Membentuk Kepemimpinan Berfikir Generasi Muslim pada Era Digital
Generasi muda hari ini adalah penduduk asal dunia digital (digital natives). Mereka lahir di tengah keberlimpahan teknologi, dengan kebanjiran informasi di berbagai platform digital. Kesannya, ramai dari kalangan mereka yang sukar menyaring antara fakta dan pendapat, juga antara informasi yang bermanfaat dan yang merosakkan. Majoriti mereka menyukai isi kandungan (content) hiburan, ringan, iklan produk, berita selebriti tertentu, atau hal-hal viral, yang belum tentu bermanfaat.
Pendedahan yang banyak terhadap konten digital yang tidak berkualiti dan berulang-ulang boleh mencetuskan fenomena yang disebut brain rot (pereputan otak). Brain rot meliputi penurunan kemampuan berfikir secara kritis dalam pengambilan keputusan strategik, merosotnya daya ingatan akibat paparan konten media sosial yang dangkal seperti prank, cabaran ekstrem, dan isi kandungan video pendek (seperti TikTok, reels, atau shorts) yang hanya fokus pada sensasi, bukan substansi.
Paparan arus informasi digital yang dangkal seperti ini bukan sekadar masalah hiburan, melainkan ancaman terhadap kemandirian berfikir dan kedalaman visi strategik generasi muda. Fenomena ini perlu disikapi dengan segera, kerana potensi generasi muda adalah harapan menuju kebangkitan peradaban Islam.
Apa sebenarnya yang sedang menimpa generasi muda hari ini dan bagaimana cara menaikkan kepemimpinan berfikir mereka? Ini merupakan cabaran besar yang mesti kita jawab bersama.
Hegemoni Sistem Sekular Kapitalisme
Keadaan yang menimpa generasi muda hari ini merupakan impak daripada tatanan kehidupan sekular kapitalisme yang mendominasi kehidupan. Media dan platform digital hari ini dimonopoli oleh raksasa digital kapitalis. Mereka mengawal infrastruktur digital dan mengemaskini jutaan informasi dengan perspektif sekularisme dan berorientasikan material. Setiap hari, media-media dan platform digital sekular kapitalis itu menjaja propaganda nilai-nilai kehidupan sekular bertopengkan informasi terkini.
Prinsip sekularisme telah memarginalkan peranan agama dalam pengambilan kebijakan awam sehingga pemikiran Islam sering dianggap hanya relevan dalam kehidupan personal (private life) atau di masjid. Manakala urusan awam dan strategik dibiarkan pragmatik materialistik dan tidak mengenal standard halal-haram. Akibatnya, visi mulia Islam yang rahmatan lil ‘alamin sukar diimplementasikan secara sistemik dalam skala negara.
Algoritma platform digital dirancang untuk mencari kepuasan instant (segera) dan hiburan ringan yang secara perlahan, tapi pasti, dapat mengikis kemampuan untuk merenung, bertadabbur, dan bertafakur. Akhirnya, kepuasan, kejayaan, dan kebahagiaan hanya diukur dari tolok ukur viral atau tidak, dan capaian material, bukannya dari tinjauan spiritual ataupun sumbangan terhadap keberlangsungan peradaban jangka panjang yang menjadi intipati penting ajaran Islam.
Algoritma dalam platform digital di dalam sistem sekular kapitalisme juga telah menjelma menjadi habitat yang memuja kecepatan berbanding kebenaran, bahkan menempatkan hiburan ringan lebih tinggi dan penting berbanding ketinggian tsaqafah Islam. Generasi muda merasa kuno jika memegang teguh ajaran Islam di tengah-tengah trend moden yang sekular, sehingga terciptanya penyakit mental inferior terhadap ajaran agamanya sendiri.
Generasi seperti ini akhirnya menjadi subjek peradaban, mereka sbealiknya menjadi objek pasaran digital yang dikendalikan kapitalisme global. Kapitalisme mendapat keuntungan, sedangkan masa depan generasi muda dan peradaban Islam semakin terancam. Oleh kerana itu, usaha yang serius diperlukan untuk menghentikan derasnya kerosakan besar-besaran akibat arus viral, bagi membentuk semula tsaqafah generasi muda Muslim.
Teknologi Digital dalam Islam
Islam tidak menolak teknologi, tetapi penggunaan teknologi itu akan diatur oleh syariat Islam. Teknologi akan dimanfaatkan sebagai wasilah untuk mempermudah amal ibadah dan makin meningkatkan kedekatan manusia sebagai makhluk Allah Taala, serta menyebarkan Islam ke seluruh penjuru dunia dengan dakwah dan jihad.
Semua itu semata-mata agar manusia mengenal Sang Khaliq (Pencipta) serta mengajak manusia menuju keampunan dan syurga-Nya. Sistem hari ini sangat toksik bagi generasi muda, Islam memandang keadaan ini sebagai cabaran dakwah. Di sinilah pentingnya kepemimpinan berfikir Islami (qiyadah fikriyah Islamiyah).
Solusinya bukan dengan menarik diri daripada penggunaan teknologi, melainkan dengan literasi berideologi berasaskan akidah Islam agar pemikiran Islam dapat kembali memimpin di tengah zaman yang kompleks. Kepemimpinan berfikir Islam dalam konteks era digital adalah usaha untuk mengembalikan manusia daripada perhambaan isi kandungan (konten) menuju kemerdekaan berfikir di bawah bimbingan wahyu.
Bangkit dengan Tsaqafah Islam
Konsep literasi ini jauh lebih mendalam daripada sekadar skill atau kemahiran membaca dan menulis. Bagi mewujudkan kepemimpinan berfikir Islami pada generasi, pendidikan Islami diperlukan dalam keluarga dan sekolah. Dan ini yang hanya boleh diwujudkan dengan penerapan sistem pendidikan Islam oleh negara. Negara akan menyusun strategi pendidikan berupa kurikulum dengan bahan-bahan pembelajaran berupa tsaqafah, sains dan teknologi, mahupun ilmu kemahiran.
Pada masa yang sama, perlu adanya aktiviti dakwah berideologi Islam yang intensif di kalangan generasi muda untuk membentuk semula bangunan pemikiran/tsaqafah Islam mereka agar kukuh dan fokus menyelesaikan berbagai permasalahan umat. Hal ini penting kerana kebangkitan berfikir saja tidak cukup jika tidak diiringi pemikiran yang benar.
Di dalam kitab Usus at-Ta’lim fi Daulah al-Khilafah disebutkan, “Tsaqafah Islam adalah pengetahuan-pengetahuan dengan akidah Islam menjadi sebab dalam pembahasannya, baik mencakup akidah Islam seperti ilmu tauhid, pengetahuan yang dibangun di atas akidah Islam seperti fikih, tafsir, dan hadis, serta pengetahuan yang ditetapkan oleh pemahaman yang terpancar dari akidah Islam berupa hukum-hukum seperti pengetahuan yang mewajibkan ijtihad di dalam Islam seperti ilmu bahasa Arab, mushthalah hadis, dan ushul. Ini semua adalah tsaqafah Islam kerana akidah menjadi sebab pembahasannya.”
Tsaqafah Islam wajib diberikan dengan mula membangun akidah/iman yang kukuh melalui proses berfikir mendalam (aqliyah) sehingga melahirkan amal soleh. Dengan kesedaran yang lahir daripada pemahaman Islam, generasi muda akan mampu menjalankan kewajipan dan bertanggungjawab atas semua amal perbuatannya di hadapan Allah Taala.
Jika tsaqafah Islam ini matang, generasi akan memiliki benteng ketakwaan yang kuat, yang akan menjadi ukuran bagi identiti dirinya. Dari sini, mereka akan terdorong untuk bergerak demi kemuliaan agamanya. Tsaqafah ini jugalah yang akan membimbingnya mengelola pola sikapnya (nafsiyah) sesuai pertimbangan syariat di mana pun medannya, baik di dunia maya mahupun di dunia nyata.
Rasulullah SAW bersabda di dalam hadis, “Seseorang yang mendidik anaknya itu lebih baik baginya daripada dia bersedekah (setiap hari) satu sha’.” (HR At-Tirmidzi).
Juga di dalam hadis, “Tiada pemberian orang tua terhadap anaknya yang lebih baik daripada adab yang baik.” (HR At-Tirmidzi).
Jelas, kita patut menata sistem pendidikan hari ini agar sesuai dengan zamannya. Cabaran zaman pada masa kini adalah platform digital. Cara menghadapinya bukan dengan antipati terhadap teknologi digital, melainkan dengan menguatkan pemikiran dan benteng keimanan agar tetap menjadi “tuan” ke atas teknologi tersebut, bukan menjadi hambanya. Misi mulia penyelamatan generasi daripada paparan tsaqafah asing adalah tanggungjawab setiap Muslim. Generasi muda hari ini perlu bangkit dengan tsaqafah Islam.
Para pemuda pada zaman Nabi Muhammad SAW adalah barisan pemuda generasi terbaik pada masa awal Islam. Mereka membersamai Nabi SAW sejak masa belia. Mereka hidup mendampingi Rasulullah SAW, serta berjuang dan berdakwah bersama baginda. Cinta dan pembelaan mereka kepada Allah dan Rasul-Nya juga tidak perlu kita ragukan. Mereka para pengemban Islam, juga garda dan perisai bagi dakwah baginda SAW.
Di antara mereka ada yang dijamin masuk syurga. Ada juga yang mendapat jaminan kemenangan daripada Allah Taala dalam setiap jihad fi sabilillah. Di tengah derasnya arus pemesongan identiti pemuda, sosok mereka menggambarkan pemuda Muslim sejati.
Mereka dibina oleh Rasulullah di dalam sebuah kutlah (kelompok) dakwah. Mereka ditempa melalui proses pembinaan Islam kaffah, terlibat aktif dalam aktiviti dakwah menuju tegaknya Daulah Islam, serta tergabung dalam jemaah dakwah yang memperjuangkan cita-cita untuk melanjutkan kembali kehidupan Islam dengan meneladani metode dakwah Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW membina para sahabat di Mekah untuk mempersiapkan mereka menjadi benih-benih unggul menuju tegaknya Daulah Islam yang pertama di Madinah sebagai institusi yang menerapkan syariat Islam kaffah. Pembinaan Islam kaffah yang dilakukan Rasulullah SAW ini sangat penting dalam rangka membentuk kepemimpinan berfikir (qiyadah fikriyyah) pada generasi muda Muslim. Bahkan, konsep pembinaan ini sangat penting bagi menentukan arah identiti dan produktiviti generasi.
Peradaban Islam setelah masa Rasulullah SAW dan para sahabat juga kaya dengan generasi muda yang bersinar dengan tsaqafah Islam. Mereka tumbuh bersama Al-Quran sebagai informasi sahih pertama yang mereka terima. Mereka menguasai ribuan hadis, berbagai bahasa terutama bahasa Arab, serta memahami ilmu tafsir dan fikih. Dari sini lahirlah para ulama unggul dengan ketinggian tsaqafah Islam, seperti Imam Syafie, Imam Bukhari, Imam Qurthubi, dan lain-lain.
Bukan sekadar ahli (pakar) dalam bidang ilmu-ilmu syariat, generasi Muslim juga unggul dalam khazanah keilmuan sains dan teknologi. Kita mengenal ilmuwan besar seperti Al-Biruni, Al-Khawarizmi, Ibnu Sina, dan banyak lagi. Keilmuan mereka membawa berkah bagi seluruh dunia hingga ke hari ini. Dalam hal kepemimpinan pula, kita mengenal Shalahuddin al-Ayyubi dan Muhammad al-Fatih yang menonjol dengan misi pembebasan berupa dakwah dan jihad.
Mereka semua adalah potret generasi Muslim terbaik. Mereka lahir dan dibesarkan oleh sistem yang kondusif bagi pertumbuhan dan perkembangan tsaqafah Islam, yakni sistem Khilafah. Inilah era keemasan Islam dan generasinya. Sungguh, hanya dengan kebangkitan berfikir dan tsaqafah Islam, kaum Muslim dapat menghidupkan kembali era keemasan itu, serta menjadikan generasi muda sebagai subjek pembina dan pengisi peradaban Islam. Wallahualam bissawab.
Sumber: Muslimah NEWS
#GenerasiDigital #EraDigital #GenerasiTerbaik #GenerasiMuslim #KebangkitanBerfikir
#DuaGenerasiSatuAmanah #GenerasiPeloporPerubahan #GenerasiPenerusRisalahIslam
#MasyarakatMuslimIdeal