[Soal-Jawab] Hadis-Hadis Akhir Zaman dan Turunnya Nabi Isa AS
Soalan:
Assalamu ‘alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
Kami memohon kepada Allah SWT agar saudara berada dalam keadaan sihat walafiat dan agar Allah mengurniakan kepada saudara, kepada kita dan seluruh kaum Muslimin dengan al-Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian.
Kami berasa keliru dengan kisah-kisah dan khabar-khabar tentang turunnya Nabi Isa AS pada akhir zaman, kedatangan al-Mahdi al-Muntazar, serta khabar tentang Dajjal yang bermata satu dan kaum Ya’juj dan Ma’juj. Apakah yang sahih dan apakah yang tertolak?
[Hamzeh Shihadeh]
Jawapan:
Wa‘alaikumussalam wa rahmatullahi wa barakatuh.
Semoga Allah melimpahkan keberkatan kepada saudara atas doa yang baik untuk kami, dan semoga Allah juga mengurniakan kebaikan kepada saudara.
Pada permulaan, perlu ditegaskan bahawa khabar-khabar yang bersumber daripada nas-nas syarak, sama ada berkaitan perkara-perkara masa lalu atau perkara-perkara masa hadapan, mestilah terbukti kesahihannya sebelum boleh diterima dan dijadikan pegangan; yakni bukan hadis yang dhaif atau mawdhu‘ (palsu).
Saya akan menyebutkan beberapa dalil sahih berkaitan topik soalan saudara. Saya tidak akan menyebutkan kesemuanya, namun saudara boleh merujuknya dalam kitab-kitab fiqh yang berkaitan.
- Mengenai Ya’juj dan Ma’juj
Telah dinyatakan dalam al-Quran al-Karim, dalam Surah al-Kahfi:
﴿قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجاً عَلَى أَنْ تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدّاً * قَالَ مَا مَكَّنِّي فِيهِ رَبِّي خَيْرٌ فَأَعِينُونِي بِقُوَّةٍ أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْماً * آتُونِي زُبَرَ الْحَدِيدِ حَتَّى إِذَا سَاوَى بَيْنَ الصَّدَفَيْنِ قَالَ انْفُخُوا حَتَّى إِذَا جَعَلَهُ نَاراً قَالَ آتُونِي أُفْرِغْ عَلَيْهِ قِطْراً * فَمَا اسْطَاعُوا أَنْ يَظْهَرُوهُ وَمَا اسْتَطَاعُوا لَهُ نَقْباً * قَالَ هَذَا رَحْمَةٌ مِنْ رَبِّي فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ رَبِّي جَعَلَهُ دَكَّاءَ وَكَانَ وَعْدُ رَبِّي حَقّاً * وَتَرَكْنَا بَعْضَهُمْ يَوْمَئِذٍ يَمُوجُ فِي بَعْضٍ وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَجَمَعْنَاهُمْ جَمْعاً﴾
Maksudnya: Mereka berkata: “Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?” (94) Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. (95) Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya”. (96) Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (97) (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”. (98) Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu dengan yang lain; dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di Padang Mahsyar.” [TMQ al-Kahfi (18): 94-99]
- Mengenai Turunnya Nabi Isa AS, Kedatangan al-Mahdi al-Muntazar dan Khabar Dajjal Bermata Satu
Adapun mengenai turunnya Nabi Isa AS pada akhir zaman, kedatangan al-Mahdi al-Muntazar
dan khabar tentang Dajjal yang bermata satu, perkara-perkara ini telah kami bahaskan dalam jawapan-jawapan terdahulu. Di sini saya akan memetik sebahagannya untuk anda:
Jawapan Soalan bertarikh 1/2/2014 di dalamnya dinyatakan:
“…Imam Ahmad telah meriwayatkan dalam Musnad-nya daripada Abu Sa‘id al-Khudri RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
»أُبَشِّرُكُمْ بِالْمَهْدِيِّ يُبْعَثُ فِي أُمَّتِي عَلَى اخْتِلَافٍ مِنَ النَّاسِ وَزَلَازِلَ، فَيَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطاً وَعَدْلاً، كَمَا مُلِئَتْ جَوْراً وَظُلْماً، يَرْضَى عَنْهُ سَاكِنُ السَّمَاءِ وَسَاكِنُ الْأَرْضِ، يَقْسِمُ الْمَالَ صِحَاحاً» فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ: مَا صِحَاحاً؟ قَالَ: «بِالسَّوِيَّةِ بَيْنَ النَّاسِ «
Maksudnya: “Aku menyampaikan kepada kamu khabar gembira tentang al-Mahdi. Dia akan dibangkitkan dalam kalangan umatku pada waktu berlakunya perselisihan dan kegoncangan (fitnah dan huru-hara) di kalangan manusia. Lalu dia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana sebelumnya bumi dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan. Penghuni langit dan penghuni bumi akan redha terhadapnya. Dia akan membahagikan harta secara shihāhan.” Seorang lelaki bertanya kepada Baginda: “Apakah maksud shihāhan itu?”
Baginda menjawab: “Secara sama rata antara manusia…”
Jawapan Soalan bertarikh 01/04/2016, dinyatakan di dalamnya:
… Berkenaan al-Mahdi, telah diriwayatkan sejumlah hadis mengenai topik ini: ada yang sahih, hasan, dhaif dan juga maudhu‘ (palsu).
Sepanjang sejarah, terdapat beberapa orang yang mendakwa perkara ini dengan mengaku bahawa merekalah al-Mahdi. Namun begitu, perkara ini tidaklah sukar untuk membezakan antara yang benar dan yang batil. Memadai dalam hal ini sebagaimana disebut dalam hadis-hadis sahih bahawa al-Mahdi ialah seorang pemerintah yang adil yang akan muncul pada akhir zaman. Dia akan mendapati bumi dipenuhi kezaliman, lalu dia memerintah dengan keadilan dan menghapuskan kezaliman tersebut.
Namanya akan sama dengan nama Rasulullah SAW dan nama ayahnya juga sama dengan nama ayah Rasulullah SAW, iaitu “Muhammad bin Abdullah”. Dia akan dibaiat di antara Rukun Yamani dan Maqam Ibrahim. Dan dia berkemungkinan menjadi salah seorang khalifah dalam al-Khilafah ar-Rasyidah yang kedua. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
– Nu‘aim bin Hammad meriwayatkan dalam al-Fitan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
«يُبَايعُ الْمَهْدِيُّ بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْمَقَامِ، لَا يُوقِظُ نَائِماً، وَلَا يُهْرِيقُ دَماً»
Maksudnya: “Al-Mahdi akan dibaiat di antara Rukun (Rukun Yamani) dan Maqam (Maqam Ibrahim). Dia tidak membangunkan orang yang sedang tidur dan tidak menumpahkan darah.”
Dan dalam satu riwayat yang lain daripada Qatadah, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
«إِنَّهُ يَخْرُجُ مِنَ الْمَدِينَةِ إِلَى مَكَّةَ فَيَسْتَخْرِجُهُ النَّاسُ مِنْ بَيْنِهِمْ، فَيُبَايعُونَهُ بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْمَقَامِ وَهُوَ كَارِهٌ»
Maksudnya: “Sesungguhnya al-Mahdi akan keluar dari Madinah menuju ke Mekah. Lalu orang ramai akan mengeluarkannya dari kalangan mereka dan membaiatnya di antara Rukun dan Maqam, sedangkan dia dalam keadaan tidak menyukainya (enggan menerimanya).”
– Ibnu Hibban meriwayatkan dalam Sahih-nya daripada ‘Asim, daripada Zir, daripada Abdullah, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
«لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَمْلِكَ النَّاسَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي، يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي، وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمَ أَبِي، فَيَمْلَؤُهَا قِسْطاً وَعَدْلاً»
Maksudnya: “Tidak akan berlaku Hari Kiamat sehingga seorang lelaki daripada Ahli Baitku memerintah manusia. Namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku. Maka dia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kesaksamaan.”
– Al-Hakim meriwayatkan dalam al-Mustadrak ‘ala as-Sahihain daripada Abu Sa‘id al-Khudri RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
«يَخْرُجُ فِي آخِرِ أُمَّتِي الْمَهْدِيُّ يَسْقِيهِ اللَّهُ الْغَيْثَ، وَتُخْرِجُ الْأَرْضُ نَبَاتَهَا، وَيُعْطِي الْمَالَ صِحَاحاً، وَتَكْثُرُ الْمَاشِيَةُ وَتَعْظُمُ الْأُمَّةُ، يَعِيشُ سَبْعاً أَوْ ثَمَانِياً»
Maksudnya: “Pada akhir umatku akan keluar al-Mahdi. Allah akan menurunkan hujan untuknya, bumi akan menumbuhkan tanamannya, dia akan membahagikan harta secara sama rata, ternakan akan menjadi banyak dan umat akan menjadi besar. Dia akan hidup selama tujuh atau lapan tahun.”
Yakni beberapa musim haji… Dan terdapat hadis-hadis lain lagi.
Apabila kita melihat seorang lelaki yang memiliki sifat-sifat seperti ini, maka bolehlah dibincangkan sama ada dia itu al-Mahdi atau bukan al-Mahdi. Adapun seseorang yang tidak memiliki ciri-ciri tersebut, maka tidak perlu dibahaskan sama ada dia al-Mahdi atau bukan, bahkan ia termasuk dalam bab Dajjal (pendusta) dan dakwaan-dakwaan yang batil… Tamat.
Jawapan Soalan bertarikh 17/4/2014 di dalamnya dinyatakan:
Adapun mengenai Nabi Isa AS, turunnya ke bumi dan memerangi Dajjal…
Telah diriwayatkan hadis-hadis sahih dalam topik ini yang menunjukkan bahawa Dajjal ialah seorang lelaki yang sesat lagi menyesatkan, yang akan muncul pada akhir zaman. Kadang-kadang dia mendakwa bahawa dia adalah Allah, dan kadang-kadang mendakwa bahawa dia adalah al-Masih, secara dusta dan penipuan.
Dia akan memperlihatkan kepada manusia sesuatu yang seakan-akan syurga dan seakan-akan neraka. Apa yang dilihat manusia sebagai syurga pada hakikatnya adalah neraka, dan apa yang dilihat sebagai neraka pada hakikatnya adalah air yang manis lagi sejuk.
Dia akan menghukum dengan keras sesiapa yang menentangnya, dan memberi kepada orang yang mengikutinya pelbagai kenikmatan dunia seperti makanan, daging dan air, serta menghalangnya daripada orang yang menentangnya. Namun, dia akan menahan kenikmatan itu daripada orang mukmin, tetapi hal itu tidak akan memudaratkan orang mukmin tersebut. Dajjal itu lebih hina di sisi Allah daripada mampu menimpakan fitnah terhadap orang mukmin.
Di sebalik semua itu, dia adalah satu fitnah dan ujian bagi manusia. Seorang mukmin mengetahui bahawa dia adalah pendusta dan penipu, maka mukmin itu akan tetap teguh di atas keimanannya walau apa pun kesukaran yang ditimpakan oleh Dajjal ke atasnya.
Dan ketika fitnah yang dilakukan Dajjal terhadap manusia itu berlangsung, serta dakwaannya sebagai al-Masih, pada ketika itulah al-Masih Isa AS akan turun dan membunuh Dajjal tersebut.
– Imam Muslim meriwayatkan daripada Uqbah bin Amr Abu Mas‘ud al-Ansari, beliau berkata: “Aku pergi bersamanya menemui Huzaifah bin al-Yaman. Lalu ‘Uqbah berkata kepadanya:Ceritakan kepadaku apa yang engkau dengar daripada Rasulullah SAW tentang Dajjal.’ Maka Huzaifah berkata:
«إِنَّ الدَّجَّالَ يَخْرُجُ، وَإِنَّ مَعَهُ مَاءً وَنَاراً، فَأَمَّا الَّذِي يَرَاهُ النَّاسُ مَاءً، فَنَارٌ تُحْرِقُ، وَأَمَّا الَّذِي يَرَاهُ النَّاسُ نَاراً، فَمَاءٌ بَارِدٌ عَذْبٌ، فَمَنْ أَدْرَكَ ذَلِكَ مِنْكُمْ، فَلْيَقَعْ فِي الَّذِي يَرَاهُ نَاراً، فَإِنَّهُ مَاءٌ عَذْبٌ طَيِّبٌ»
Maksudnya: “Sesungguhnya Dajjal akan keluar, dan bersamanya ada air dan api. Adapun apa yang dilihat manusia sebagai air, sebenarnya itu adalah api yang membakar. Dan apa yang dilihat manusia sebagai api, sebenarnya itu adalah air yang sejuk lagi manis. Maka sesiapa dalam kalangan kamu yang mendapati keadaan itu, hendaklah dia masuk ke dalam apa yang dilihat manusia sebagai api, kerana sesungguhnya ia adalah air yang manis dan menyenangkan.”
Uqbah berkata: “Sesungguhnya aku telah mendengarnya,” sebagai membenarkan apa yang disampaikan oleh Huzaifah.
– Imam Muslim juga meriwayatkan bahawa Anas bin Malik RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
«مَا مِنْ نَبِيٍّ إِلَّا وَقَدْ أَنْذَرَ أُمَّتَهُ الْأَعْوَرَ الْكَذَّابَ، أَلَا إِنَّهُ أَعْوَرُ، وَإِنَّ رَبَّكُمْ لَيْسَ بِأَعْوَرَ، وَمَكْتُوبٌ بَيْنَ عَيْنَيْهِ ك ف ر»
Maksudnya: “Tidak ada seorang nabi pun melainkan telah memberi peringatan kepada umatnya tentang si buta yang pendusta itu. Ketahuilah, sesungguhnya dia itu buta (sebelah matanya), sedangkan Tuhan kamu tidaklah buta. Dan tertulis di antara kedua matanya huruf kaf fa ra (ك ف ر).”
Dan dalam riwayat lain oleh Imam Muslim:
«مَكْتُوبٌ بَيْنَ عَيْنَيْهِ كَافِرٌ، يَقْرَؤُهُ كُلُّ مُؤْمِنٍ، كَاتِبٍ وَغَيْرِ كَاتِبٍ»
Maksudnya: “Tertulis di antara kedua matanya “kāfirun”. Setiap orang mukmin dapat membacanya, sama ada yang pandai menulis mahupun yang tidak pandai menulis.”
– Dan dalam riwayat Imam Muslim tentang tempat Nabi Isa AS turun serta tempat Baginda membunuh Dajjal:
«فَبَيْنَمَا هُوَ كَذَلِكَ إِذْ بَعَثَ اللهُ الْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ، فَيَنْزِلُ عِنْدَ الْمَنَارَةِ الْبَيْضَاءِ شَرْقِيَّ دِمَشْقَ، بَيْنَ مَهْرُودَتَيْنِ، وَاضِعاً كَفَّيْهِ عَلَى أَجْنِحَةِ مَلَكَيْنِ، إِذَا طَأْطَأَ رَأْسَهُ قَطَرَ، وَإِذَا رَفَعَهُ تَحَدَّرَ مِنْهُ جُمَانٌ كَاللُّؤْلُؤِ، فَلَا يَحِلُّ لِكَافِرٍ يَجِدُ رِيحَ نَفَسِهِ إِلَّا مَاتَ، وَنَفَسُهُ يَنْتَهِي حَيْثُ يَنْتَهِي طَرْفُهُ، فَيَطْلُبُهُ حَتَّى يُدْرِكَهُ بِبَابِ لُدٍّ، فَيَقْتُلُهُ…»
Maksudnya: “Ketika Dajjal berada dalam keadaan demikian, Allah mengutus al-Masih Isa bin Maryam. Maka Baginda turun di menara putih di sebelah timur Damsyik, dalam keadaan memakai dua helai pakaian yang dicelup warna kekuningan, sambil meletakkan kedua tangannya di atas sayap dua malaikat. Apabila Baginda menundukkan kepalanya, akan menitis daripadanya air; dan apabila Baginda mengangkatnya, akan mengalir daripadanya butiran seperti mutiara. Tidak ada seorang kafir pun yang mencium bau nafasnya melainkan dia akan mati, dan nafasnya itu sejauh mana pandangan matanya sampai. Kemudian Baginda akan mengejar Dajjal sehingga berjaya menangkapnya di pintu gerbang Ludd, lalu Baginda membunuhnya…”
- Adapun kesan al-Masih ad-Dajjal terhadap aktiviti kita apabila dia muncul pada akhir zaman, maka hal itu tidak memberi kesan kepada orang mukmin. Ini kerana:
– Kedustaannya jelas bagi setiap orang yang mempunyai mata dan penglihatan. Dakwaannya bahawa dia adalah tuhan merupakan dakwaan yang batil, dan tidak ada seorang pun yang berakal akan membenarkannya. Dia hanyalah seorang manusia yang terbatas jasadnya, memiliki kekurangan, bahkan sangat banyak kekurangan. Dia buta. Maka dengan itu dia adalah makhluk. Perkara ini jelas bagi setiap orang yang berakal.
– Dakwaannya bahawa dia adalah al-Masih Isa bin Maryam juga merupakan dakwaan yang batil. Ini kerana dia buta dan tidak datang dengan sifat-sifat Isa bin Maryam. Nabi Isa AS mempunyai rupa yang sempurna dan ciptaan yang elok.
Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam Sahih-nya daripada Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
«أُرَانِي اللَّيْلَةَ عِنْدَ الكَعْبَةِ، فَرَأَيْتُ رَجُلاً آدَمَ، كَأَحْسَنِ مَا أَنْتَ رَاءٍ مِنْ أُدْمِ الرِّجَالِ، لَهُ لِمَّةٌ كَأَحْسَنِ مَا أَنْتَ رَاءٍ مِنَ اللِّمَمِ قَدْ رَجَّلَهَا، فَهِيَ تَقْطُرُ مَاءً، مُتَّكِئاً عَلَى رَجُلَيْنِ، أَوْ عَلَى عَوَاتِقِ رَجُلَيْنِ، يَطُوفُ بِالْبَيْتِ، فَسَأَلْتُ: مَنْ هَذَا؟ فَقِيلَ: المَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ.. وَإِذَا أَنَا بِرَجُلٍ جَعْدٍ قَطَطٍ، أَعْوَرِ العَيْنِ اليُمْنَى، كَأَنَّهَا عِنَبَةٌ طَافِيَةٌ، فَسَأَلْتُ: مَنْ هَذَا؟ فَقِيلَ: المَسِيحُ الدَّجَّالُ»
Maksudnya: “Pada suatu malam aku melihat diriku di sisi Kaabah. Lalu aku melihat seorang lelaki berkulit sawo matang, antara lelaki berkulit sawo matang yang paling tampan yang pernah kamu lihat. Rambutnya separas telinga, antara rambut yang paling indah yang pernah kamu lihat. Dia telah menyisir rambutnya, dan rambutnya menitiskan air. Dia bersandar kepada dua orang atau di atas bahu dua orang, sedang bertawaf mengelilingi Baitullah. Lalu aku bertanya: ‘Siapakah ini?’ Maka dikatakan: ‘Al-Masih bin Maryam.’ Kemudian aku melihat seorang lelaki yang rambutnya kerinting dan kusut, buta mata kanannya seolah-olah seperti buah anggur yang timbul. Lalu aku bertanya: ‘Siapakah ini?’ Maka dikatakan: ‘Al-Masih ad-Dajjal.’”
– Demikian juga, pada Dajjal itu tertulis di antara kedua matanya perkataan “kāfirun”. Dan sebagaimana disebut dalam hadis, tulisan itu dapat dibaca oleh orang mukmin sama ada yang buta huruf (tidak tahu membaca dan menulis) mahupun yang berpelajaran.
Oleh itu, dia sendiri membawa tanda-tanda yang mendorong kepada pengingkarannya. Rasulullah SAW telah memberitahu kita dalam hadis-hadis Baginda tentang Dajjal dan bahawa Dajjal tidak akan memberi kesan kepada orang-orang beriman. Baginda telah menjelaskan kepada kita hakikat dan realitinya, serta bahawa dia merupakan satu fitnah dan ujian, dan orang-orang beriman akan terselamat daripadanya dengan izin Allah SWT.
Inilah pendapat yang saya rajihkan (kuatkan), dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Dan tidak perlu untuk memperluaskan perbahasan tentang Dajjal melebihi daripada ini. Sesungguhnya apa yang telah kami sebutkan sudah memadai, dengan izin Allah.
Saudaramu
Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah
18 Sya’ban 1447 H
06 Februari 2026 M
https://hizb-ut-tahrir.info/ar/index.php/ameer-hizb/ameer-cmo-site/107512.html
https://www.facebook.com/AtaAboAlrashtah/posts/122121644175129051
#HadisAkhirZaman #YakjujMakjuj #AkhirZaman #Dajjal #Almahdi #PeristiwaAkhirZaman