Pola Amerika Menguasai Negeri Islam
Oleh: Farid Wadjdi
Sudan kembali berdarah. Kali ini terjadi setelah pasukan RSF pimpinan Hamdan Dagalo (Hemedti) menguasai kota Al-Fashir (ibu kota Darfur Utara) setelah pengepungan selama setahun. Dengan jatuhnya kota itu, RSF kini menguasai seluruh Darfur, sementara tentera Sudan di bawah Abdel Fattah al-Burhan hanya menguasai bahagian timur Sudan.
Rakyat Sudan yang majoriti Muslim kembali menjadi mangsa permainan politik elit Sudan. Organisasi perubatan Sudan (“Sudan Doctors Network”) melaporkan bahawa semasa penguasaan RSF, sekurang-kurangnya 1,500 orang terkorban dalam tiga hari pertama selepas pengambilalihan kota. Jutaan rakyat Sudan juga terancam kelaparan akibat konflik yang tidak berhenti.
Anggapan “di mana ada negeri yang kaya, di situ berlaku konflik yang melibatkan Amerika Syarikat” kembali terbukti. Penguasaan ini berlaku bersamaan dengan rancangan gencatan senjata yang diusahakan oleh Amerika melalui “Kumpulan Empat (Quartet)”: AS, UAE, Arab Saudi dan Mesir. Siapa yang tidak ‘terliur’ menguasai kekayaan alam Sudan. Lagi-lagi negara-negara imperialis tamak seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, atau Eropah.
Secara geopolitik, kedudukan Sudan sangat strategik. Sudan menjadi pintu masuk Afrika ke Timur Tengah dan Lautan Hindi. Lokasi ini sangat penting bagi geopolitik, ketenteraan dan perdagangan global. Sudan mempunyai kekayaan alam yang besar termasuk mineral dan tenaga seperti emas—komoditi eksport utamanya. Sudan juga mempunyai minyak, gas dan pelbagai mineral berpotensi yang masih minimum kelolaannya. Sektor pertaniannya, dengan tanah subur di sepanjang Sungai Nil, sesuai untuk pelbagai komoditi sehingga berpotensi menjadi lumbung (tempat menyimpan padi) makanan Afrika dan Timur Tengah. Sudan juga mempunyai arabic gum (getah arab). Ini adalah komoditi strategik. Sudan membekalkan 70–80%-nya daripada keperluan dunia. Semua ini menjadikan Sudan tetap menjadi rebutan walaupun negara itu sering menghadapi sekatan antarabangsa.
Potensi ideologi Islam di Sudan juga menjadi ancaman bagi Amerika. Majoriti penduduk Sudan adalah Muslim (sekitar 90–95%). Negeri ini mempunyai sejarah panjang pergerakan Islam politik, termasuk usaha menegakkan syariah Islam dalam pemerintahan (sejak era Ja’far Nimeiri, Hassan at-Turabi hingga pergerakan global terkini seperti Hizbut Tahrir). Banyak ulama dan mahasiswa Islam aktif membincangkan konsep Khilafah dan kesatuan umat. Oleh itu Sudan dianggap salah satu pusat kebangkitan Islam di Afrika. Potensi ideologi ini menjadikan Sudan penting secara ideologi dan strategik. Jika Sudan stabil dengan asas Islam yang kukuh, ia boleh menjadi model Negara Islam di Afrika Timur.
Tidak pelik jika Sudan menjadi rebutan kuasa-kuasa negara imperialis. Termasuk persaingan Britain sebagai kuasa kolonial lama di wilayah itu dengan Amerika Syarikat yang ingin sepenuhnya menguasai Sudan. Apa yang berlaku di Sudan sekarang tidak boleh dipisahkan daripada keinginan tamak Amerika itu. Jalannya adalah dengan melemahkan Sudan. Memecah-belahkan Sudan. Kalau sebelum ini Amerika berjaya memisahkan Sudan dengan Sudan Selatan, sasaran Amerika sekarang adalah untuk memisahkan Darfur supaya menjadi negara sendiri yang dikawal oleh Amerika.
Seperti biasa, Amerika selalu menggunakan taktik lama: pecah – biarkan berdarah – datang menolong – kemudian menguasai.
Langkah pertama, cipta konflik dalaman dengan memecah-belah rakyat Sudan berdasarkan suku, etnik dan tentera. Dahulu, Utara dan Selatan. Sekarang, RSF dan SAF. Tujuannya tidak lain untuk melemahkan Sudan sehingga boleh dikawal sepenuhnya.
Langkah kedua, biarkan kekejaman berlaku. AS diam atau berpura-pura tidak tahu apabila berlaku pembunuhan beramai-ramai dan pelanggaran hak asasi manusia. Tujuannya tidak lain adalah mengumpul “bukti” untuk menekan pihak yang nanti ingin dikawal.
Langkah ketiga, selepas itu Amerika Syarikat akan masuk dengan alasan keamanan dan hak asasi manusia. Selepas keadaan huru-hara, AS muncul sebagai “penyelamat” melalui pelbagai cara seperti tekanan diplomatik, sekatan ekonomi, atau campur tangan kemanusiaan (PBB, NGO, ICC). Matlamatnya adalah untuk menghalalkan kehadiran dan pengaruhnya secara rasmi.
Langkah keempat, perpecahan adalah langkah penting dengan memisahkan satu wilayah atau membentuk yang baru. Seperti Sudan Selatan pada masa lalu, Darfur kini berpotensi untuk menjadi sasaran seterusnya. Oleh itu, Amerika Syarikat boleh mengawal sepenuhnya sumber (minyak, emas, uranium) dan kedudukan strategik.
Bagi memastikan hal itu, langkah kelima menjadi penting, iaitu mengawal rejim baru. Selepas konflik “selesai,” AS membantu rejim baru, tetapi tentu dengan syarat politik, hutang, dan bantuan luar negara. Tujuannya untuk memastikan Sudan tetap berada dalam orbit Amerika.
Sejarah menunjukkan bahawa sebuah negara tidak selalu hancur kerana serangan dari luar. Kehancurannya sering bermula dari perpecahan di dalam negeri sendiri. Indonesia pernah mengalami hal ini semasa Timor Timur terlepas. Banyak pihak menilai bahawa campur tangan asing memainkan peranan besar di sebalik proses tersebut. Kini, di pelbagai pelosok dunia, corak yang sama kelihatan kembali digunakan. Isu kemanusiaan dan konflik dalaman dijadikan pintu masuk untuk campur tangan kedaulatan negara lain.
Dengan memahami pola ini, penting untuk mengetahui siapa musuh kita sebenarnya. Tidak lain adalah Amerika. Negara tamak ini sering merampas negara yang kekayaan alamnya melimpah seperti Indonesia. Oleh itu negeri ini hendaklah berjaga-jaga terhadap tindakan negara imperialis (AS) ini. Kita juga perlu mengetahui kekuatan kita, iaitu Islam. Islamlah yang akan menyatukan dan mengukuhkan negeri ini, tanpa menyingkirkan pihak lain. Sebab, Islam ialah agama rahmat untuk sekalian alam.
Dengan Islam, negara Islam akan mempunyai daya tahan ideologi yang kuat, politik bebas dan ekonomi yang kukuh. Semua ini akan direalisasikan dengan kewujudan Negeri Khilafah ‘alâ minhâj an-nubuwwah. Ini adalah kuasa besar yang mewakili ideologi Islam dan kepentingan umat. Khilafah ini akan menyatukan negara-negara Islam dan membebaskan negara-negara Islam yang dijajah seperti Palestin. Di sinilah Hizbut Tahrir mempunyai kedudukan penting sebagai kumpulan dakwah politik di peringkat global. Kita semua mesti menyokong perjuangan ini, perjuangan penting berteraskan iman untuk mendapatkan syurga Allah SWT.
AlLâhu Akbar!
#Sudan #KrisisSudan #politikislam #tegakkhilafah #TerapIslamKaffah #MakarBarat #geopolitik