[Soal Jawab] Definisi an-Nafsu Secara Bahasa dan Istilah Serta Makna Kewafatannya Semasa Tidur
Soalan:
Kepada Syeikh yang terhormat: Syeikh Atha` bin Khalil Abu ar-Rasytah, Amir Hizbut Tahrir, semoga Allah melindunginya.
Assalâmu‘alaikum wa rahmatullâh wa barakâtuhu.
Syeikh kami yang terhormat, ustaz kami, pemimpin kami, dan amir kami. Semoga dimuliakan oleh Allah, kami memohon kepada Allah SWT agar anda dan keluarga anda yang mulia sentiasa dalam keadaan sihat walafiyat, keberkahan dan berada di bawah perlindungan dan pemeliharaan Allah SWT, amin.
Saya ingin bertanyakan tentang satu perkara.
Saya menemukan dalam buku-buku al-‘alim al-‘allamah Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani rahimahullâh penggunaan istilah: اَلْعَقْلُ (akal) dan اَلْعَقْلِيَّةُ (pola fikir) terutamanya dalam pembahasan keperibadian Islami. Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani mendefinisikan kedua istilah tersebut dengan jelas, bahkan beliau mendefinisikan akal terlebih dahulu sebelum mendefinisikan ‘aqliyyah (pola fikir).
Namun, saya tidak menemukan di dalam buku-buku Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani, khususnya dalam pembahasan tentang keperibadian Islami, definisi اَلنَّقْسُ, melainkan saya temukan beliau mendefinisikan اَلنَّفْسِيَّةُ –nafsiyyah- secara langsung.
Soalan saya adalah: Apakah definisi اَلنَّفْسُ –nafs- menurut Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani, jika memang ada? Atau apakah definisi اَلنَّفْسُ –nafs- dan hakikatnya menurut pandangan anda yang terhormat? Dan adakah benar اَلنَّفْسُ difahami sebagai ath-thâqah al-hayawiyyah?
Saya mohon maaf, saya ada soalan yang lain:
Allah SWT menyebutkan dalam al-Quran bahawa Dia mewafatkan al-anfusu semasa tidur. Apakah yang dimaksudkan dengan kewafatan an-nafsu semasa tidur? Adakah makna hal itu bahawa an-nafsu itu mencakup potensi akal (thâqah al-‘aql), keperluan biologi (al-hâjah al-‘udhwiyyah), dan naluri yang terhenti atau “mati” semasa tidur?
Semoga Allah membalas anda dengan kebaikan atas jawapan anda, dan kami memohon kepada Allah SWT agar membalas semua amal soleh anda dengan balasan sebaik-baiknya di dunia dan akhirat. Amin, yâ rabb al-‘âlamîn.
Wassalâmu ‘alaykum wa rahmatullâh wa barakâtuhu.
- Muhammad Arif Billah
Jawapan:
Wa’alaikumussalâm wa rahmatullâh wa barakâtuhu.
Pertama: Benar, tidak ada definisi spesifik tentang an-nafsu dalam buku-buku kita kerana ia adalah lafaz musytarak, dan maknanya berbeza-beza sesuai dengan indikasi (qarînah) yang menyertai penggunaannya. Adapun an-nafsiyyah, itu merupakan istilah yang dijelaskan untuknya makna yang menyertainya dalam penggunaan.
Bagi memperjelas hal ini terkait istilah al-musytarak, telah disebutkan di dalam asy-Syakhshiyyah al-Islâmiyyah juz 3, halaman 164 -file word-, bab al-isytirâk:
[Al-isytirâk adalah keberadaan lafaz ditetapkan untuk dua makna yang berbeza secara penetapan asas (asal bahasa), yang mana keduanya begitu. Al-musytarak adalah lafaz yang ditetapkan untuk masing-masing daripada dua makna atau lebih. Seperti lafaz اَلْعَيْنُ untuk mata, mata air, dan emas. Dan seperti lafaz اَلرُّوْحُ untuk nyawa, untuk kesedaran hubungan dengan Allah, dan untuk Jibril. Dan lafaz-lafaz al-musytarak lainnya… Al-Musytarak ada dalam bahasa Arab. Abu al-Hasan al-Bashri berkata: “Para ahli bahasa telah menggunakan lafaz اَلْقُرْءُ untuk makna suci dan haidh, yang keduanya berlawanan, sehingga hal itu menunjukkan keberadaan isim al-musytarak dalam bahasa”. Hal ini terjadi di dalam al-Quran, seperti dalam firman Allah SWT:
﴿ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ﴾
“Tiga kali al-qur`u”
Dan ayat:
﴿وَاللَّيْلِ إِذَا عَسْعَسَ﴾
“Dan demi malam ketika datang dan pergi”
Yakni bererti datang dan pergi. Jadi lafaz tersebut musytarak (homonim) antara datang dan perginya malam. Ini menunjukkan bahawa al-musytarak (homonim) ada dalam bahasa Arab.
Oleh kerana itu, penentuan makna suatu lafaz al-musytarak dan pengkhususannya dengan salah satu makna-maknanya memerlukan indikasi (qarînah), sehingga perlu ada indikasi (qarînah) yang menjelaskan makna yang dimaksud..].
Jadi indikasi (qarînah) sangat penting dalam menentukan salah satu makna daripada lafaz al-musytarak. Begitu juga mengenai lafaz an-nafsu, lafaz ini disebutkan dengan memiliki beberapa makna sesuai indikasi. Di antara makna-makna ini:
Pertama: Hadis Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda:
«أَلَمْ تَرَوْا الْإِنْسَانَ إِذَا مَاتَ شَخَصَ بَصَرُهُ؟ قَالُوا: بَلَى، قَالَ: فَذَلِكَ حِينَ يَتْبَعُ بَصَرُهُ نَفْسَهُ»
“Tidakkah kamu perhatikan bahawa ketika seseorang meninggal, matanya terbuka?” Mereka menjawab: “Ya”. Baginda bersabda: “Hal itu saat penglihatannya mengikuti nafs-nya (ruhnya)”.
Dalam hadis ini, penglihatan mengikuti an-nafs. Kata an-nafs di sini memerlukan indikasi untuk menjelaskan maknanya. Dan indikasi tersebut disebutkan di dalam hadis Ummu Salamah RA, dia berkata: “Rasulullah SAW masuk menemui Abu Salamah dan matanya terbuka, lalu baginda menutupnya, kemudian baginda bersabda:
«إِنَّ الرُّوحَ إِذَا قُبِضَ تَبِعَهُ الْبَصَرُ»
“Sesungguhnya nyawa (ar-rûh) ketika diambil, diikuti oleh penglihatan”.
Dalam hadis ini, penglihatan mengikuti ar-rûh (nyawa). Dan kedua hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim… Ini bererti bahawa an-nafsu yang diikuti oleh penglihatan saat kematian adalah ar-rûh (nyawa), sebagaimana disebutkan dalam hadis Ummu Salamah, bahawa penglihatan mengikuti ar-rûh (nyawa), ertinya bahawa ar-rûh (nyawa) dan an-nafsu itu maknanya sama.
Kedua: Disebutkan di dalam Lisân al-‘Arab, 6/233, mengenai makna an-nafsu:
[1. Dan kata an-nafsu diungkapkan untuk merujuk pada diri orang keseluruhannya, seperti dalam ucapan mereka, “عِنْدِيْ ثَلَاثَةُ أَنْفُسٍ -Aku mempunyai tiga diri”. Dan seperti dalam firman Allah SWT:
﴿أَنْ تَقُولَ نَفْسٌ يَا حَسْرَتَا عَلَى مَا فَرَّطْتُ فِي جَنْبِ اللَّهِ﴾
“Supaya jangan ada orang yang mengatakan: “Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajipan) terhadap Allah” (TMQ az-Zumar [39]: 56).
An-nafsu adalah darah (اَلدَّمُ)… dan an-nafsu adalah mata (اَلْعَيْنُ), dan النَّافِسُ adalah اَلْعَائِنُ (orang yang dengki), dan اَلْمَنْفُوْسُ adalah اَلْمَعْيُوْنُ (orang yang terkena kedengkian) dan النَّفُوْسُ اَلْعَيُوْنُ adalah orang dengki yang menyasarkan harta orang lain untuk mendapatkannya, dan مَا أَنْفَسَهُ yakni مَا أَشَدَّ عَيْنُهُ (betapa keras kedengkiannya), ini menurut al-Lihyani. Dan dikatakan, “أَصَابَتْ فُلَاناً نَفْسٌ -Si fulan terkena nafsun (kedengkian/pandangan jahat)-“ dan “نَفَسْتُكَ بنَفْسٍ -Aku menimpakan nafsun kepadamu-“ jika “أَصَبْتَهُ بِعَيْنٍ -Anda menimpakan ‘ayn (kedengkian/pandangan jahat) kepadanya-“ …
Dan تَنَافَسْنَا ذَلِكَ الْأَمْرَ وتَنَافَسْنَا فِيْهِ -Kita bersaing untuk hal itu dan kita memperebutkannya- yakni kita saling iri dan berlumba satu sama lain. Di dalam al-Quran:
﴿وَفِي ذَلِكَ فَلْيَتَنَافَسِ الْمُتَنَافِسُونَ﴾
“dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlumba-lumba” (TMQ al-Muthaffifin [83]: 26).
Yakni, dalam yang demikian itu hendaklah orang-orang menginginkannya. Dan di dalam hadis al-Mughirah (disebutkan): سَقِيْمُ النِّفَاسِ yakni persaingan (اَلْمُنَافَسَةُ) dan perebutan (اَلْمُغَالَبَةُ) atas sesuatu telah membuatnya sakit.
Dan dalam hadis:
«…فَوَاللَّهِ لَا الْفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ وَلَكِنْ أَخَشَى عَلَيْكُمْ أَنْ تُبْسَطَ عَلَيْكُمْ الدُّنْيَا كَمَا بُسِطَتْ عَلَى مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ فَتَنَافَسُوهَا كَمَا تَنَافَسُوهَا وَتُهْلِكَكُمْ كَمَا أَهْلَكَتْهُمْ»
“Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku khuatirkan bagi kamu, tetapi aku khuatirkan atas kamu dihamparkan dunia untuk kamu sebagaimana dunia dihamparkan untuk orang-orang sebelum kamu, lalu kamu akan berlumba-lumba memperebutkannya sebagaimana mereka berlumba-lumba memperebutkannya, dan itu akan membinasakan kamu sebagaimana telah membinasakan mereka”.
Itu berasal daripada persaingan, keinginan akan sesuatu, dan eksklusiviti…], selesai dari sudut Lisân al-‘Arab.
Seperti yang anda lihat, makna an-nafsu memerlukan indikasi (qarînah) di dalam teks.. Dan di situ masih ada makna-makna lain untuk an-nafsu dan kata turunannya… dan masing-masing daripadanya memerlukan indikasi (qarînah).
Begitulah, kami tidak menyebutkan makna an-nafsu secara spesifik kerana hal itu (maknanya) sesuai indikasinya (qarînah). Jadi maknanya berbeza-beza sesuai indikasi (qarînah) di dalam teks (nas) itu sendiri atau teks (nas) lain.
Kedua: Adapun pertanyaan anda tentang makna ayat mulia ini:
﴿اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنْفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَى عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الْأُخْرَى إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ﴾
“Allah memegang nyawa (seseorang) pada saat kematiannya dan nyawa (orang) yang belum mati ketika dia tidur; maka Dia menahan nyawa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan nyawa yang lain sehingga sampai pada waktu yang ditentukan. Sesungguhnya demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi kaum yang berfikir” (TMQ az-Zumar [39]: 42).
Saya merajihkan bahawa maknanya adalah bahawa Allah SWT mewafatkan an-nafsu (orang) jika dia mati, dari semua aspek kehidupan. Dan begitu juga, Dia mewafatkan al-anfus (orang-orang) dalam tidur daripada kebebasan bergerak, membezakan (berfikir), dan tindakan … dll.
Bagi penjelasan yang lebih lanjut, saya sebutkan apa yang dinyatakan dalam sebahagian buku tafsir dan sebahagian buku bahasa:
Di dalam Tafsîr al-Qurthubî surat az-Zumar [39]: 42:

Di dalamnya ada empat masalah: Pertama, firman Allah SWT:
﴿اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنْفُسَ حِينَ مَوْتِهَا﴾
“Allah memegang nyawa (seseorang) pada saat kematiannya..”
Yakni Dia memegangnya ketika berakhirnya ajalnya (waktu yang telah ditetapkan baginya).
﴿وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا﴾
“dan (memegang) nyawa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya”.
Ada perbezaan pendapat tentang hal ini. Dikatakan: Dia memegangnya dari melakukan tindakan (tasharruf) sementara rûh-nya (nyawanya) masih tetap berada di dalam tubuh mereka.
﴿فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَى عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الْأُخْرَى﴾
“maka Dia menahan nyawa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan nyawa yang lain”
Iaitu orang yang sedang tidur, jadi Dia melepaskannya untuk melakukan tindakan (tasharruf) hingga waktu kematiannya yang telah ditetapkan. Ibnu Isa berkata … Dan Sa’id bin Jubair berkata: “Allah memegang rûh (nyawa) orang-orang mati ketika mereka mati, dan rûh (nyawa) orang-orang hidup ketika mereka tidur. Kemudian mereka akan saling mengenali satu sama lain sebagaimana yang dikehendaki Allah.

“Dia menahan nyawa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan nyawa yang lain”
Yakni, Dia mengembalikannya… Dan dari Nabi SAW, beliau bersabda:
«كَمَا تَنَامُونَ فَكَذَلِكَ تَمُوتُونَ وَكَمَا تُوقَظُونَ فَكَذَلِكَ تُبْعَثُونَ»
“Sebagaimana kamu tidur, demikian pula kamu akan mati, dan sebagaimana kamu terbangun, demikian pula kamu akan dibangkitkan”.
Dan Umar berkata: “النَّوْمُ أَخُوْ الْمَوْتِ -Tidur adalah saudara kematian”. Diriwayatkan secara marfu’ dari hadis Jabir bin Abdullah: Dikatakan: “Wahai Rasulullah, adakah penghuni syurga itu tidur?” Baginda bersabda:
«لَا، النَّوْمُ أَخُو الْمَوْتِ وَالْجَنَّةُ لَا مَوْتَ فِيهَا»
“Tidak, tidur adalah saudara kematian, sedangkan syurga, tidak ada kematian di dalamnya” (HR ad-Daraquthni).
Ringkasnya:
Kami tidak menyebutkan makna an-nafsu secara spesifik kerana maknanya itu sesuai indikasinya (qarînah), sehingga maknanya berbeza-beza sesuai indikasi (qarînah) di dalam teks itu sendiri atau teks lainnya.
Saya merajihkan bahawa makna ayat mulia:

Adalah bahawa Allah SWT mewafatkan an-nafsu (orang) ketika dia mati dari semua aspek kehidupan, dan demikian pula Dia mewafatkan al-anfus (orang-orang) dalam tidurnya daripada kebebasan bergerak, membezakan, dan tindakan… dll.
Inilah yang saya rajihkan dalam masalah ini, wallâh a’lam wa ahkam
Saudaramu, Atha` bin Khalil Abu ar-Rasytah
14 Safar 1448 H
28 Julai 2026 M
https://hizb-ut-tahrir.info/ar/index.php/ameer-hizb/ameer-cmo-site/110696.html
#soaljawab #nafsu #nyawa #tafsirquran