Hadis-Hadis yang di Dalamnya Disebutkan ar-Râyah dan al-Liwâ`
Soalan:
Berapa banyak hadis yang membicarakan tentang Rayah Rasulullah SAW? Dan sejauh mana kesahihannya?
Dan setelah izin anda, jika diriwayatkan, riwayat apakah disebutkan kesahihan sanad.
Jawapan:
Mengenai al-Liwâ` dan ar-Râyah dan yang tertulis padanya, telah dinyatakan dalam buku kami khususnya buku al-Ajhizah hal. 200 seperti berikut:
“Negara mempunyai liwâ` dan râyah. Hal itu diistinbat daripada apa yang ada pada Daulah Islamiyah pertama yang didirikan oleh Rasulullah SAW di al-Madinah al-munawarah. Ia adalah seperti berikut:
- al-Liwâ` dan ar-Râyah dari segi bahasa, masing-masing merujuk kepada bendera (اَلْعَلَمُ). Dinyatakan dalam al-Qâmûs a-Muhîth pada topik رَوِيَ : “dan اَلرَّايَةُ adalah bendera (اَلْعَلَمُ), bentuk jamaknya رَايَاتٌ. Dan dalam topik لَوِيَ : “dan اَللِّوَاءُ adalah bendera (اَلْعَلَمُ) dan bentuk jamaknya أَلْوِيَةٌ.
Kemudian syarak memberikan setiap satunya, dari sisi penggunaan, makna syarie seperti berikut:
– al-Liwâ`, berwarna putih, dengan tertulis kalimah لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ dengan tulisan berwarna hitam. Ia diberikan kepada amir pasukan atau panglima/komandan pasukan. Ia menjadi tanda posisinya, dan dibawa bersama posisi ini ke mana sahaja. Dalil diikatkannya al-liwâ` untuk amir pasukan:
«أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ دَخَلَ مَكَّةَ يَوْمَ الْفَتْحِ وَلِوَاؤُهُ أَبْيَضُ» رواه ابن ماجه من طريق جابر
“Nabi SAW masuk ke Mekah pada hari penaklukan dan liwâ` beliau berwarna putih” (HR Ibnu Majah dari jalur Jabir).
Dan daripada Anas dalam riwayat an-Nasai:
«أَنَّهُ ﷺ حِينَ أَمَّرَ أُسَامَةَ بْنَ زَيْدٍ عَلَى الْجَيْشِ لِيَغْزُوَ الرُّومَ عَقَدَ لِوَاءَهُ بِيَدِهِ»
“Bahawa Rasulullah SAW ketika melantik Usamah bin Zaid sebagai amir pasukan untuk memerangi Rom, baginda mengikatkan liwâ` baginda dengan tangan baginda”.
– Dan ar-râyah berwarna hitam, tertulis kalimah لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ dengan tulisan berwarna putih. Dan ar-râyah ada bersama para komandan unit-unit pasukan (briged, detasemen dan unit-unit pasukan lain). Dalilnya adalah bahawa Rasulullah SAW yang menjadi panglima pasukan di Khaibar, baginda bersabda:
«لَأُعْطِيَنَّ الرَّايَةَ غَداً رَجُلاً يُحِبُّ اللهَ وَرَسُولَهُ، وَيُحِبَّهُ اللهُ وَرَسُولُهُ، فَأْعْطَاهَا عَلِيّاً» متفق عليه
“Sesungguhnya, esok aku akan berikan ar-râyah kepada seorang lelaki yang mencintai Allah dan Rasul-Nya dan dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya”, lalu baginda memberikannya kepada Ali” (Muttafaqun ‘alayh).
Pada masa itu, Ali karamahullâh wajhah dianggap sebagai komandan unit atau briged di dalam tentera. Demikian juga dalam hadis al-Harits bin Hisan al-Bakriy, dia berkata:
«قَدِمْنَا الْمَدِينَةَ فَإِذَا رَسُولُ اللهِ ﷺ عَلَى الْمِنْبَرِ، وَبِلَالٌ قَائِمٌ بَيْنَ يَدَيْهِ، مُتَقَلِّدٌ السَّيْفَ بَيْنَ يَدَيِ الرَّسُولِ ﷺ، وَإِذَا رَايَاتٌ سُودٌ، فَسَأَلْتُ: مَا هَذِهِ الرَّايَاتُ؟ فَقَالُوا: عَمْرُو بْنُ الْعَاصِ قَدِمَ مِنْ غَزَاةٍ»
“Kami datang ke Madinah dan Rasulullah SAW di atas mimbar, dan Bilal berdiri di hadapan beliau, memegang pedang di hadapan Rasulullah SAW, dan ada râyah-râyah hitam, maka aku bertanya: “Apakah râyah-râyah ini?” Mereka mengatakan: “Amru bin al-‘Ash datang dari peperangan”.
Makna «فَإِذَا رَايَاتٌ سُودٌ» ialah terdapat banyak râyah bersama pasukan tersebut dan pada masa itu di mana amirnya hanyalah seorang iaitu Amru bin al-‘Ash. Dan ini bermakna bahawa ar-râyah-ar-râyah itu juga ada bersama dengan komandan briged dan unit …”.
- Sebagai tambahan kepada yang telah disebutkan, hadis yang diriwayatkan oleh ath-Thabarani di Mu’jam al-Awsath (1/223):
“224- Ahmad bin Risydin telah menceritakan kepada kami, dia berkata: “Abdul Ghafar bin Dawud Abu Shalih al-Harani telah menceritakan kepada kami, dia berkata: “Hayan bin Ubaidillah telah menceritakan kepada kami, dia berkata: “Abu Mujliz Lahiq bin Humaid telah menceritakan dari Ibnu Abbas, dia berkata:
«كَانَتْ رَايَةُ رَسُولِ اللهِ ﷺ سَوْدَاءَ وَلِوَاؤُهُ أَبْيَضُ، مَكْتُوبٌ عَلَيْهِ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ»
“Râyah Rasulullah SAW berwarna hitam dan liwâ` baginda berwarna putih, tertulis padanya لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ”.
Hadis ini tidak diriwayatkan dari Ibnu Abbas kecuali dengan sanad ini. Hayan bin Ubaidillah bersendirian dengannya… Hayan disebutkan oleh Ibnu Hibban dalam ats-Tsiqât 6/230. Abu Hatim berkata tentangnya di al-Jarhu wa at-Ta’dîl (3/246): dia jujur (shadûq)”.
Di atas semua itu, masalah al-Liwâ` dan ar-Râyah sudah diketahui umum. Dan ar-Râyah menaungi umat Islam pada masa Islam dan tidak memerlukan penjelasan tambahan.
Saya harap ini mencukupi, wallâh a’lam wa ahkam.
Saudaramu,
Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah.
28 Syaaban 1447 H/ 16 Februari 2026 M
Sumber:
https://hizb-ut-tahrir.info/ar/index.php/ameer-hizb/ameer-cmo-site/107682.html
#PanjiIslam #BenderaIslam #Khilafah #AlLiwa #ArRoyah
#panjirasulullah #benderarasulullah