Penutupan Selat Hormuz dan Dampaknya Secara Global
Penulis: Ustaz Hassan Hamdan
Pertama: Lokasi dan Kepentingan Geografi
Selat Hormuz adalah satu-satunya laluan laut yang menghubungkan negara-negara Teluk Arab ke lautan terbuka, dan dari sana ke seluruh dunia. Kapal-kapal yang berangkat dari pelabuhan-pelabuhan penting seperti Basra di Iraq, terminal eksport di Kuwait, pelabuhan Ras Tanura dan Jubail di Arab Saudi, serta prasarana eksport di UAE, Qatar, dan Iran perlu melalui laluan air wajib ini, sebelum sampai ke Teluk Oman dan kemudian ke Lautan Hindi.
Selat ini tidak lebar menurut standard maritim antarabangsa, dengan lebar sekitar 21 batu nautika (sekitar 33 kilometer) pada titik tersempit antara pantai Iran dan Semenanjung Musandam Oman. Namun, laluan pelayaran sebenar yang digunakan oleh kapal komersial jauh lebih sempit, dan ia merupakan poin penting yang perlu dipertimbangkan ketika menjangkakan potensi ancaman atau penutupan laluan tersebut.
Untuk menghindari perlanggaran antara kapal-kapal raksasa yang mendominasi laluan ini, pihak berkuasa maritim menetapkan sistem untuk mengatur navigasi; menurut sistem tersebut, kapal-kapal yang menuju Teluk akan melalui laluan masuk khusus dengan lebar sekitar dua batu nautika, sementara kapal-kapal yang berangkat menggunakan laluan selari dengan lebar yang sama, dan zon penampan selebar dua batu nautika memisahkan pergerakan kapal-kapal yang menuju ke kedua-dua arah.
Akibatnya, kapal-kapal terbesar di dunia bergerak perlahan di perairan terhad wilayah Iran dan Oman. Kapal tangki raksasa yang membawa jutaan tong minyak mungkin memerlukan beberapa kilometer untuk mengubah haluan, namun keupayaan mereka untuk mengubah haluan dengan cepat sangatlah terhad.
Kedua: Saluran Utama Tenaga Global (Bahasa Angka)
Badan-badan tenaga antarabangsa menganggarkan bahawa “pada tahun 2024, sekitar 20 juta tong sehari minyak mentah, cecair hidrokarbon ringan, dan produk petroleum melalui Selat Hormuz, setara dengan sekitar seperlima daripada penggunaan minyak global dan lebih daripada seperempat perdagangan minyak melalui laut.” Selain minyak mentah, sejumlah besar produk petroleum bertapis seperti diesel, petrol, dan bahan api minyak berat melalui Selat Hormuz. Kilang-kilang di Teluk mengeksport bahan api ini ke pasaran di Asia, Afrika, dan Eropah, yang mana memperkukuh lagi peranan selat tersebut sebagai saluran utama serta penting untuk pengedaran tenaga global.
Adapun di bidang Gas Asli Cecair, Liquefied Natural Gas (LNG), maka negara Qatar memainkan peranan penting, kerana memiliki medan gas terbesar di dunia. Pada tahun 2025, sekitar 110 bilion meter padu LNG telah melalui Selat Hormuz, yang mewakili hampir 20% perdagangan LNG global. Oleh sebab gas tersebut diangkut oleh kapal tangki khusus, maka gangguan apa pun akan memberi kesan langsung kepada rantaian bekalan. Ini menjadikan Selat Hormuz sebagai gerbang tenaga maritim terpenting di dunia moden.
Ketiga: Mungkinkah Selat Hormuz Ditutup?
Pada Jun 2025, Iran mengancam akan menutup selat tersebut, tetapi masalah ini bukan sekadar keputusan politik, melainkan dipengaruhi oleh pertimbangan yang kompleks:
- Kebergantungan ekonomi Iran: Ekonomi Iran secara organik berkaitan dengan sektor tenaga, dengan pendapatan minyak mewakili sekitar 85% daripada jumlah pendapatannya, dan sebahagian besar terminal eksportnya terletak di Teluk. Oleh itu, selat tersebut juga merupakan laluan hayat bagi Iran, sehingga keputusan penutupan akan menjadi bunuh diri ekonomi. Namun, Iran mungkin memandangnya sebagai masalah mendasar yang melangkaui perhitungan kewangan.
- Kerumitan praktikal: Menutup selat secara teori mudah tetapi sangat kompleks secara praktikalnya. Gangguan seperti itu akan menyebabkan gegaran pada pasaran global dan peningkatan mendadak dalam kos penghantaran serta kos sara hidup.
- Dilema kewangan: Bank pusat di seluruh dunia akan menghadapi risiko inflasi stagnan, kerana inflasi akan meningkat secara mendadak, memaksa mereka untuk menaikkan kadar faedah, yang akan menahan pertumbuhan dan menyebabkan kemelesetan yang mendalam.
Keempat: Impak Logistik dan Pengaruh Global
Tujuan Iran dalam mengancam perkara ini adalah untuk mengubah krisisnya sendiri menjadi krisis global bagi menekan Amerika, sedangkan dampaknya meliputi:
- Perubahan laluan: Kapal akan dipaksa untuk mengelilingi seluruh Semenanjung Arab, meningkatkan penggunaan bahan api dan menempuh jarak ribuan batu nautika, serta menunda penghantaran selama berminggu-minggu.
- Kelumpuhan industri: Kelewatan ketibaan bahan mentah akan menyebabkan perlahannya pertumbuhan global dalam sektor pembuatan dan kekurangan komoditi.
- Pengasingan pelabuhan: Pelabuhan-pelabuhan di Teluk akan sepenuhnya terputus daripada perdagangan maritim, dengan syarikat insurans meninggalkan wilayah tersebut, kos operasi yang melonjak, dan jutaan pekerja diberhentikan.
Kelima: Pihak yang Terjejas
Bertentangan dengan apa yang dipromosikan oleh beberapa pihak, termasuk kenyataan Trump bahawa Amerika tidak lagi memerlukan minyak dari Teluk, sebenarnya Amerika akan menjadi salah satu pihak yang paling terjejas melalui:
- Hilangnya maruah antarabangsa
- Meningkatnya perpecahan dalaman dan keretakan dalam blok Barat
- Harga tenaga domestik yang lebih tinggi kerana kaitannya dengan harga global, yang akan meningkatkan kos pembuatan Amerika
Bagi negara-negara Asia, iaitu China, India, Jepun, dan Korea Selatan, mereka adalah yang paling terdedah, kerana 84% penghantaran minyak dan 83% penghantaran gas yang melalui Selat Hormuz ditujukan untuk pasaran Asia.
Bagi Eropah, keadaannya sangat teruk, kerana mereka sudah mengalami kesan akibat perang Ukraine dan gangguan bekalan gas daripada Rusia. Satu laporan penyelidikan bulan Mac 2026, bertajuk, “When the Strait Closes: Trade Dependencies and Shipping Disruption Scenarios for the Strait of Hormuz,” yang dijalankan oleh Supply Chain Intelligence Institute Austria dengan kerjasama institusi penyelidikan di Complexity Science Hub Vienna dan Delft University of Technology (TU Delft), menyatakan, “Model penghantaran mendedahkan penemuan penting: sementara gangguan singkat selama dua minggu atau kurang kemungkinan akan memberi kesan ekonomi yang terhad, gangguan yang berlangsung lebih daripada empat minggu menghasilkan impak yang jauh lebih besar kerana penangguhan jadual yang berantai menumpuk di seluruh rangkaian penghantaran global.”
Bagi Eropah, keadaannya sangat teruk, kerana Eropah sudah mengalami kesan akibat perang Ukraine dan gangguan bekalan gas daripada Rusia. Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Institut Maklumat Rantaian Bekalan Austria dengan kerjasama institusi penyelidikan di Vienna dan Universiti Teknologi Delft, penulis kajian tersebut, Stefan Thorner, menyatakan: “Kesan ekonomi sangat bergantung pada tempoh penutupan wilayah Iran, dan jika penutupan berlangsung lebih daripada empat minggu, maka gangguan pada rantaian bekalan global boleh menjadi lebih teruk,” menurut Pejabat Berita Jerman (DPA). Dalam artikel “Keselamatan Eropah: Apakah risiko yang dihadapi Eropah jika Selat Hormuz ditutup?” dinyatakan: “Jika Iran menutup Selat Hormuz, Eropah akan menghadapi salah satu krisis multidimensi paling kompleks dalam beberapa dekad. Kesan itu tidak terhad kepada sektor tenaga sahaja, tetapi akan meluas kepada ekonomi, keselamatan, dasar luar negeri, dan malah kestabilan dalaman beberapa negara Eropah.”
Kesimpulannya: Perang pada masa kini telah menunjukkan kepada seluruh dunia keperluan mendesak terhadap tatanan dunia baru, setelah kelemahan sistem sedia ada dan kerosakan institusi serta negara-negara terungkap. Tiada yang lebih layak selain umat Islam dengan sistem Islam yang diwahyukan secara ilahi untuk memimpin transformasi ini, iaitu sistem yang akan membawa manusia keluar daripada kesempitan kerakusan dan ketamakan material, menuju keadilan Islam dan keluasan rahmatNya.
Sumber: alraiah.net, 25/3/2026.
#Iran #KrisiGlobal #KeArahTransformasiSistemDunia #IslamKaffah #KembalipadaSistemIslam #KhilafahSistemIslam