Kita Tiada Kehidupan Tanpa Syariat Allah,
Kita Ibarat Mati Tanpanya dalam Kehidupan Kita.
Allah SWT berfirman: ﴿وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ﴾
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” [Adh-Dhariyat: 56].
Maksudnya, tiada yang berhak disembah dalam kehidupan ini melainkan Dia, dan segala kekuasaan hanyalah milik-Nya.
Allah SWT juga berfirman: ﴿هُوَ أَنشَأَكُم مِّنَ الْأَرْضِ وَاسْتَعْمَرَكُمْ فِيهَا﴾
“Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya.” [Hud: 61].
Allah SWT menciptakan kehidupan ini untuk didiami, dan menjadikan manusia sebagai wakil bagi menegakkan hukum-Nya di atas muka bumi:
﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً﴾
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”.” [Al-Baqarah: 30].
Sesungguhnya terdapat banyak ayat di mana Allah SWT menjelaskan bahawa manusia adalah wakil (khalifah)-Nya di muka bumi ini. Ini menunjukkan bahawa ia adalah satu amanah yang wajib dijaga dan dipelihara oleh manusia. Agar kehidupan menjadi baik, seseorang mesti menyedari bahawa kehidupan ini hanyalah fana dan kematian adalah pengakhirannya, lalu berusaha untuk meraih keredhaan Tuhannya:
﴿الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً﴾
“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;” [Al-Mulk: 2].
Sekiranya seseorang benar-benar melihat dan memahami bahawa Allah adalah Penciptanya dan bahawa segala kekuasaan milik-Nya, maka dia tidak akan ragu untuk berusaha meraih keredhaan-Nya, serta akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk keluar daripada kegelapan menuju cahaya. Allah SWT berfirman:
﴿أَوَمَنْ كَانَ مَيْتاً فَأَحْيَيْنَاهُ وَجَعَلْنَا لَهُ نُوراً يَمْشِي بِهِ فِي النَّاسِ كَمَنْ مَثَلُهُ فِي الظُّلُمَاتِ لَيْسَ بِخَارِجٍ مِنْهَا كَذَٰلِكَ زُيِّنَ لِلْكَافِرِينَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ﴾
“Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat).” [Al-An’am: 122].
Memalingkan diri daripada ketaatan kepada Allah, jahil tentang keesaan-Nya, dan tidak melaksanakan hukum-Nya adalah suatu bentuk “kematian”. Sesiapa yang hidup tanpa mencari apa yang memberi manfaat kepadanya, tidak melindungi diri daripada mudarat, dan berpaling daripada semua perkara yang membangkitkan kemurkaan Penciptanya, maka sudah pasti dia telah mati, kerana dia tidak mendapat cahaya Islam, yang membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Cahaya ini menyingkap kepada seseorang apa yang memudaratkan dan apa yang memberi manfaat kepadanya, serta berfungsi untuk membebaskannya daripada segala perkara yang mendatangkan kemurkaan dan azab Allah.
Seseorang tidak dianggap benar-benar hidup melainkan dia menyelesaikan persoalan asas kehidupannya selari dengan fitrah, memuaskan akal, dan membawa ketenangan kepada jiwanya. Mencari Pencipta alam ini serta tujuan kehidupan manusia adalah subjek paling penting untuk diteliti oleh manusia, dan dengan jawapan yang memuaskan akan membina pemahamannya, dan membantunya menjalani kehidupan. Hal ini kerana, di situlah prinsip asas yang akan membimbing semua tindakan dan kecenderungannya.
Keimanan kepada Allah dan mengikuti jalan yang telah ditetapkan-Nya adalah satu-satunya perkara yang akan menerangi kegelapan yang telah menyelubungi kehidupan manusia. Ia adalah perkara yang boleh menjadikan manusia meliha kebenaran dan menyedari bahawa Allah adalah Pencipta, Pembentuk, dan Pemberi Rezeki mereka, dan bahawa segala urusan berada dalam genggaman-Nya. Semua hal itu berlaku selepas mereka dalam kejahilan, tidak dapat memahami erti sebenar kehidupan mereka, tidak tahu ke mana (arah tujuan) mereka akan pergi atau untuk meneruskan perjalanan (kehidupannya). Tanpa iman, kehidupan menjadi gelap sepenuhnya, dan jalan pun menjadi kabur.
Iman adalah keyakinan yang mesti dizahirkan dalam setiap komitmen seorang mukmin, dan ia mesti disertai dengan keikhlasan kepada Allah, agar semua amal dilakukan adalah semata-mata untuk-Nya, tidak mencari apa-apa selain ganjaran dan keredhaan-Nya. Inilah cahaya yang memancar, yang menghilangkan kegelapan dan membantu manusia menghadapi segala cabaran dengan sabar dan tabah, sekaligus mencapai ganjaran yang paling besar.
Allah SWT berfirman: ﴿وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ﴾
“”Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”. [Ta-Ha: 124].
Justeru itu, kehidupan yang Allah ciptakan, tidak akan menjadi lurus atau baik kecuali dengan hukum-hukum Allah, yang telah Dia tetapkan untuk mengaturnya.
Realiti manusia hari ini—yang kembali kepada kegelapan jahiliah di bawah sistem kapitalisme dan sekularisme yang rosak—adalah realiti yang pahit di mana ramai orang mengeuh tentang kesusahan dan ketakutan. Apabila hukum Allah diketepikan, dan Daulah Islam diruntuhkan, maka keselamatan, keamanan, keadilan, dan rahmat pun hilang. Oleh itu, suatu perubahan menjadi keperluan yang mendesak (urgency) dan amat diperlukan oleh umat sebagai lonjakan kualitatif untuk merealisasikan syariah Islam sebenar, dan kembali hidup di bawah hukum Al Khaliq, yang akan membawa manusia keluar daripada kegelapan kepada cahaya.
Allah SWT telah memilih Nabi-Nya untuk menyampaikan risalah, kemudian diamanahkan kepada umatnya sebagai pembawa risalah terakhir dan abadi, dan menjadi umat yang memberi kesaksian ke atas bangsa-bangsa lain, serta melaksanakan tugas besar ini dalam menghadapi realiti gelap yang sedang dijalani oleh manusia hari ini.
Umat ini bertanggungjawab menghidupkan kembali sistem Allah Tuhan Semesta Alam, dan menyebarkan hukum-hukumNya di kalangan manusia. Salah satu amal paling mulia dan terbesar hari ini ialah menghidupkan kembali agama dan mengembalikannya dalam kehidupan kita. Serta berusaha melanjutkan kehidupan Islam menerusi sistem Khilafah Rasyidah yang kedua (Khilafah `ala Minhaj Nubuwwah). Sebagaimana yang dijanjikan Allah:
﴿وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ﴾
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.” [An-Nur: 55].
Dan Rasul-Nya yang mulia SAW, juga telah memberi khabar gembira:
«تَكُونُ النُّبُوَّةُ فِيكُمْ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا، ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةٌ عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَرْفَعَهَا، ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا عَاضًّا فَيَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَكُونَ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا، ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا جَبْرِيَّةً فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا، ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ. ثُمَّ سَكَتَ»
“Akan ada pada kalian kenabian selama mana yang Allah kehendaki ia wujud, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia kehendaki mengangkatnya, kemudian akan ada khilafah mengikut manhaj kenabian, maka ia akan wujud selama mana yang Allah kehendaki ia wujud, kemudian Allah mengangkatnya apabila Allah kehendaki mengangkatnya, kemudian akan ada pemerintahan yang menggigit, maka ia akan wujud selama mana yang Allah kehendaki ia wujud, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia kehendaki mengangkatnya, kemudian akan ada pemerintahan yang memaksa, maka ia akan wujud selama mana yang Allah kehendaki ia wujud, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia kehendaki mengangkatnya, kemudian akan ada khilafah mengikut manhaj kenabian, kemudian baginda diam.”
Ini adalah misi besar yang menuntut kebijaksanaan, kesedaran politik, dan keikhlasan. Oleh itu, sesiapa sahaja yang membawa seruan yang diberkati ini mestilah memiliki kebijaksanaan, yang merupakan usaha orang yang beriman, dan tidak mengikuti hawa nafsunya supaya dia tidak menyimpang daripada jalan tersebut. Dan dia hendaklah sentiasa memohon petunjuk dari Allah melalui doa dan bertawakal kepadaNya. Pengemban dakwah ini mestilah bertakwa kepada Allah seolah-olah dia melihat-Nya dan mencari sokongan, bimbingan, kejayaan, dan keredhaan-Nya.
Tambahan pula, dia juga mesti menganalisis dengan teliti situasi (umat) terkini, memahami keadaan semasa, mencari penyelesaian menurut hukum Allah, serta berusaha menegakkan sebuah negara (khilafah) yang akan menerapkan hukum-hukum (syariah) tersebut. Dia mestilah seorang pemimpin yang bijak berpolitik, menyedari konspirasi dan rancangan musuh yang bertujuan untuk menyerang Islam serta pengikutnya. Dia mesti membangun kesedaran dalam kalangan umat, kerana dia adalah penjaga akal dan hati nuraninya, mendedahkan plot (tipu daya) yang dirancang terhadap agamanya, menjelaskan jalan menuju keselamatan, dan membangkitkan semangatnya untuk mencegah kemerosotan, kekalahan, dan penyerahan diri.
Keikhlasan terhadap Allah dan melaksanakan seruan-Nya dengan ikhlas memerlukan kesabaran, komitmen yang baik, keberanian, pergantungan kepada Allah (swt), redha dan tunduk kepada setiap perintah dan takdir-Nya. Ia juga dimanifestasikan dalam niat yang murni dan ikhlas sepenuhnya untuk Allah.
Berdasarkan Sahl bin Hunayf r.a, bahawa Nabi SAW bersabda:
«مَنْ سَأَلَ اللَّهَ الشَّهَادَةَ بِصِدْقٍ بَلَّغَهُ اللَّهُ مَنَازِلَ الشُّهَدَاءِ وَإِنْ مَاتَ عَلَى فِرَاشِهِ»
“Siapa yang memohon mati syahid kepada Allah dengan tulus, Allah akan menyampaikannya ke tingkatan syuhada, walaupun dia meninggal di atas tempat tidurnya.” [HR Muslim]
Berapa ramai pengemban dakwah yang bekerja dan mendedikasikan hidup mereka untuk tujuan ini, menawarkan segala yang berharga dan bernilai, kemudian meninggal dunia tanpa sempat menyaksikan tegaknya negara Islam (khilafah) dan pelaksanaan hukum Allah di dalamnya? Namun, kami menganggapnya, di sisi Allah, termasuk orang-orang yang benar dalam perjanjian mereka dengan Allah SWT.
﴿مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلاً﴾
“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.” [Al-Ahzab: 23].
Cinta kepada Allah dan Rasul-Nya melahirkan kesiapsiagaan untuk berkorban dengan berani dan teguh. Dia sentiasa mengingati ganjaran akhirat dan tidak terikat dengan dunia serta harta benda dan kesenangannya yang fana. Rasa takut kepada Allah tidak pernah meninggalkannya, baik secara rahsia mahupun terbuka, menemaninya di saat susah dan senang, sepertimana para Sahabat yang mulia bersama Nabi mereka yang dikasihi sejak dari awal dakwahnya.
Daripada Abu al-Walid Ubadah ibn al-Samit, semoga Allah meridhainya, beliau berkata:
عن عُبَادَةَ بن الصَّامتِ رضي الله عنه قال:بَايَعْنَا رسولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم على السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ فِي الْعُسْرِ وَالْيُسْرِ، وَالْمَنْشَطِ وَالْمَكْرَهِ، وعلى أَثَرَةٍ علينا، وعلى أَلَّا نُنَازِعَ الْأَمْرَ أهلَه، وعلى أَنْ نَقُولَ بِالْحَقِّ أينما كُنَّا، لا نَخَافُ في الله لَوْمَةَ لَائِمٍ.
“Kami berbaiat kepada Rasulullah SAW untuk selalu mendengar dan taat dalam sukar dan senang, ketika semangat dan malas (benci), serta dalam keadaan monopoli atas kami, agar kami tidak merebut kekuasaan daripada pemiliknya, dan agar kami mengucapkan yang benar di mana pun berada, tidak takut di jalan Allah terhadap celaan orang yang mencela.” [Muttafaq `alayh]
Demikianlah pengemban dakwah hendaklah membiasakan dirinya untuk menghadapi kesulitan dan rintangan, mengharapkan keredhaan Allah dan mencari keredhaan-Nya, dan berusaha untuk memastikan kejayaan seruan (risalah) kepada Tuhannya dan penyebarannya dari timur hingga ke barat bumi.
﴿الَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَالَاتِ اللَّهِ وَيَخْشَوْنَهُ وَلَا يَخْشَوْنَ أَحَدًا إِلَّا اللَّهَ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ حَسِيبًا﴾
“(Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah. Dan cukuplah Allah menjadi Penghitung (segala yang dilakukan oleh makhluk-makhlukNya untuk membalas mereka).” [Ahzab: 39]
Pengemban dakwah yang diberikati ini hendaklah mengutamakan urusan ini dan menjadikan kecintaan kepada Allah SWT, Rasul-Nya SAW, dan pelaksanaan syariat-Nya dalam kehidupan sebagai keutamaan yang tertinggi, supaya ia berada di barisan hadapan dalam semua tindakannya. Hal ini kerana, ia adalah satu kewajipan yang besar dan satu tugas daripada Allah SWT. Semua urusan lain berkisar disekelilingnya, diperbetulkan olehnya, berdiri di atas asasnya, dan perlu disusun berdasarkan keutamaan ini.
Pengemban dakwah membaca firman Allah dan menghafalnya, tetapi pertama sekali dia mestilah mematuhi apa yang terkandung di dalamnya iaitu hukum syarak. Dia membantu orang miskin dan fakir miskin, tetapi sebelum itu dia juga perlu berusaha untuk menubuhkan negara (khilafah) yang akan menjamin kebajikan mereka dan mengagihkan zakat kepada mereka dengan saksama. Dia mencari yang paling terjamin dan kemudian yang paling pasti. Dia mengatur keutamaannya dan berusaha untuk melaksanakannya mengikut urutan kepentingannya.
Dalam semua keadaan, tidak kira bagaimana ia bertukar atau berubah (sama ada sukar ataupun mudah), dan dalam semua peringkat kehidupan (muda ataupun tua), pembawa dakwah mesti memberikannya sewajarnya dan sentiasa bekerja untuknya, tanpa goyah atau teragak-agak untuk mengerahkan usaha yang terbaik di dalamnya, kerana ia adalah keperluan yang diperlukan untuk umat, dan untuk manusia secara umumnya. Manakala kehidupan tidak boleh diperbaiki kecuali di bawah naungannya. Allah SWT, Tuhan kita, tidak akan redha melainkan apabila hukum-Nya dan peraturan-Nya kembali hidup, supaya Dia memperbaikinya dan meneranginya dengan cahaya Islam dan keadilannya.
﴿وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَىٰ شَهِدْنَا أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ﴾
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”. [Al-A’raf: 172]
Berbahagialah orang-orang yang perhatian terbesarnya di dunia ini adalah berusaha untuk menegakkan kembali pemerintahan dan syariat Allah di muka bumi, dan yang mendedikasikan niat mereka semata-mata untuk Allah, tidak menerima hukum lain untuk mengatur kehidupan.
Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam kalangan mereka yang berusaha untuk kembali kepada cara hidup Islam, mereka yang ikhlas kepada-Mu, Rasul-Mu, dan agama-Mu, dan kumpulkan kami bersama para Nabi, para shiddiqin, para syuhada, dan orang-orang yang soleh. Allahuma Ameen.
Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizb ut Tahrir oleh
Zeina As-Samit
#TrueVision4Change #VisiSejatiDemiPerubahan
#MasyarakatMuslimIdeal #1Ummah1Perjuangan #KesatuanUmmah #KemenanganHakiki
#KhilafahSistemIslam