Pemakzulan Pegawai Dalam Islam
Oleh: Ustaz Kusnady Ar-Razi
Pemakzulan merupakan proses hukum dan politik untuk memecat seorang pegawai awam daripada jawatan sebelum tamat tempoh jawatan mereka. Dalam Islam, seorang pegawai hanya boleh dimakzulkan atau diberhentikan daripada jawatannya. Wali, Qâdhi, malah Khalifah sekalipun boleh dimakzulkan.
Islam mengatur mekanisme tertentu dalam proses pemakzulan. Islam menjelaskan sebab-sebab tertentu mengapa seorang pegawai boleh dimakzulkan. Islam juga menjelaskan siapa yang mempunyai kuasa dalam memakzulkan atau memecat pegawai awam tersebut.
Pemakzulan Khalifah
Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani di dalam Asy-Syakhshiyyah al-Islâmiyyah Jilid 2 mengatakan:
يَنْعَزِلُ الْخَلِيْفَةُ إِذَا تَغَيَّرَ حَالُهُ تَغَيُّرًا يُخْرِجُهُ عَنِ الْخِلَافَةِ
Khalifah akan kehilangan kedudukannya secara automatik jika keadaannya berubah, dengan perubahan yang mengeluarkan dirinya daripada jawatan Khilafah.[1]
Khalifah boleh dilucutkan jawatannya jika mengalami perubahan keadaan pada dirinya. Terdapat dua perubahan keadaan yang boleh mengeluarkan Khalifah daripada jawatannya.
Pertama: Perubahan yang berlaku pada diri Khalifah yang boleh mengeluarkan dirinya daripada jawatan secara automatik. Perubahan keadaan ini melibatkan tiga sebab:
- Jika Khalifah murtad daripada Islam, jawatannya serta-merta akan hilang. Dia dianggap tidak lagi berhak menjalankan tugasnya sebagai khalifah. Sebabnya, status keislaman merupakan syarat pertama yang menentukan kesahihan jawatan Khalifah. Islam juga melarang umat Islam dipimpin oleh orang kafir. Haram hukumnya membuka jalan bagi mereka untuk menguasai umat Islam (Lihat: Surah an-Nisa’ [4]: 141).
- Jika Khalifah menjadi tidak siuman secara kekal, secara automatik dia tidak lagi mempunyai kuasa sebagai ketua negara. Hilang akal menyebabkan batalnya syarat-syarat untuk menjadi khalifah. Ini kerana, selain syarat keislaman, Khalifah juga disyaratkan seorang berakal. Khalifah adalah mukallaf(yang dibebani dengan hukum syarak), manakala seorang mukallaf disyaratkan berakal. Orang yang tidak berakal tidak dibebani hukum syarak pada dirinya. Rasulullah SAW bersabda:
«رُفِعَ الْقَلَمُ عَنْ ثَلَاثَةٍ: عَنِ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيِقِظَ وَعَنِ الصَّبِيِّ حَتَّى يَحْتَلِمَ وَعَنِ الْمَجْنُوْنِ حَتَّى يَعْقِلَ»
Pena (taklif hukum) diangkat daripada tiga orang: daripada orang yang tidur sehingga dia bangun; daripada anak kecil sehingga dia bermimpi (baligh) dan daripada orang gila sehingga dia waras (HR Abu Dawud).
Makna [ رفع القلم ] (pena diangkat) adalah [ رفع التكليف ] (taklif diangkat daripada orang tersebut). Maksudnya, dia tidak termasuk mukallaf yang merupakan objek seruan hukum. Sebabnya, akal adalah manâth at-takliif (objek taklif hukum). Kerana itu, dia tidak boleh dibebani dengan tugas mengurusi kaum Muslim.[2]
- Khalifah Ditawan Oleh Musuh. Jika Khalifah ditawan oleh musuh yang mustahil dirinya akan bebas, Khalifah akan segera dipecat daripada jaw Dalam situasi ini, Khalifah tidak dapat memberi perintah dalam urusan-urusan kaum Muslim. Walaupun Khalifah masih hidup, tetapi kerana ketidakupayaannya untuk memberi arahan, dia dianggap seperti tidak ada.
Kedua: Perubahan yang tidak menyebabkan Khalifah dipecat serta-merta, tetapi Khalifah tetap tidak dapat meneruskan tugasnya sebagai pemimpin. Perubahan yang kedua ini merangkumi lima perkara:
(1) Hilangnya sifat ‘adalah (adil) pada diri Khalifah. Adil ialah sifat yang menjadikan seseorang itu selamat daripada sebab-sebab kefasikan. Sebab-sebab kefasikan yang dimaksudkan ialah perbuatan yang dikategorikan sebagai dosa besar atau terus-menerus melakukan dosa kecil. Fasik bermaksud hilangnya sifat ‘adalah. Sedangkan adanya sifat ‘adalah ini merupakan syarat untuk sahnya jawatan Khalifah. Hilangnya sifat ‘adalah pada diri Khalifah menjadikannya tidak layak untuk meneruskan tugasnya sebagai pemimpin. Para ulama sepakat bahawa orang fasik tidak sah dilantik menjadi Khalifah. Al-Imam Al-Qurthubi mengatakan:
«لَا خِلَافَ بَيْنَ اْلأُمَّةِ فِي أَنَّهُ لَا يَجُوْزُ أَنْ تَعْقِدَ الْخِلَافَةُ لِفَاسِقٍ»
Tidak ada perbezaan pendapat di kalangan umat bahawa Khilafah tidak boleh diserahkan kepada orang fasik.[3]
(2) Tukar jantina kepada perempuan. Salah satu syarat sah Khalifah adalah lelaki. Perempuan tidak boleh dibaiat menjadi khalifah. Oleh itu, tidak sah seorang perempuan untuk menjadi khalifah. Ini berdasarkan riwayat daripada Abu Bakrah bahawa dia berkata: …Apabila sampai kepada rasulullah SAW bahawa penduduk Parsi telah melantik puteri Kisra sebagai raja, baginda bersabda:
«لَنْ يُفْلِحَ قَوْمٌ وَلَّوْ أَمْرَهُمْ اِمْرَأَةً»
“Tidak akan pernah beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan kekuasaan mereka kepada seorang perempuan”. (HR al-Bukhari).
Pemberitahuan (al-ikhbâr) yang disertai dengan kecaman pada hadis tersebut adalah indikasi (qarînah) bahawa larangan tersebut bersifat tegas (an-nahyu al-jâzim). Oleh sebab itu, menyerahkan urusan pemerintahan kepada perempuan hukumnya haram.
- Khalifah menjadi kurang siuman, tetapi tidak serius, kadang-kala waras kadangkala tidak siuman. Dalam situasi sedemikian, tugas-tugas Khalifah tidak boleh diwakilkan kepada orang lain. Ini kerana, baiat in’iqâdberlaku kepada dirinya sehingga dia sendiri yang mesti menjalankan tugas tersebut. Oleh itu, jika Khalifah berubah menjadi tidak siuman maka jawatannya tidak boleh
- Khalifah kehilangan kemampuan menjalankan tugas-tugasnya, sama ada disebabkan oleh kecacatan pada anggota badan atau atas sebab-sebab lain, seperti penyakit yang tidak ada harapan untuk Ketidakmampuan untuk menjalankan tugas ini mengakibatkan urusan kaum Muslim diabaikan. Ini adalah kemungkaran yang mesti dihilangkan. Atas sebab ini, Khalifah mesti diberhentikan daripada jawatannya dan digantikan dengan orang lain.
- Khalifah tidak lagi bebas dalam menjalankan tugasnya. Ini bermakna, terdapat campur tangan dan tekanan daripada pihak lain terhadapnya. Akibatnya, Khalifah tidak lagi menjalankan pemerintahan mengikut kehendak dan pemikirannya sendiri. Tekanan ini boleh datang daripada orang-orang yang berada di sekeliling Ia juga boleh jadi kerana dia telah jatuh di bawah kuasa musuh sehingga dia tidak lagi bebas dalam memberi arahan.
Keadaan ini serupa dengan menjadi tahanan. Dalam dua keadaan ini, jika Khalifah dapat melepaskan diri daripada tekanan dan campur tangan daripada orang lain atau dapat selamat daripada kawalan musuh, maka pemecatannya ditangguhkan. Sebaliknya, jika tidak, maka dia mesti diberhentikan serta-merta.
Mahkamah Mazhâlim yang Berkuasa dalam Pemecatan Khalifah
Mahkamah Mazhâlim adalah satu-satunya pihak yang berkuasa untuk memecat Khalifah. Ini kerana, tugas-tugas dari Mahkamah Mazhâlim adalah menghilangkan kezaliman yang dilakukan oleh penguasa. Qâdhi Mazhâlim berhak menjatuhkan vonis kepada Khalifah untuk menghilangkan kezaliman. Hal ini dilakukan jika Khalifah terbukti melakukan kezaliman atau mengalami perubahan keadaan seperti yang telah dijelaskan sebelum ini.
Namun, jika Khalifah meletakkan jawatan atas sebab-sebab yang telah dinyatakan di atas, maka kesnya tidak perlu diselesaikan di Mahkamah Mazhâlim. Sebaliknya, jika Khalifah tidak meletakkan jawatan, sedangkan kaum Muslim berpendapat bahawa beliau mesti dipecat, maka keputusan itu mesti dirujuk kepada Qâdhi Mazhâlim. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
فَإِن تَنَازَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ ٥٩
Kemudian jika kalian berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan rasul (as-Sunnah).. (TMQ an-Nisa’ [4]: 59).
Pihak lain tidak mempunyai kuasa dalam pemecatan Khalifah kecuali Mahkamah Mazhâlim sahaja. Sekalipun umat mempunyai hak untuk melantik dan membaiat Khalifah, tetapi mereka tidak mempunyai kuasa dalam pemecatan Khalifah. Dalam banyak riwayat, Rasulullah SAW memerintahkan umat Islam untuk terus mentaati Khalifah walaupun Khalifah bertindak zalim, melakukan kemungkaran, atau merampas hak-hak umat; kecuali jika Khalifah memerintahkan untuk bermaksiat atau menunjukkan kekufuran yang nyata.
Salamah bin Yazid Al-Ju’fi pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Nabi Allah, jika ada pemimpin yang memimpin kami, lalu mereka meminta kepada kami hak mereka, namun mereka melarang kami meminta hak kami, apa yang engkau perintahkan kepada kami?” Baginda tidak menghiraukannya. Lalu dia berkata lagi. Baginda masih tidak menghiraukannya. Kemudian dia bertanya untuk kali kedua atau ketiga. Lalu Al-Asy’ats bin Qais menariknya. Baginda hanya menjawab, “Dengar dan taatilah dia. Kerana, mereka wajib bertanggungjawab atas apa yang mereka pikul, sedangkan kalian wajib bertanggungjawab apa yang kalian pikul.” (HR Muslim).
Hudzaifah bin Al-Yaman ra. juga berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
«يَكُونُ بَعْدِي أَئِمَّةٌ لَا يَهْتَدُونَ بِهُدَايَ، وَلَا يَسْتَنُّونَ بِسُنَّتِي، وَسَيَقُومُ فِيهِمْ رِجَالٌ قُلُوبُهُمْ قُلُوبُ الشَّيَاطِينِ فِي جُثْمَانِ إِنْسٍ :قَالَ كَيْفَ أَصْنَعُ يَا رَسُولَ اللهِ، إِنْ أَدْرَكْتُ ذَلِكَ؟ تَسْمَعُ وَتُطِيعُ لِلْأَمِيرِ، وَإِنْ ضُرِبَ ظَهْرُكَ، وَأُخِذَ مَالُكَ، فَاسْمَعْ وَأَطِعْ»
“Akan datang sepeninggalanku para pemimpin yang tidak berjalan di atas petunjukku, tidak mengamalkan sunnahku dan di tengah-tengah mereka akan berdiri orang-orang yang berhati syaitan dengan jasad manusia.” Hudzaifah bertanya, “Lalu apa yang mesti dilakukan, wahai Rasulullah, jika aku mendapati masa itu?” Baginda menjawab, “Engkau mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun belakangmu di pukul dan hartamu dirampas. Tetaplah mendengar dan taat.” (HR Muslim).
Kedua-dua hadis tersebut menjelaskan bahawa walaupun Khalifah berlaku zalim, Rasulullah SAW memerintahkan untuk tetap mentaati dia serta bersabar terhadap kezalimannya. Ini menunjukkan bahawa umat tidak berhak dalam pemecatan seorang Khalifah.[4]
Pemecatan Wali dan Qâdhi
Pemakzulan wali dan qâdhi adalah kuasa Khalifah. Khalifah berhak memecat wali dan qâdhi jika dia menganggap mereka tidak layak untuk meneruskan tugas mereka. Seorang wali boleh dipecat oleh Khalifah. Jika ahli Majlis Umat—sebagai wakil umat—menunjukkan sikap tidak redha dengan wali, maka dia mesti dipecat.[5]
Rasulullah SAW pernah memecat Mu’adz bin Jabal dari Yaman tanpa sebarang sebab. Baginda juga pernah memecat Ila’ bin Al-Hadhrami yang merupakan amil di Bahrain, kerana baginda menerima aduan tentang Ila’. Khalifah Umar bin al-Khattab pernah memecat Ziyad bin Abi Sufyan tanpa alasan tertentu. Beliau juga pernah memecat Saad bin Waqqash kerana beliau mendapatkan aduan tentang dirinya. Semua ini menunjukkan bahawa kuasa pemecatan seorang wali terletak di tangan Khalifah.[6]
WalLâhu a’lam bi ash-shawâb.
Catatan kaki:
- Lihat Taqiyuddin Al-Nabhani, Al-Syakhshiyyah Al-Islamiyyah, Juz II hlm. 120.
- Lihat Taqiyuddin An-Nabhani, Al-Syakhshiyyah Al-IslamiyyahJuz III hlm. 35.
- Lihat Al-Qurthubi, Al-Jami’ Li Ahkam Al-Qur’an, Juz I hlm. 404.
- Lihat Abdul Qadim Zallum, Nizhamul Hukmi fil Islam, hlm. 111.
- Lihat Ajhizah Daulah Al-Khilafah, hlm. 74.
- Lihat Abdul Qadim Zallum, Nizhamul Hukmi fil Islam, hlm. 170.
Sumber : Alwaie
#Afkar #pegawaidalamislam #strukturkhilafah #jawatankepimpinan