[Soal Jawab] Syarat-Syarat Pemikiran Kepartian: “Kristalisasi, Kemurnian, dan Kejelasan”
Soalan:
Saudaraku yang dimuliakan, Assalamu‘alaikum wa rahmatullah wa barakatuhu.
Di halaman 4 buku “at-Takatul al-Hizbiy” baris kelapan dari atas, tertulis: “Yang pertama – bahawa parti berdiri atas dasar pemikiran yang umum dan tidak terdefinisi, hingga ia merupakan pemikiran yang kabur, atau hampir kabur, di samping bahawa itu kehilangan kristalisasi (at-tabalwur), kemurnian (an-niqâ`), dan kejernihan (ash-shafâ`)”, selesai.
Saya ingin dapatkan penjelasan lebih lanjut seputar makna kata-kata berikut: “kristalisasi (at-tabalwur), kemurnian (an-niqâ`), dan kejernihan (ash-shafâ`)”? Apa maksudnya? Jika boleh disertai dengan beberapa contoh untuk memperjelaskannya.
Semoga Allah memberikan taufik-Nya kepada apa yang Dia redhai.
Saudaramu, Jumah Alsaad.
Jawapan:
Wa’alaikumussalam wa rahmatullah wa barakatuhu.
Apa yang disebutkan dalam buku at-Takatul al-Hizbiy berupa pernyataan: “di samping bahawa itu kehilangan kristalisasi, kemurnian, dan kejernihan” terinspirasi daripada keadaan benda. Benda itu awalnya berupa gas, menjadi cair, kemudian menjadi padat ketika bahagian-bahagiannya mula mengkristal… Dan ketika kristalisasi terjadi, bahagian-bahagian benda tersebut terbentuk dan mengkristal dengan bentuk spesifik dan khas. Di antara kristal yang paling jernih adalah kristal berlian, di mana tampak dengan jelas kristal tersebut memiliki bentuk spesifik dan khas.
Ketika kristalisasi, diperhatikan tiga hal:
- Kristal tersebut memiliki bentuk tertentu, sehingga dapat dibezakan daripada yang lain. Mengenai pemikiran, yang dimaksud dengan kristalisasi pemikiran adalah penjelasan dan penetapan ciri-cirinya (tawdhîhu ma’âlimihi wa tahdîduhâ), sehingga pemikiran yang diinginkan memiliki bentuk yang jelas yang memisahkan dan membezakannya daripada yang lain, sehingga tidak sekadar seruan sentimental perasaan yang samar. Misalnya, penjelasan bahawa kebangkitan adalah ketinggian secara pemikiran/ketinggian intelektual (al-irtifâ’u al-fikriy) adalah kristalisasi untuk pemikiran kebangkitan, yang di dalam benak banyak orang memiliki penerangan/potret yang cair dan tidak terdefinisi ciri-cirinya (ghayru muhaddadah al-ma’âlim). Contohnya, definisi akal, akal ialah penghantaran hasil penginderaan fakta ke otak, dan maklumat awal mengenainya yang melaluinya fakta ditafsirkan, ini merupakan kristalisasi makna akal yang cair dalam penerangan (imaginasi) ramai orang…
Semisal itu, kristalisasi makna masyarakat, ruh, baik dan buruk (al-khayru wa asy-syarru), dan semua hal yang disebutkan, misalnya, dalam buku “Mafâhîm Hizbi at-Tahrîr -Konsepsi-Konsepsi Hizbut Tahrir-“ … Semua itu merupakan contoh bagi kristalisasi pemikiran dan penetapan batasan-batasan tertentu yang jelas untuk pemikiran tersebut yang membezakannya daripada pemikiran-pemikiran yang lain. Katakan hal yang sama juga pada beberapa definisi yang ditetapkan. Tujuannya adalah untuk mengkristalkan pemikiran yang telah didefinisikan sedemikian rupa sehingga ia dapat membezakannya daripada yang lain. Oleh kerana itu, dikatakan tentang definisi yang benar bahawa definisi itu bersifat komprehensif (jâmi’un) dan eksklusif (mâni’un), yakni menghimpun semua individu/unit yang didefinisikan dan mencegah masuknya apa yang tidak termasuk individu-individunya yang ada dalam cakupan definisi tersebut. Dan dengan itu, definisi tersebut menjelaskan ciri-cirinya.
- Kemungkinan adanya ketidakmurnian (kotoran) dalam pengkristalan tersebut yang bukan daripada jenisnya, seperti ketidakmurnian (kotoran) yang kadang-kadang ada dalam kristal berlian. Jadi kadang kala ada pengkristalan (kristalisasi) dalam sebuah pemikiran, tetapi di dalamnya masuk bahagian-bahagian yang bukan daripadanya. Hal itu seperti bercampurnya hal-hal dengan pemikiran Islami yang bukan bahagian daripadanya. Seperti masuknya pemikiran-pemikiran falsafiyah di kalangan Muslim, seperti yang terjadi dalam sejarah Islam berupa keterpengaruhan dengan falsafah Timur dan falsafah Yunani… atau masuknya pemikiran-pemikiran Barat seperti kebebasan dengan konsepsi Barat, demokrasi dan hak asasi manusia, atau menerapkan konsepsi republik dan pertukaran kekuasaan, atau mengatakan sosialisme Islam… dll, di antara pemikiran-pemikiran yang bukan bahagian atau berasal dari Islam tetapi telah dikaitkan dengan Islam. Berbagai ketidakmurnian (kotoran) ini menyebabkan pemikiran tersebut menjadi tidak murni.
- Masuknya kekaburan dan ketidakjelasan ke dalam pengkristalan (kristalisasi) tersebut menyebabkan penglihatan melaluinya menjadi tidak jelas, sehingga di dalamnya tidak ada ketelusan. Hal ini terjadi pada suatu pemikiran apabila berlaku pemutusan antara sumber murni idea tersebut dan hukum-hukumnya. Pemikiran Islami misalnya, dibangun atas dasar akidah Islamiyah, dan hukum-hukumnya terpancar dari akidah ini. Agar tidak berlaku kekeliruan atau kekaburan dalam pemikiran Islam dan hukum-hukumnya, maka perlu ada kemurnian (kejelasan) hubungan antara pemikiran dan hukum Islam dengan sumbernya. Ertinya, perlu ada kesinambungan hubungan antara pemikiran dan hukum dengan akidah, sehingga pemikiran dibangun atas dasar akidah dan hukum-hukum terpancar darinya… Jika hal itu tidak terjadi maka kekaburan akan masuk menyelusup ke dalam pemikiran tersebut… Hal ini tampak jelas di era ini, di mana kaum Muslim, misalnya, tidak merasakan salah untuk mengambil dan bertransaksi dengan riba sesuai fatwa-fatwa yang jauh daripada istidlal yang sahih. Mereka tidak merasa jijik dengan perpecahan mereka menjadi banyak negara dan tanah air, bertentangan dengan apa yang dituntut oleh syarak. Mereka menganggap wajar untuk berurusan dengan orang asing dan menjadikan mereka sebagai ikutan dalam pemikiran, perundangan, dan tingkah lakunya. Dan berbagai kemungkaran telah menjadi tersebar luas tanpa adanya pengingkaran yang hakiki terhadapnya… Begitulah, pemikiran Islam menjadi kacau di dalam benak banyak orang akibat tidak adanya hubungannya atau pengaitannya secara berkesinambungan dengan akidah Islamiyah dan tidak adanya kepastian (jaminan) bahawa hukum yang diambil diistinbath dengan pengistinbathan syarie yang sahih daripada dalil-dalil syarak.
Saudaramu Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah
26 Muharram 1447 H
11 Julai 2026
https://hizb-ut-tahrir.info/ar/index.php/ameer-hizb/ameer-cmo-site/110434.html
#pemikiranparti #KejernihanPemikiran #MafahimHT