Setelah Aidilfitri, Kita Kembali kepada Fitrah Islam atau kepada Sistem Buatan Manusia?
Oleh: Joko Prasetyo (Jurnalis)
Aidilfitri sering disebut sebagai hari kembali kepada fitrah. Setelah sebulan menjalani ibadah Ramadhan, umat Islam merayakan kemenangan spiritualnya. Kita saling bersilaturahmi, saling memaafkan, dan saling mendoakan.
Namun ada satu pertanyaan yang jauh lebih penting: setelah Ramadhan berlalu, apakah kita benar-benar kembali kepada fitrah Islam, atau sebaliknya kembali kepada sistem kehidupan buatan manusia?
Islam bukan sekadar agama ritual yang hanya mengatur solat dan puasa. Islam adalah pedoman hidup yang mengatur seluruh aspek kehidupan manusia termasuk dalam ekonomi, hukum, sosial, pemerintahan, hingga politik luar negeri.
Kerana itu para ulama menjelaskan bahawa usaha menegakkan syariat Islam secara kaffah merupakan fardhu kifayah, kewajipan kolektif umat agar hukum Allah benar-benar hadir dalam kehidupan manusia. Rasulullah SAW telah mencontohkannya melalui Negara Islam di Madinah, yang kemudian diteruskan dalam institusi kepemimpinan umat yang dikenal sebagai Khilafah Islam. Mulai dari Khilafah Rasyidah (para khalifahnya disebut: Khulafaur Rasyidin), Khilafah Umayyah, Khilafah Abbasiyyah hingga Khilafah Uthmaniyyah.
Aidilfitri juga mengingatkan bahawa umat Islam adalah satu umat global. Namun realiti dunia menunjukkan bahawa tidak semua Muslim merayakan hari raya dengan aman.
Di Gaza Palestin, umat Islam hidup di bawah penjajahan militer. Di Arakan Myanmar, Muslim Rohingya terusir dari tanah kelahirannya. Di Kashmir Jammu dan Xinjiang, kaum Muslim menghadapi berbagai bentuk penindasan dan sekatan.
Ini menunjukkan bahawa penderitaan umat Islam bukan sekadar persoalan lokal, tetapi persoalan umat secara global.
Dalam ajaran Islam, membela kaum tertindas dan melawan penjajahan merupakan sebahagian daripada nilai keadilan yang agung. Oleh sebab itu, Islam mengenal konsep jihad, iaitu perjuangan secara bersungguh-sungguh untuk melindungi kaum yang dizalimi dan mengusir penjajahan.
Namun jihad dan perlindungan umat memerlukan persatuan serta kepemimpinan politik yang kuat. Tanpanya, umat Islam mudah terpecah dan sukar melindungi dirinya sendiri.
Sejak runtuhnya Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924, dunia Islam terpecah menjadi puluhan negara bangsa. Akibatnya, ketika sebahagian umat Islam tertindas, umat Islam di wilayah lain sering kali tidak memiliki kekuatan politik untuk melindunginya.
Kerana itu pembahasan tentang khilafah bukan sekadar nostalgia sejarah. Namun merupakan refleksi atas keadaan umat yang terpecah dan sering menjadi mangsa ketidakadilan global.
Allah SWT berfirman, “Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, telah Aku cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan telah Aku redhai Islam sebagai agama bagimu” (TMQ al-Maidah: 3).
Ayat ini menegaskan, Islam adalah pedoman hidup yang sempurna dan satu-satunya yang diredhai Allah. Oleh itu, setelah Aidilfitri ini, ada satu renungan yang tidak boleh kita lupakan.
Ketika manusia berdiri di hadapan Allah pada hari kiamat, yang diperhitungkan bukanlah apakah kita dikenal sebagai nasionalis, pegawai, atau tokoh masyarakat. Yang diperhitungkan adalah apakah kehidupan kita benar-benar selaras dengan ajaran Islam atau tidak.
Sebab itu, setelah Aidilfitri ini, pertanyaannya kembali kepada diri kita sendiri: kita benar-benar kembali kepada fitrah Islam, atau kembali kepada sistem buatan manusia?
Umat ini memerlukan ketakwaan peribadi yang lahir daripada Ramadhan, sekaligus keberanian untuk membela kaum tertindas melalui jihad, serta menghadirkan kepemimpinan yang melindungi umat dan menegakkan syariat Allah, iaitu Khilafah Islam ala Minhaj an-Nubuwwah.
Allahu Akbar![]
#Ramadhan #Syawal #Muhasabah #KembalipadaFitrah #MuhasabahSyawal