Lawatan Ahmed Al-Sharaa ke Washington: Jalan Licin Berbahaya
Oleh: Ustaz Abdo Al-Dali (Anggota Pejabat Media Hizbut Tahrir di Wilayah Syria)
Setelah pelarian Bashar al-Assad dan keruntuhan pasukan keselamatan serta ketenteraannya pada Disember 2014, Syria menyaksikan transformasi politik pesat yang dapat dikategorikan sebagai peristiwa mendadak, yang tidak dipersiapkan oleh kekuatan global. Lawatan ketua pemerintahan transisi, Ahmed al-Sharaa, ke Amerika Syarikat dan pertemuannya dengan Presiden Trump muncul sebagai tonggak penting dalam transformasi tersebut. Peristiwa ini sarat dengan kontroversi mendalam mengenai harga politik dan ideologi yang mungkin dibayar negara demi pengiktirafan antarabangsa dan tuntutan kestabilan.
Lawatan ini didahului oleh manuver di Riyadh dan PBB. Dengan demikian lawatan Ahmed al-Sharaa ke Washington menjadi puncak daripada jalur berbahaya yang menyeret negara ke jurang ketergantungan. Pada ketika ini, kedaulatan telah hilang dan kehendak politik telah dihalang oleh pendekatan yang bergantung pada fatamorgana sokongan asing yang menipu.
Lawatan-lawatan itu tidak berlalu tanpa kontroversi. Ada yang memandang hal itu sebagai langkah perlu untuk keluar daripada pengasingan. Ada yang menilai hal demikian sebagai permulaan daripada rangkaian konsesi yang akan mengosongkan revolusi daripada intipati aslinya.
Banyak perkara yang muncul di pentas politik, terutamanya yang terkait protokol informal. Akan tetapi, yang terpenting adalah agenda yang dipaksakan oleh pentadbiran Amerika kepada kepimpinan baru Syria:
Pertama, Undang-Undang Caesar. Tongkat Amerika ini bergantung di puncak agenda. Undang-Undang Caesar diberlakukan dengan dalih melindungi orang awam. Walaupun logik politik yang betul menetapkan bahawa sekatan ditarik balik sebaik sahaja rejim Assad—sasaran sekatan—jatuh, apa yang telah berlaku adalah penggantungan undang-undang, bukan pemansuhannya. Pembekuan sementara ini ditafsirkan secara politik sebagai pedang yang siap ditebaskan apabila pemerintah baru gagal memenuhi kewajipannya.
Kedua, menjaga tekanan ekonomi. Ini dilakukan sambil membincangkan pelonggaran terhad keadaan hidup rakyat. Ini sejalan dengan pola fikir mendisiplinkan asas massa. Ini adalah pendekatan yang digunapakai oleh berbagai negara semasa tahun-tahun revolusi. Semua rancangan yang nampaknya bertujuan untuk menekan atau menghukum rejim mempunyai satu matlamat: untuk mengawal tingkah laku rakyat jelata revolusioner dan memastikan mereka sentiasa berada di bawah tekanan. Ini menghalang mereka daripada mempertimbangkan projek politik yang lebih besar atau menuntut kedaulatan.
Ketiga, memerangkap rakyat dalam kitaran kelangsungan hidup. Ini adalah strategi Barat untuk melemahkan aspirasi menuju negara yang memiliki keputusan yang bebas.
Gabungan Antarabangsa: Menghalalkan Pendudukan?
Aspek paling berbahaya dalam perdebatan ini adalah tekanan agar Syria bergabung dengan gabungan antarabangsa yang dipimpin oleh AS untuk melawan terorisme. Perkara ini yang dipandang banyak ulama dan mujahidin sebagai pakatan salib yang mendeklarasikan perang terhadap Islam atas nama memerangi ISIS.
Gabungan ini—yang campur tangannya di Syria bermula sejak 2014—memiliki rekod jejak panjang dalam pembantaian terhadap rakyat yang bangkit. Ini jauh daripada tujuan yang diumumkan, iaitu memerangi terorisme. Menerima keanggotaan dalam gabungan ini bermaksud menghalalkan kehadiran ketenteraan Amerika, pangkalan-pangkalannya dan zon pengaruhnya di tanah Syria.
Sebelum ini, keberadaan pasukan asing dianggap tidak sah atau bersifat sementara, terkait wilayah yang dikuasai SDF atau perang melawan ISIS. Akan tetapi, dengan menandatangani perjanjian gabungan, kehadiran itu akan dihalalkan. Setiap penentangan atau kritikan terhadap perjanjian gabungan ini boleh dianggap sebagai kejahatan yang merosakkan hubungan antarabangsa!
Konsesi ini merupakan titik perubahan yang meruntuhkan prinsip kedaulatan dan pemulihan keputusan politik yang menjadi dasar revolusi. Ia sekaligus membuka pintu campur tangan asing secara langsung dalam urusan keamanan dan ketenteraan Syria.
Isu Normalisasi dan Pertembungan Ideologi
Tekanan terhadap Damaskus untuk menandatangani perjanjian keamanan dengan entiti Yahudi—serupa Perjanjian Abraham—menempatkan pemerintah baru dalam konflik langsung dengan prinsip asas kebanyakan penyokongnya. Masalah ini bukan sekadar demarkasi perbatasan atau pengunduran dari Dataran Tinggi Golan. Ini adalah persoalan mengakui entiti haram di Tanah Palestin yang Diberkati.
Usaha Amerika ini bertujuan antara lain: Pertama, meneguhkan gagasan bahawa Islam politik tidak layak memerintah, membuka jalan bagi penghapusannya atau menggantikan Islam politik dengan bentuk yang lebih “pragmatik” dan dapat diterima antarabangsa.
Kedua, mensasarkan komuniti imigran dan mujahidin dengan memaksa pemerintah baru melawan apa yang disebut sebagai “ekstremisme,” sesuai definisi Barat, walaupun hal itu bermaksud memerangi fraksi yang dulu menjadi rakan kongsi dalam menjatuhkan Bashar al-Assad. Ini berpotensi memicu perang saudara di antara bekas sekutu atas nama menjaga kewibawaan negara.
Ledakan Domestik yang Dijangka
Campuran berbahaya antara tekanan ekonomi (seperti Undang-Undang Caesar), konsesi kedaulatan (bergabung dengan gabungan Amerika) dan benturan ideologi (normalisasi dengan entiti Yahudi) menimbulkan kegusaran nyata akan ledakan dalaman. Para mujahidin—Syria mahupun asing—yang berjuang untuk mendirikan negara berdasarkan syariah Islam, secara tegas menolak jalan ini. Mereka juga melihat ketundukan pada tuntutan Barat sebagai pengkhianatan terhadap pengorbanan mereka.
Ketidakpuasan ini membuatkan Syria diancam konflik domestik besar yang hanya melayani kepentingan asing. Walaupun rakyat Syria mungkin menahan diri daripada pemberontakan kerana takut terjerumus dalam kekacauan lebih dalam, tekanan ekonomi yang berlanjutan—ditambah konsesi kedaulatan—terus menghakis kesabaran dan keteguhan mereka.
Kesimpulan: Pasca-Pragmatisme
Pertemuan antara ketua kerajaan sementara, Ahmed al-Sharaa, dan Trump, mengungkapkan bahawa transisi politik di Syria tidak akan mudah atau percuma. Ini adalah ujian nyata bagi kepimpinan baru: menyeimbangkan pragmatisme yang diperlukan untuk pengiktirafan antarabangsa dengan menjaga intipati dan prinsip revolusi. Di tengah pertarungan antara tipu daya Amerika dan doa rakyat Syria, suasana yang dominan tetaplah ketidakpastian.
Sebagai penutup, dapat dikatakan bahawa kawasan ini—bahkan dunia—berada di ambang gempa besar yang berpunca daripada pertembungan dua ideologi: ideologi kapitalis yang bertujuan mengeksploitasi manusia, merampas sumber daya mereka dan memperhambakan mereka; berhadapan dengan ideologi Islam yang berlandaskan pada penjagaan urusan rakyat sesuai hukum syariah Islam dan perlindungan terhadap mereka. Ini adalah konflik yang pada akhirnya akan menghantarkan pada realisasi janji Allah kepada orang-orang beriman, dan khabar gembira Rasul-Nya yang mulia. Dengan itu pengorbanan semalam menjadi dasar kemenangan yang diharapkan, jauh daripada aturan para hegemon, kerana kita yakin bahawa kesudahan itu milik orang-orang bertakwa.
POIN-POIN PENTING
Lawatan Al-Sharaa ke Washington
- Menjadi titik penting yang sarat kontroversi setelah jatuhnya rejim Assad.
- Dipandang sebagai langkah menuju kebergantungan pada Amerika dan hilangnya kedaulatan.
Jalur Konsesi Berbahaya
- Lawatan ini merupakan puncak proses dari Riyadh dan PBB yang mendorong Syria menerima sokongan asing yang menyesatkan.
- Dibimbangkan memesongkan revolusi dari tujuan asalnya.
- Agenda Amerika yang dibebankan kepada Syria
- Undang-Undang Caesar
- Tidak dicabut, hanya dibekukan.
- Menjadi alat tekanan untuk memaksa pemerintah baru memenuhi tuntutan Amerika.
Tekanan Ekonomi Berlanjutan
- Pelonggaran hanya sebatas keperluan hidup rakyat.
- Tujuannya menjaga masyarakat tetap dalam tekanan agar tidak menuntut projek politik besar atau kedaulatan.
Memerangkap Rakyat dalam Krisis Kekal
- Strategi Barat agar rakyat tidak mampu membangun negara berkeputusan bebas.
Gabungan Antarabangsa
- AS menekan Syria agar bergabung dengan gabungan “perang melawan keganasan”.
- Bergabung bermaksud menghalalkan keberadaan ketenteraan AS dan pengaruhnya di Syria.
- Setiap kritik terhadap kehadiran asing boleh dianggap melanggar hukum.
Isu Normalisasi dengan Entiti Yahudi
- Usaha Amerika memaksa Syria menandatangani perjanjian keamanan seperti Abraham Accords.
- Bertentangan dengan prinsip dasar banyak penyokong revolusi.
- Usaha ini juga bertujuan melemahkan Islam politik dan memaksa pemerintah memerangi kelompok yang dianggap “ekstremis” menurut definisi Barat.
Ancaman Konflik Dalaman
- Mujahidin dan para pejuang menolak jalan konsesi dan menilainya sebagai pengkhianatan.
- Potensi ledakan konflik domestik besar yang menguntungkan pihak asing.
Kesimpulan
- Transisi politik Syria tidak akan mudah dan penuh tekanan dari AS.
- Pertembungan besar antara ideologi kapitalis dan Islam sedang berlangsung.
- Akhirnya kemenangan ada di pihak kaum beriman sesuai janji Allah dan khabar gembira Rasulullah.
Sumber: Dimuat dalam Akhbar Al-Rayah – Edisi 575 – 26/11/2025