[Kenyataan Media] Jihad Adalah Satu-satunya Solusi Terhadap Pencerobohan Amerika dan Entiti Yahudi, Kedamaian Hanya akan Wujud Setelah Pemangsa Dihapuskan dan Khilafah Memimpin Dunia
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata yang Malaysia kekal dengan pendirian bahawa segala pertikaian di Asia Barat mesti ditangani melalui jalan damai bagi meredakan ketegangan yang kian meruncing di rantau berkenaan. Menurut beliau, dialog, diplomasi dan kerjasama erat antara negara adalah satu-satunya jalan bagi meredakan ketegangan dan mengembalikan kestabilan, selaras dengan tuntutan kemanusiaan serta prinsip keadilan sejagat. Beliau berkata demikian ketika mengadakan perbualan telefon dengan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain Putera Salman Hamad Al-Khalifa serta Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan pada 24/03/2026.
Kami ingin bertanya, kenyataan apakah ini? Ingin berdialog, berdiplomasi dan bekerjasama dengan musuh yang membantai saudara-saudara kita tanpa peri kemanusiaan dan menceroboh tanah kita serta menghina agama kita? Tidak cukupkah dengan pembunuhan kejam ke atas lebih 70,000 umat Islam dan kemusnahan besar-besaran yang terjadi di Gaza, tidak termasuk pembunuhan dan kemusnahan yang mereka lakukan di Lubnan, Syria, Yaman dan kini di Iran, untuk kita sedar bahawa mereka adalah musuh yang tidak pernah memahami bahasa diplomasi dan tidak boleh ditoleransi?
Kenyataan ini bukan sahaja tidak berpijak di bumi nyata, malah seakan-akan menafikan hukum jihad yang begitu banyak terdapat di dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Isu kita sekarang ialah saudara-saudara kita sedang diperangi dan tanah kita sedang diceroboh. Kami ingin bertanya, adakah jika Malaysia diceroboh, kemudian keluarga, jiran-jiran, rakan-rakan dan saudara-saudara kita dibunuh dengan kejam, dan penceroboh ingin merampas tanah air kita sepenuhnya, maka apakah kita akan berunding, berdialog dan bekerjasama dengan musuh atas nama ingin mencapai perdamaian?
Adakah jika penceroboh meminta kita menghapuskan kekuatan persenjataan kita, mahu merampas sumber alam kita, menghalau kita dari rumah-rumah kita, mahu mengambil alih kedaulatan negara kita, maka kita akan mengajak mereka berdialog dan bekerjasama atas nama perdamaian? Sesungguhnya hanya orang-orang yang bacul, bodoh dan khianat sahaja yang akan berdialog dan bekerjasama dengan musuh, menjual negaranya kepada musuh, menyerahkan kekayaan alam negaranya kepada musuh, membiarkan negaranya dimusnahkan dan membiarkan saudara-saudaranya dibunuh dengan kejam oleh musuh!
Allah (swt) telah pun memberikan jawapan dan solusi kepada kita dalam berhadapan dengan musuh yang sedang memerangi kita, bukan dengan berdialog, berdiplomasi atau bekerjasama. Firman-Nya:
﴿وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ﴾
“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kalian” [Al-Baqarah (2): 190].
Inilah jawapan dari Rabb kita semua dan Rabb semesta alam, bahawa sesungguhnya jihad fi sabilillah ialah satu-satunya solusi apabila kita diperangi, tanah-tanah kita dirampas dan saudara-saudara kita dibunuh. Keseluruhan negeri kaum Muslimin wajib bergabung di bawah satu kepimpinan, satu bendera dan satu perang demi melawan musuh. Inilah perintah Allah dan inilah solusi tuntas buat umat Islam.
Sesungguhnya malapetaka menimpa umat ini tidak lain ialah kerana pemimpin mereka yang bacul, bodoh dan khianat, lebih-lebih lagi merupakan agen atau boneka kepada musuh, senantiasa berlutut kepada musuh dan memaksa rakyatnya untuk bersamanya tunduk kepada musuh. Sungguh, menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk mengingkari para pemimpin seperti ini, malah menumbangkannya agar ini umat ini kembali meraih kemenangan dan kemuliaan mereka.
Sesungguhnya Islam tidak pernah, dan tidak akan menang melalui tangan pemimpin yang bacul, bodoh dan khianat, tetapi ia akan menang melalui tangan pemimpin yang amanah, bertakwa, bijaksana, pemberani, tidak takut kecuali hanya kepada Allah. Ia bukan sekadar keperluan syarie untuk umat ini memiliki pemimpin seperti ini, malah sejarah telah mencatat bagaimana Islam ditegakkan, disebar-luaskan dan menjadi super power dunia hanya di bawah pemimpin yang amanah, bertakwa, bijaksana, pemberani dan tidak takut kecuali hanya kepada-Nya. Kekhilafan Islam selama lebih 1300 tahun telah menjadi bukti akan hakikat ini, di mana Islam menguasai lebih satu per tiga dunia kerana memiliki para Khalifah yang umpama singa di medan laga dan politik, yang tidak pernah memberi muka kepada musuh-musuhnya.
Sejarah juga mencatat bahawa kedamaian dunia hanya tercapai di bawah Khilafah yang berfungsi sebagai perisai ummah, penerap syariah dan penyebar rahmah. Dunia tidak pernah, dan tidak akan aman, apabila dipimpin oleh kuasa kuffar mahu pun para penguasa Ruwaibidhah, yang semua ini merupakan pemangsa kepada umat. Bagaimana mungkin kambing akan aman jika serigala masih berkeliaran? Justeru, siapa pun yang mendambakan kedamaian dunia sekali gus menghancurkan kekufuran, maka kami menyeru kalian untuk bersama Hizbut Tahrir dalam perjuangan untuk mengembalikan semula al-Khilafah ar-Rasyidah Ala Minhaj Nubuwwah, sebuah perjuangan mulia yang kemenangannya telah pun dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya, melalui tangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh:
﴿وَعَدَ اللهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الأرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ﴾
“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di kalangan kamu dan yang beramal soleh, bahawa Dia akan menjadikan mereka para Khalifah yang berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka para Khalifah yang berkuasa. Dan Dia akan meneguhkan bagi mereka agama mereka, dan Dia akan menggantikan (keadaan) mereka sesudah ketakutan mereka menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dan tidak mempersekutukan Aku dengan sesuatu. Dan barangsiapa yang kafir sesudah (janji) itu, mereka itulah orang-orang yang fasik” [An-Nur (24): 55].
Abdul Hakim Othman
Jurucakap Rasmi Hizbut Tahrir Malaysia
Jumaat, 9 Syawal 1447H bersamaan 27 Mac 2026M
Sumber: Mykhilafah
#USISraelIranWar