Juz II, hlm. 105)
Ketiga, kerana jika zakat diserahkan untuk modal perniagaan, ertinya pemberian zakat kepada 8 golongan akan tertunda atau bahkan terabai sama sekali tanpa alasan yang dibenarkan syariah, sedangkan pembahagian zakat kepada 8 golongan itu wajib hukumnya kerana mereka inilah pemilik yang sebenarnya dari harta zakat. Maka pemberian zakat untuk modal perniagaan tidak diperbolehkan.
Dengan kata lain, pembahagian zakat kepada kaum fakir dan miskin, wajib dilakukan dengan segera (‘ala al-faur), tanpa penundaan (‘ala al-tarākhī), kerana penundaan dapat mengakibatkan dharar (mudharat) bagi orang fakir dan miskin itu, contohnya kelaparan, kekurangan gizi dan sebagainya. Kaedah usul fiqih untuk kes seperti ini yang memerlukan kesegeraan, menyebutkan:
الْأَمْرُ يَقْتَضِي الْفَوْرَ
Al-Amru yaqtadhī al-faur. Maksudnya, “Suatu perintah itu mengharuskan dilakukan secara segera (tidak boleh ada penundaan).” (‘Abdul Karim Al-Namlah, Ittihāfu Dzawil Bashā`ir bi Syarh Raudhat Al-Nāzhir, Juz V, hlm. 303; Imam Al-Zarkasyi, Al-Bahrul Muhīth fī Ushūl Al-Fiqh, Juz II, hlm. 134)
Kesimpulannya, tidak boleh secara syariah memberikan zakat untuk modal perniagaan secara bergilir, berdasarkan 3 (tiga) alasan di atas. Wallāhu a’lam.
Sumber: NgajiShubuh @ (https://youtu.be/RWMXydShh5M)
#modalperniagaan #zakat