Jenis-Jenis Nilai (Qîmah)
Soalan:
Berkenaan nilai-nilai yang direalisasikan oleh Hizbut Tahrir dalam meneruskan kehidupan Islam, adakah melanjutkan kehidupan Islam merealisasikan qîmah insâniyah (nilai-nilai kemanusiaan) kerana kewujudannya sebagai aktiviti yang menyelamatkan manusia apabila ia direalisasikan, atau adakah ia merealisasikan qîmah rûhiyah (nilai-nilai ruhiyah) kerana keberadaan melanjutkan kehidupan Islam berdiri di atas prinsip tasyri’i (bukan asas bersifat gharîzah) yang berkaitan dengan hukum Islam dan kewajipan untuk berbaiat kepada Khalifah, dsb.? Juga, adakah nilai ruhiyah hanya berkaitan dengan ibadah, bukan yang lain?
Jawapan:
Sebelum menjawab persoalan mesti dijelaskan terlebih dahulu dua perkara yang berkaitan dengan nilai.
Pertama: Nilai adalah maksud (tujuan) dari perbuatan dan bukan hasil yang terealisasi daripada pelaksanaan perbuatan. Adakalanya nilai perbuatan itu bersifat ruhiyah, tetapi hasilnya boleh divisual atau tidak tervisual. Contohnya, anda berjihad. Tujuan anda berjihad adalah nilai ruhiyah. Namun, hasil jihad adalah tervisual seperti penaklukan suatu negeri atau benteng. Contoh lain, anda berdoa. Tujuan anda berdoa adalah meraih nilai ruhiyah. Namun, hasilnya tidak tervisual jika doa dalam keadaan itu bukan termasuk tharîqah, melainkan tharîqah syarienya adalah selain doa. Jadi hasilnya adalah ketika pahala dari Allah SWT diraih. Dinyatakan di dalam Mafâhîm Hizb ut-Tahrîr:
Contohnya, doa merupakan perbuatan yang merealisasi nilai ruhiyah. Jihad merupakan aktiviti fizikal yang merealisasi nilai ruhiyah. Namun, meski pun merupakan perbuatan fizikal, doa merealisasikan hasil yang tidak tervisual, iaitu pahala; walaupun tujuan orang yang berdoa adalah meraih nilai ruhiyah. Ini berbeza dengan jihad. Jihad memerangi musuh merupakan aktiviti fizikal yang merealisasikan hasil yang dapat divisual, iaitu: penaklukan benteng atau kota, atau musuh yang terbunuh dsb, walau tujuan mujahid adalah meraih nilai ruhiyah.
Adapun doa dalam keadaan yang lain, yang “tidak memiliki tharîqah syar’iyahnya” maka doa mungkin merealisasi hasil yang tervisual. Di dalam Soal-Jawab tarikh 25/10/2014 dinyatakan:
Di dalam Kitab Mafâhîm tentang doa, tidak dinyatakan sedikit pun pada keadaan yang lain. Akan tetapi keadaan lain itu terangkum oleh hadis yang bersifat umum yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnad-nya: dari Abu al-Mutawakkil dari Abu Sa’id bahawa Nabi SAW bersabda:
«مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ، وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ، إِلَّا أَعْطَاهُ اللهُ بِهَا إِحْدَى ثَلَاثٍ: إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ، وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ، وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا» قَالُوا: إِذًا نُكْثِرُ، قَالَ: «اللهُ أَكْثَرُ»
“Tidaklah seorang Muslim berdoa dengan doa yang di dalamnya tidak ada dosa, tidak ada pemutusan silaturahmi, kecuali Allah memberi dia dengan doanya itu salah satu dari tiga perkara: disegerakan untuk dia (pengabulan) doanya; atau disimpan (sebagai pahala) untuk dia di akhirat; atau dialihkan dari dia keburukan yang seumpamanya.” Mereka (para Sahabat) berkata, “Kalau begitu kami perbanyakkan (doanya).” Rasul SAW bersabda, “Allah lebih banyak lagi (balasannya).”
Allah SWT menjawab orang yang berdoa kepadaNya dengan satu dari tiga kemungkinan. Di antaranya: “disegerakan untuk dia (pengabulan) doanya”. Ini adalah hasil yang tervisual.
Kedua: Topik nilai adalah berkaitan dengan tujuan individu, iaitu bahawa itu bersifat individu. Di dalam Kitab Mafâhîm Hizb at-Tahrîr dinyatakan bahawa hubungan nilai dengan maksud individu (manusia dengan makna perseorangan atau orang yang melakukan perbuatan). Dinyatakan di halaman 30-34 file word:
Adapun berkaitan dengan tujuan dari perbuatan , maka setiap orang yang melakukan perbuatan mesti memiliki tujuan yang dengan sebab itu dia melakukan perbuatan tersebut. Tujuan ini adalah nilai perbuatan. Oleh itu, menjadi kenescayaan bahawa setiap perbuatan memiliki nilai yang diperhatikan untuk diraih atau direalisasikan ketika seseorang melakukan perbuatan. Jika tidak, maka perbuatan itu menjadi sia-sia sahaja.
Seorang Muslim mesti mengerahkan segenap dayanya untuk merealisasi nilai yang ingin diperoleh dari setiap perbuatan yang dia lakukan ketika dia melakukan perbuatan tersebut. Dengan itu dia menyumbang dalam kemakmuran dan ketinggian masyarakat. Pada waktu yang sama, dia juga menjamin kemakmuran dan ketenteraman dirinya sendiri.
Oleh kerana itu merupakan kesalahan menyerahkan kepada manusia penentuan nilai-nilai ini. Penentuan nilai itu mesti datang dari Sang Pencipta manusia, iaitu Allah SWT. Mesti syariahlah yang menentukan untuk manusia nilai-nilai ini dan menentukan waktu pelaksanaannya. Sesuai dengan itulah manusia mengambil nilai-nilai tersebut.
Dengan demikian, di dalam masyarakat terealisasi nilai-nilai dengan kadar yang mereka perlukan sebagai sebuah masyarakat tertentu. Masyarakat ini pun diselaraskan dengan batas-batasnya. Berdasarkan asas ini mesti dilakukan usaha merealisasi nilai untuk mewujudkan masyarakat yang islami sesuai dengan pandangan hidup Islam.
Ini bererti bahawa nilai perbuatan adalah tujuan yang dengan sebab itu seseorang melakukan perbuatannya. Jadi nilai adalah tujuan daripada perbuatan, yang memiliki tujuan daripada perbuatan adalah manusia, iaitu individu secara perseorangan seperti Muhammad, Zainab, Fatimah, Khalid, dll. Individu secara perseorangan itu, ketika melakukan suatu perbuatan, bertujuan merealisasi nilai tertentu dari perbuatannya. Jika Muhammad melakukan perbuatan perniagaan, maka dia bertujuan merealisasi nilai keuntungan material. Itu merupakan nilai material (qîmah mâdiyah). Jika Zainab melakukan solat, maka dia bertujuan merealisasi nilai tertentu, iaitu nilai ruhiyah (qîmah rûhiyah). Jika Fatimah jujur , maka dia bertujuan merealisasi nilai akhlak atau moral (qîmah akhlaqiyah). Jika Khalid menolong orang yang kesusahan, maka dia bertujuan merealisasi nilai kemanusiaan (qîmah insâniyah). Begitulah seterusnya. Jadi nilai adalah tujuan individu secara perseorangan daripada pelaksanaannya atas suatu perbuatan. Ertinya, yang melakukan perbuatan dengan tujuan merealisasi nilai adalah manusia “individu”.
Di sini kelihatan jelas dan menonjol bahawa tugas Hizb dalam mentertib nilai-nilai ini kepada para syababnya, baik itu nilai ruhiyah, moral, kemanusiaan atau material. Keberadaan nilai-nilai itu sesuai dengan hukum-hukum syariah. Hizb menggunakan cara-cara (uslûb) yang diperlukan dalam mentertib nilai-nilai tersebut berupa arahan atau penjelasan sesuai dengan hukum-hukum syariah. Jika arahan dan penjelasan tidak berguna dalam mentertibkan nilai-nilai kepada syabab dan diperlukan peradilan pengurusan, maka Hizb melakukan itu. Hal itu demi menjamin pelaksanaan terhadap nilai-nilai ini oleh syabab, sesuai dengan perintah dan larangan Allah SWT.
Demikian juga kelihatan jelas dan menonjol tugas negara mentertib nilai-nilai ini sesuai dengan hukum-hukum syariah. Menjadi kemestian bagi seorang Muslim sebagai individu (sebagai perseorangan atau pelaku perbuatan) untuk merealisasikan nilai-nilai ini sesuai dengan perintah dan larangan Allah SWT. Hal ini sudah tentu berlaku terhadap semua jenis nilai; baik ruhiyah, akhlak, kemanusiaan mahupun material.
Inilah tugas dan peranan negara dalam mentertib pelaksanaan individu merealisasi nilai-nilai sesuai dengan hukum-hukum syariah; sama ada itu nilai ruhiyah, moral, kemanusiaan atau material. Negara menggunakan cara-cara yang diperlukan dalam mentertib nilai-nilai ini di tengah-tengah masyarakat berupa arahan atau penjelasan sesuai dengan hukum-hukum syariah.
Jika arahan dan penjelasan tidak berguna untuk memuhasabah penyimpangan syar’iyyah dalam pelaksanaan individu untuk nilai-nilai ini dan diperlukan hukuman, maka negara akan menerapkan hukuman tersebut. Hal itu untuk menjamin pelaksanaan individu terhadap nilai-nilai ini sesuai perintah dan larangan Allah SWT.
Kedua: Sekarang jawapan pertanyaan di atas. Seorang pengembang dakwah yang berjuang untuk melanjutkan kehidupan Islami dengan tegaknya Khilafah ar-Rasyidah memberikan tujuan di dalam perbuatannya ini bahawa dia sedang merealisasi nilai ruhiyah untuk mendapatkan redha Allah SWT dan Rasul SAW. Hasil dari perbuatannya dapat divisual seperti kemuliaan, kemenangan, peneguhan kekuasaan, penaklukan dan tersebarnya kebaikan kerana adanya Khilafah. Allah SWT berfirman:
وَأُخۡرَىٰ تُحِبُّونَهَاۖ نَصۡرٞ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتۡحٞ قَرِيبٞۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ١٣
”(Ada lagi) kurnia yang lain yang kalian sukai, (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Sampaikanlah berita gembira kepada kaum Mukmin”. [TMQ as-Saff (61): 13].
Tujuan merealisasi nilai adalah perkara individual, iaitu berkaitan dengan individu. Fulan bermaksud merealisasi nilai ruhiyah, atau nilai moral, atau nilai kemanusiaan, atau nilai material. Jadi itu merupakan maksud individual. Adapun Hizb maka di antara aktivitinya adalah mentertibkan para syababnya agar perbuatan mereka tidak sia-sia; agar mereka berbuat untuk merealisasi nilai-nilai ini sesuai dengan hukum-hukum syariah. Di antara aktiviti negara juga adalah mentertibkan perealisasian nilai-nilai ini oleh individu di dalam masyarakat sesuai dengan hukum-hukum syariah.
Semoga di dalam jawapan ini ada kesempurnaan. Wallâhu a’lam wa ahkam.
[Dipetik dari Soal-Jawab Syeikh Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah pada 06 Rabiul Akhir 1444 H – 31 Oktober 2022 M]
Sumber:
https://www. hizb-ut-tahrir.info/ar/index.php/ameer-hizb/ameer-cmo-site/85145.html
https://www.facebook.com/HT.AtaabuAlrashtah/posts/669281881425851
#Fikih #Qimah #QimahInsaniyah #QimahRuhiyah #QimahMadiyah #NilaiPerbuatanManusia