[Ayuh Umat Bangkit] Semangat Belajar
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ
Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, nescaya Allah SWT akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (HR. Tirmidzi)
Cuba perhatikan matan hadis tersebut. Kata طريقا diungkapkan dalam bentuk nakirah (tidak definitif), begitu juga dengan kata علما yang bererti mencakup semua jalan atau cara untuk mendapatkan ilmu agama, baik sedikit mahupun banyak. Kadang-kadang, kita sudah merasa cukup mendapat ilmu melalui satu jalan saja. Meluangkan waktu seminggu sekali mengikuti kajian sudah membuat kita merasa seperti pakar, merasa diri yang paling memahami permasalahan dan semua orang yang memiliki pemikiran berbeza dengan kita hanyalah orang bodoh yang tidak mengetahui hakikat. Padahal tidaklah seorang penuntut ilmu itu dengan semakin banyak ilmu yang ada padanya semakin banyak pulalah dia mengetahui bahawa dirinya tidak tahu. Dia akan sentiasa dahaga dan sentiasa mencari telaga, dan dia tidak berhenti.
سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ (Allah akan memudahkan baginya jalan) maknanya Allah akan memudahkan baginya jalan di akhirat kelak, atau memudahkan baginya jalan di dunia dengan cara memberi hidayah kepadanya untuk melakukan perbuatan yang baik yang dapat menghantarkannya menuju syurga.
Para penuntut ilmu tentu saja sangat berbahagia dengan hadis ini kerana Allah menjamin akan memudahkan kita untuk mencari dan mendapatkan ilmu yang dengannya akan menjadi jalan bagi kita untuk sampai kepada syurga Allah. Jika Allah telah menjaminkan mudahnya menuju syurga bagi para penuntut ilmu lalu kita masih enggan untuk menempuhnya, jangan-jangan kita tidak mahu masuk ke dalam syurga-Nya?
هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ
“Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” (TMQ Az-Zumar [39]: 9)
Jika kita termasuk ke dalam ahlul ilmi (orang yang berilmu) maka kita akan mengetahui apa yang perlu dilakukan, dan jika kita telah melakukannya maka kita akan selamat.
Rasulullah SAW bersabda,
مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقَّهْهُ فِي الدِّينِ
“Barang siapa yang Allah kehendaki menjadi baik maka Allah faqihkan dia terhadap agama.” (HR. Bukhari)
Siapa saja yang mendalami agama Allah akan sentiasa mendapatkan kebaikan. Kata خَيْرًا menggunakan bentuk nakirah yang menunjukkan erti yang lebih umum. Kebaikan yang diperoleh baik sedikit mahupun banyak. Kita pun dapat mengambil makna yang sebaliknya bahawa orang yang tidak mendalami agama atau tidak mempelajari dasar-dasar dan masalah-masalah cabang dalam Islam, maka dia tidak akan mendapatkan kebaikan.
Sumber: Revive Your Dakwah (Ayu Paranitha)
#muhasabahdakwah #ilmu #belajar #jombelajar #ayuhumatbangkit